"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 19 March 2014

Kenapa ESP jadi pilihan ramai?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin ramai yang belum tahu, ESP adalah hot produk Shaklee. Sebab apa ESP jadi hot produk ye? Sebabnya ESP ni ada keistimewaan tersendiri. Gabungan ESP dengan mana-mana supplement boleh memberikan pelbagai khasiat lain.

KENAPA ESP JADI PILIHAN RAMAI?

Menjadikan kulit lebih berseri, cantik, halus dan gebu.
Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
Mengawal paras gula dalam badan.
Membantu mengurangkan berat badan.
Membekalkan tenaga berpanjangan.
Bertindak sebagai milkbooster dan menambah penghasilan susu ibu.
Membantu memberikan tenaga kepada ibu hamil dan membantu perkembangan fetus dalam kandungan.
Membantu memulihkan fungsi prostat lelaki.
Membantu menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara.
Membantu meningkatkan keupayaan seksual.



A. ESP + Vitamin E Complex : Kulit cantik dan natural beauty tanpa perlu bermekap.

B. ESP + OmegaGuard : Bayi cerdik.

C. ESP + Vitalea Iron Formula : Kesihatan optimum.

D. ESP + Lecithin : Pengurusan berat badan.

E. ESP + Alfalfa Complex : Milkbooster untuk ibu menyusu.

F. ESP + GLA Complex : Kesuburan dan ikhtiar untuk hamil.

G. ESP + Ostematrix : Sakit kepala dan kurangkan jaundis bayi susu ibu.

H. ESP + Zinc Complex : Bersalin dan pembedahan.

I.  ESP + Performance Drink : Tenaga berkekalan sepanjang hari dan ketika berpuasa.

Nak dapatkan ESP anda sekarang?

TUNGGU DULU!!

Kami ada tawaran menarik untuk anda!!


PROMOSI MAC 2014 !!

APA YANG AKAN ANDA DAPAT BILA GRAB PROMO INI?

1) SPECIAL MEMBERS PRICE
2) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP
3) CASH BONUS

Apa tunggu lagi? Jom bertindak sekarang!!

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Sunday 16 March 2014

Bagaimana Memilih SOY PROTEIN yang Berkualiti?

Assalamualaikum,

Banyak pertanyaan yang timbul bila bercakap tentang soya. Tak kurang juga yang bagi tanggapan buruk pada Shaklee sebab Shaklee ada produk yang berasaskan soya.

"Soya Shaklee mahal, baik beli soya biasa kat kedai, senang, sedap, murah lagi "

"Soya boleh buat kulit baby sensitif "

"Soya boleh sebabkan kanser "

"Soya agenda US dan Yahudi "

Huhu.. T_T
Antara statement kat atas, statement last yang paling sadis sekali bila saya dengar.


Memang tidak di nafikan, apa-apa yang kita makan, kita mesti kena pilih yang berkualiti. Kalau tak berkualiti bukan sahaja tidak memberi manfaat pada tubuh malahan boleh memudaratkan.

Sama juga dengan soya. Soya yang tidak memenuhi kriteria adalah soya yang tidak berkualiti. Bukan secara semulajadinya soya itu tidak bagus.

Jadi, bagaimana nak tahu soya yang kita ambil berkualiti ke tidak?

Jom baca 7 KRITERIA PENTING dalam pemilihan soya...

1) KACANG SOYA MESTI TUMBUH SECARA ORGANIK.

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.

Jadi sangat penting pesticides, fungicides, herbicides tidak di gunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya.


2) KACANG SOYA ITU MESTILAH NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Kos untuk menghasilkan kacang soya GMO adalah lebih murah. Sama macam vitamin sintetik dan vitamin tiruan.

Kebanyakan syarikat makanan akan cari jalan untuk menjimatkan kos. Salah satu cara adalah dengan menggunakan kacang soya GMO.

Dr. Louis J. Pribyl, saintis Brazil menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan di bina tanpa di sedari apabila gen baru di masukkan dalam sel tumbuhan.

Jadi sebab tu lah penting kita pilih soya NON-GMO.


3) SOY PROTEIN MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU.

Badan kita memerlukan 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Bila salah satu asid amino ini tiada, sistem imun badan akan berkurang sebanyak 30%, and many important body functions are delayed or stopped.


4) SOYFLAKES MESTI DI BERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL.

Semasa proses pembuatan soy isolate, terdapat syarikat yang menggunakan alkohol untuk membersihkan soyflakes.

Alkohol akan memusnahkan isoflavine sehingga 80%. ISOFLAVINES sangat di perlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam penyeimbangan hormon.


5) BAHAN-BAHAN ANTI-THYROID / ANTI-GROWTH SUBSTANCE MESTI DI SINGKIRKAN.

Soya mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-tyrosine' substance. Kekurangan 'tyrosine' ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan 'restless leg syndrome'.

Jadi amatlah penting untuk kita memilih soya yang menggunakan 'extracting process' yang menyingkirkan bahan-bahan tersebut.

Dalam masa yang sama masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta isoflavines yang tinggi, yang sangat sensitif pada suhu panas.


6) PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN.

Asid amino sangat sensitif pada suhu panas. Ada kajian menunjukkan protein yang di masak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50% asid amino perlu.

Jika kita sering mengambil makanan yang kekurangan 'essential amino acids', ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormon, atau perkembangan tisu badan juga akan terbantut.


7) SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DI TAMBAH UNSUR KALSIUM.

Kacang soya adalah bahan NEUTRAL (Neither acidic or alkaline).

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu di singkirkan supaya soy powder tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, adalah penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium (unsur alkali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula, Kebanyakan pengeluar TIDAK MENAMBAH kalsium yang cukup dalam produk mereka.


