"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 13 July 2014

Boba 4G review

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah seminggu Boba 4G menjadi milik Fateh, hari ni baru berkesempatan nak review SSC pilihan hati untuk
Muhammad Fateh. Sebelum ni Fateh dah ada baby carrier hadiah dari mak sepupu Fateh. Tapi selepas kawan saya invite masuk group facebook Malaysian Babywearers, baru saya perasan yang carrier lama Fateh adalah crotch carrier. Patutlah bila kendong Fateh dalam carrier tu tak boleh lama-lama, sakit pinggang. Fateh pun tak suka duduk dalam carrier lama tu, tak selesa agaknya.

Kiri : Crotch Carrier, Kanan : Soft Structure Carrier

Dari gambar di atas, yang mana lagi nampak selesa untuk baby? Sebelah kanan nampak relaks je dalam carrier kan? Sebelah kiri pulak nampak seksa. Berat bertumpu ke celah kelangkang baby. Nak kenal crotch carrier ni senang je, tempat duduk baby tu nampak macam seluar dalam dan support kelangkang je. Crotch Carrier tak elok untuk anak kerana boleh menyebabkan Hip Dysplasia. So, ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana elakkan Crotch Carrier, kesian anak kita, mereka tak pandai nak bagitahu mereka tak selesa dan terseksa.

Terlebih-lebih pula bercerita tentang crotch carrier, hehe. Sebenarnya nak review Boba 4G yang kami belikan untuk anak kami. Sebelum ni saya plan nak beli online je. Memandangkan kami tinggal di Kelantan, susah nak cari kedai jual SSC yang boleh walk in. Tapi bila google dan baca pendapat ibu-ibu dalam group fb, risau pula nak beli online, takut tak sesuai untuk anak kami dan kami. So, semasa kami balik Serdang menjenguk rumah, kami sempat sempat singgah di Fabulous Mom Puchong.

Saya plan nak try semua carrier di situ. First saya try Jumpsac Toodler, tapi Fateh meronta-ronta bila masuk dalam Jumpsac. Saya pun tak berapa selesa sebab padding di bahu agak tebal dan besar. Lepas tu saya try Boba 4G. Saya memang aim Boba tapi bila sales girl tu kata Boba material panas, saya try la jugak brand lain. Dalam Boba pun Fateh menangis tapi tak seteruk dalam Jumpsac. Jumpsac bagi saya body panel agak kecil. Fateh pun nampak tersepit dalam tu. 

Fateh dalam Jumpsac

See? nampak tersepit kan? kepala Fateh pun tak bebas pusing-pusing sebab terhalang dan tangan Fateh pun tak bebas gerak-gerak sebab body panel agak tinggi. Mungkin sebab ni untuk saiz kanak-kanak, so body panel nya tinggi. Lepas tu nak try Ergo, terkial-kial saya nak memasangnya. So, saya cancel nak cuba try (sebenarnya dah jatuh hati kat Boba, hehe).

Kami tak beli terus hari tu sebab tak ada sale masa tu. Jadi kami beli benda lain, melayang jugak RM 100++. Then hujung bulan Fabulous Mom buat sale, terus saya order online. Berkenan dengan design SOHO yang berwarna merah tapi tak ada. Jadi kami pilih design TWEET.

Fateh tidur lena dalam Boba 4G

Percubaan pertama letak Fateh dalam Boba milik Fateh sendiri, Fateh tidur lena lebih sejam dalam tu. SSC ni bagi saya memudahkan. Nak pergi mana-mana yang tak boleh pakai stroller, boleh guna SSC. Tak lah sakit pinggang mendukung baby kan? 

Boba with free gift from fabulous mom

Harga Boba 4G yang kami beli ini adalah RM 358.20 free postage (untuk 200 ke atas) dapat percuma biodegradable baby wipes, wash cloth set dan dapat VIP card. Untung nanti bila-bila nak shopping boleh dapat diskaun. ^_^

Sekarang Fateh dah sangat suka duduk dalam Boba Fateh. Yang pastinya ummi Fateh pun dah tak sakit belakang lagi. 

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment