"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 30 June 2014

Resepi kerabu sotong ala Thai yang sedap

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam suami mengidam nak makan kerabu. Suami nak beli kat kedai tapi saya tak bagi. Mahal dan boleh buat sendiri, lebih baik buat sendiri kan? Puas hati dan boleh jimat sekali.

Kebetulan kat rumah ada sotong saiz comel-comel yang suami baru beli, jadi saya decide nak buat kerabu sotong untuk suami. Hehe masak time puasa semua main campak-campak.

Alhamdulillah, suami kata sedap dan cukup rasa. Senyum sampai ke telinga la isteri dia semalam. Masak dengan kasih sayang dan ikhlas insyaAllah hasilnya berbaloi.

Kerabu sotong ala Thai

Bahan-bahan :

10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. 
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Sangat senang kan? Yang penting sedap dan puas hati. Suami pun suka. Selamat mencuba. 

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.


Kesilapan kerap dalam bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni saya tergerak untuk berkongsi kesilapan kerap dalam bulan Ramadhan yang sering kali kita terlepas pandang. Saya ambil dari blog Dr Zaharuddin. Semoga bermanfaat.

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sunday 29 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Syukur Allah SWT sampaikan kita sekali lagi dalam bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya tersembunyi banyak ganjaran yang tiada dalam bulan-bulan lain.

Allah panjangkan umur kita untuk merebut ganjaran bulan Ramadhan sekali lagi, semoga kita semua dapat manfaatkan bulan ini dengan amal ibadat dan istiqomah dengan amalan baik selepas bulan Ramadhan nanti.
Sebab kita tak tahu adakah ini Ramadhan kita yang terakhir.

Entri ini saya tak nak tulis panjang. Cuma nak kongsikan gambar kreatif penuh makna yang di kongsikan sahabat saya di facebook.

Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi lebih dari itu. Matlamat puasa adalah melahirkan individu yang bertaqwa (takut kepada Allah). Takut nak buat maksiat, takut nak buat dosa sebab kita tahu Allah memerhatikan kita. 

" Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana yang telah di wajibkan ke atas golongan yang terdahulu, mudah-mudahan kamu semua berTAQWA ."

(Surah al-Baqarah 2 : 183)

Semoga kita semua berjaya menjadi mukmin yang BERTAQWA. Ameen.

_________________________________________________________________

Anda mencari supplement untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan? 

Memperkenalkan....

Mighty 3 Germs Set.

Energizing Soy Protein (RM 150.00)
  • Lengkap dengan protein dan 9 asid amino perlu.
  • Membekalkan tenaga berpanjangan.
  • Membantu menghasilkan lapisan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik.
Meal Shakes (RM 113.75)
  • Membekalkan 35% lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting.
  • Kaya kalsium, fiber dan protein.
Performance Drink (RM 82.50)
  • Opticarb, rumusan karbohidrat untuk daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula.
  • Membantu mengurangkan dehidrasi dan rasa dahaga.

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.


Monday 23 June 2014

Performance Drink : Kekal bertenaga sepanjang hari

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Perasan tak ahli sukan bila minum air, mereka akan minum air yang berwarna, biasanya berwarna kuning, bukannya air kosong biasa? Untuk pengetahuan, itu adalah minuman isotonik. Minuman isotonik bagus untuk ahli sukan atau yang bekerja lasak kerana ia berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian.

Tapi malangnya kebanyakan minuman isotonik di pasaran adalah berkarbonat dan tinggi gula. Tahukah anda, Shaklee juga mengeluarkan produk minuman isotonik yang tidak berkarbonat iaitu Performance Drink (PD). PD adalah minuman isotonik tidak berkarbonat dan berperisa oren yang lazat.

Performance drink 

Golongan manakah yang memerlukan Performance Drink?
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Individu yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa (sesuai untu bersahur dan berbuka).
  • Pesakit gout.
  • Individu yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Individu yang sering sakit kepala dan migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Individu yang nak di serang demam dan sedang demam.
  • Pengganti minuman isotonik lain yang berkarbonat dan tinggi gula.

Masa sesuai untuk ANDA mengambil Performance Drink :
  • Ketika cuaca panas melampau.
  • Badan tidak sihat (demam, selesema, cirit birit)
  • Ketika bersukan.


Kenapa ANDA perlu mengambil Performance Drink?
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula.
  • Kurang haus - Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus mengatasi masalah dahaga.
  • Tubuh anda lebih cergas dan kurang penat - Mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya akan mudah di serap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah.

Oleh sebab bulan Ramadhan dah semakin dekat, PD adalah sangat di syorkan untuk setiap rumah. Satu rumah satu PD. Hubungi saya untuk produk dan konsultasi percuma.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat...
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Herbal Blend Multipurpose Cream

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua,  krim ajaib Shaklee. Hehe. Kenapa saya kata krim ajaib? Sebab krim ni pelbagai guna, sangat best bila sapu pada kulit, rasa berangin dan bau nya pun saya suka. Natural gitu...