BAGAIMANA DENGAN ESP (ENERGZING SOY PROTEIN) SHAKLEE?

ESP memenuhi SEMUA KRITERIA di atas. Sebab tu saya memilih ESP SHAKLEE. Penting utnuk kita faham kenapa kita memilih sesuatu produk.

Bukan sebab nama, bukan sebab ramai yang guna. Tapi sebab ia berkualiti dan di yakini. Harga sangat mampu milik. 1 tin boleh bertahan sehingga 2 ke 3 bulan. Sesuai untuk seisi keluarga.

Nak dapatkan ESP Shaklee? Bulan ni masa terbaik. ^_^


PROMOSI MAC 2014 !!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Thursday 13 March 2014

Antibiotik - Kisah Seekor Harimau yang Kehilangan Taring

Assalamualaikum,


Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorangpelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.


Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )


Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?


1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.


2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik bolehmenyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.




3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.


Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.


Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring


Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.


Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.


Kos Perubatan Meningkat


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?


1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...


a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.


2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.


"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya


Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.


Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.


Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!


"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".


Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.


Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.


Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Sumber : Dr Azwan

Set Mengandung Shaklee Memenuhi Nutrisi untuk Ibu dan Bayi.

Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk mendapatkan baby yang sihat. Baby serap nutrisi daripada badan ibu, kalau ibu tak makan makanan berkhasiat, macam mana baby nak membesar dengan sihat?

Nutrisi lengkap juga boleh membantu ibu-ibu sembuh dengan cepat selepas berpantang. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan ibu hamil berasa letih, lesu dan tidak bertenaga.


Atas sebab itulah ibu hamil di bekalkan dengan pil antenatal sepanjang tempoh hamil. Tapi sayangnya, kebanyakan pil antenatal ini di hasilkan secara sintetik @ tiruan dan mengambil masa yang lama untuk hancur dan diserap oleh tubuh. 



APA BEZA DENGAN SHAKLEE? 

Bezanya Shaklee adalah vitamin SEMULAJADI. Agaknya berapa lama badan kita kena bekerja-keras untuk serap vitamin sintetik ye? tak termasuk bahan-bahan tiruan yang di campur dalam tu lagi...T_T

Vitamin Shaklee juga boleh continue makan semasa berpantang dan menyusu. Kita cuma perlu tambah beberapa jenis vitamin je khas untuk berpantang dan menyusu. Super duper jimat lagi. Dan sebotol vitamin Shaklee boleh tahan at least 4 bulan. 


1) VITA-LEA® IRON FORMULA (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) SUSTAINED RELEASE VITA-C

Sebagai antioksidan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Menjadikan kulit lebih cantik.

Membantu penyerapan iron. Iron takkan diserap oleh badan tanpa kehadiran Vitamin C.

3) B COMPLEX

Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin yang di perlukan oleh tubuh badan untuk membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.

Vitamin anti-stress. Stress boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.

4) OSTEMATRIX ( Calcium & Magnesium)

Kalsium adalah komposisi terbanyak dalam susu ibu.

Kalsium penting untk bina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. 

Bagi ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian mereka, maka kalsium sedia ada dalam tubuh ibu akan di serap oleh bayi sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan.

Akibatnya ibu akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.  

Ostematrix boleh membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

5) OMEGA GUARD (EPA & DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang di jumpai dalam badan kita terutamanya di otak.

DHA sangat penting dalam perkembangan otak serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA uda asid lemak utama yang di jumpai dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu mengahasilkan DHA mereka sendiri. Mereka memperoleh daripada susu ibu. Sebelum di lahirkan, DHA di dapati daripada ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan Omega 3 kepada ibu mengandung dan menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

6) ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATED POWDER

Protein adalah salah satu komposisi utama dalam susu ibu. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeiharaan tisu.

Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein di katakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam. 

ESP membantu ibu memperolehi kesan optimum untuk pengambilan bersama vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci kepada :

1) Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna.
2) Perkembangan bayi yang sihat.
3) Pencegahan bayi dari mendapat jaundice.


Ramai yang dah akui keberkesanan Shaklee. Yang consume masa mengandung, continue lagi sampai berpantang dan menyusu. Sebab puas hati dengan kebaikan yang kita dapat. 




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Monday 3 March 2014

Adakah memberi bayi susu formula atau makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena?

Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatan. Memberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana:


*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut boleh membantu bayi tidur lena.
Sesetengah bayi tidak tidur dengan baik disebabkan tindak balas terhadap susu formula atau makanan pejal ( perut meragam), terutamanya jika bayi berusia  kurang dari 6 bulan. Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diet tidak menyebabkan bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiada perbezaan dalam corak tidur bayi yang memakan makanan pejal sebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak diberi makanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajian tersebut:

Macknin ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusia. Susu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu. Disebabkan itu, bayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusu. Nampak seperti sesuatu yang baik, mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak diberi bila mana susu ibu masih ada – sama ada diberi terus dari payudara atau dipam.


*Pengenalan awal terhadap makanan pejal (sebelum usia 6 bulan) boleh mendatangkan risiko.

*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengan kematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS)  
Bayi yang tidur lama boleh terdedah kepada  SIDS (kajian oleh James McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawa tidur yang lama adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang apa pentingnya memanipulasi corak tidur yang natural dalam bulan-bulan pertama bayi.


*Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doktor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberi bijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doktor untuk kondisi perubatan yang spesifik. Ini kerana;

i)                    Bahaya tersedak
ii)                   Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol (penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatan nutrient), dan bayi tidak mendapat isipadu susu yang mencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yang baik.

iii)                 Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa mereka dapat mengawalnya sendiri. Ini boleh menyebabkan masalah berat badan di kemudian hari.


Sumber : Jurnal Vitamin