Bulan lepas Fateh kena demam campak, krim ini lah yang jadi teman setia Fateh. Nampak Fateh tak selesa, ummi Fateh cepat-cepat sapu. Dua hari je campak Fateh dah kering. Doktor pun nasihatkan saya teruskan sapu krim ini pada badan Fateh sebab nampak sangat cepat recover dan sesuai dengan kulit Fateh.

Baca perkongsian saya ketika menguruskan Fateh semasa Fateh demam campak. Klik. Pengalaman Fateh kena demam campak

Herbal Blend Multipurpose Cream

Herbal Blend :

Telah di uji secara klinikal dapat membantu melembutkan kulit kasar dan pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini terasa dingin apabila di pakai dan bermentol serta tidak berminyak.

Di perbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse, chestnut yarrow dan rosemary yang amat menenangkan.

Kegunaan:

1) Melembutkan kulit kasar, tumit pecah, kulit kering.
2) Merawat eczema.
3) Merawat dari gigitan nyamuk.
4) Merawat luka pada puting ibu menyusu.
5) Ubat untuk luka dan melecur.
6) Ruam lampin dan ruam peluh pada bayi.
7) Menghilangkan parut termasuk parut campak.
8) Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam.
9) Sebagai losyen untuk kegunaan harian.

Keistimewaan Herbal Blend :

1) Terasa dingin pada kulit.
2) Di ekstrak dari herba semulajadi.
3) Tidak berminyak.
4) Mudah di serap.
5) Aroma yang amat menenangkan.
6) Mudah di guna dan di bawa.
7) Sesuai untuk semua golongan.
8) Di jamin halal dan berkesan.
9) Tanpa steroid dan bebas paraben.

Dan paling buat krim ini istimewa adalah, stok terhad dan sentiasa ketiadaan stok di online dan branch Shaklee. Kenapa sampai macam tu? Sebab krim ini sangat multipurpose, malah ada kedai ubat jual sampai RM 30 satu tiub. 

Berita menarik untuk anda, dengan saya masih berbaki 5 tiub daripada 30 tiub yang sempat saya borong. Cuma RM 27.50 untuk satu tiub. Grab sementara masih ada stok.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat...
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.



Wednesday 18 June 2014

Mencari Baby Carrier idaman hati

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Fateh dah 10 bulan dengan berat 9 kg. Mendukung Fateh dengan berat 9 kg, memang saya tak larat. Memandangkan Fateh lahir secara emergency czer, saya mudah sangat sakit belakang. Dukung Fateh 10minit hingga 15 minit je boleh bertahan, lepas tu give up, mesti last-last terduduk sambil memangku Fateh. Abah Fateh la yang kena mendukung setiap kali keluar.

Rupanya ini sebabnya ibu-ibu tidak di galakkan ambil epidural, kesannya lama kat ibu-ibu. Tapi saya czer, nak tak nak kena ambil juga, takkan nak belah perut hidup-hidup je kan. Huhu ngeri ingat perut kena belah, parutnya sampai ke hari ni masih kelihatan. Fateh pula semenjak lasak ni suka sondol-sondol di bahagian yang kena belah tu, time menyusu pun suka duk tendang-tendang, huhu sakit..

Banyak pulak bercerita pasal kena belah perut. Hari ni keinginan saya membuak-buak nak baby carrier. Hehe. Actually Fateh dah ada stroller. Stroller Fateh tu pilihan ummi nombor satu kot dulu. Walaupun awal-awal suami memang reject stroller tu, saya tak putus asa jugak, tiap-tiap malam duk tilik stroller tu. LUA.. LUA... Haha. Yakin boleh dapat, dan memang Fateh dah dapat stroller tu.

Ada orang berpendapat, " stroller dah ada, buat apa baby carrier lagi, membazir je.. " Sebenarnya bagi saya, baby carrier ni satu keperluan. Bukan nak kata stroller tu tak nak guna dah, tapi stroller ni bukan di semua tempat boleh guna. Kalau pergi mall, stroller ok memang sesuai untuk letak baby dalam tu. Tapi bila urusan yang sekejap-sekejap dan saya keluar dengan Fateh sorang-sorang memang susah nak bawak stroller. Nak keluar beli barang dengan Fateh, bawak stroller lagi, nak tolak troli lagi. Nak dukung je? Lagi susah, nak dukung Fateh lagi, nak pegang barang lagi. Dah la ummi Fateh ni tak boleh dukung Fateh lama-lama. Duk di Kelantan ni takpa la, nak keluar sekejap, Fateh boleh tinggal dekat nek umi Fateh ataupun mak saudara Fateh yang comel-comel ni, dah balik Serdang lepas raya ni memang ummi Fateh dan Fateh kena berdikari dah. Huhu.

Jadi sekarang, ummi Fateh tengah memujuk abah Fateh untuk beli baby carrier untuk Fateh. Bukan apa, kesian dekat suami juga, kadang-kadang bawa Fateh pergi mana-mana tempat yang tak sesuai guna stroller, suami kena dukung. Kadang sehingga berjam-jam. Saya tahu suami lenguh tapi tak nak terus terang dengan saya. Kalau Fateh tidur lagi kesian, mesti lenguh Fateh tido macam tu ja. Kita yang dukung ni nak cari posisi selesa untuk kita, anak yang di dukung tak tahu selesa ke tak.

Minggu lepas, salah seorang sahabat saya di universiti add saya ke dalam group Malaysian Babyweares. Terima kasih kepada beliau, Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat dalam group tu. Untuk pengetahuan pembaca semua, baby carrier terbahagi kepada beberapa jenis. tapi hati-hati, ada baby carrier yang tak selamat dan tak elok untuk tulang baby juga. Yang ni saya kupas di entri lain insyaAllah..Entri ni kita kenali baby carrier yang selamat dulu..Jom kenali jenis-jenis baby carrier. =)


1) Baby Sling menggunakan kain batik lepas

Baby sling menggunakan kain batik lepas.

Gambar ni saya screen shot dari youtube. Boleh klik link ini untuk step-stepnya. Untuk ibu-ibu yang baru nak berjinak-jinak dengan baby carrier boleh cuba menggunakan kain batik lepas ini dulu. Jimat dan senang. Saya dah cuba dan memang lebih selesa kendong menggunakan kain batik daripada dukung biasa.


2)  Soft Structure Carriers (SSC).

SSC Boba 4g

Ini adalah Soft Structure Carrier. Based on review ibu-ibu yang guna SSC, SSC ini lebih senang nak guna. Setakat ini, SSC adalah target saya. Harga boleh tahan mahal. Berbelanja lebih untuk keselesaan anak apa salahnya kan.


3) Baby Wrap

Baby Wrap

Baby wrap ini menggunakan kain sepanjang 5 meter. Kain ini akan di lilit pada badan ibu. Orang gaji rumah kami dari Indonesia dulu guna baby wrap ini sewaktu adik kami kecil. Memang senang nak buat kerja. Boleh klik link ini untuk lihat cara menggunakannya.


4) Ring Sling.

Ring Sling

Untuk demo cara menggunakannya boleh klik link ini. Ring sling ini ibu-ibu boleh jahit sendiri tau, beli kain dan ring untuk carrier baby. Lebih menjimatkan dan murah. Yang penting selamat dan selesa untuk baby. 


5) Mei Tai

Mei Tai

Mei Tai. Tempat duduk baby seakan-akan SSC tapi Mei Tai kena lilit dan ikat sendiri. Boleh carry depan, belakang dan sisi. Boleh klik link untuk cara penggunaannya.

Mungkin ada yang saya tertinggal? Baby carrier di atas mostly boleh carry depan, belakang dan sisi. Boleh tengok di youtube, banyak video yang menunjukkan cara menggunakan baby carrier ini. Berdasarkan pembacaan saya, contoh-contoh ini adalah carrier yang selamat untuk baby dan of course kena belajar cara yang betul menggunakannya. 

Di harap info ini boleh memberi manfaat buat pembaca sekalian.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat...
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Tuesday 17 June 2014

Khasiat air kelapa muda untuk ibu mengandung

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semasa saya mengandungkan Fateh dulu, kebetulan bulan Ramadhan kandungan saya berumur 8 bulan. Saya memang suka minum air kelapa waktu berbuka. Kebetulan yang tepat. Hehe. Jadi tiap-tiap hari pasti suami akan belikan air kelapa muda untuk saya.

Orang-orang tua galakkan ibu mengandung trimester ketiga untuk minum air kelapa muda. Nanti baby kulit bersih katanya. Bila Fateh lahir, memang betul kulit Fateh bersih. Biasa di kulit kepala baby ada kuping-kuping yang melekat tu kan. Tapi kepala Fateh bersih, memang tak ada langsung kuping-kuping tu. Kulit Fateh pun cantik. Semua orang puji kulit Fateh cantik. Semestinya ummi Fateh orang paling happy kan. Hehe.


Info ini saya baca di salah satu page yang saya follow di facebook. Bagi ibu yang sedang hamil dan suka akan air kelapa muda ini, saya kongsikan di sini manfaat air kelapa muda ini untuk ibu mengandung.


1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .

2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Banyakkan khasiatnya terutama bagi ibu ibu mengandung kan? Jadi ibu-ibu jangan takut untuk minum air kelapa muda. Yang mana baik untuk ibu dan anak dalam kandungan, benda itu adalah harus. Semoga perkongsian ini berguna buat pembaca sekalian.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.