"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 1 July 2014

Tips penyusuan ketika berpuasa

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ibu-ibu yang menyusu pasti timbul rasa risau susu akan berkurangan ketika berpuasa kan? Saya pun sedikit sebanyak ada juga perasaan tu. Nak produce susu perlukan kalori dari makanan, baby pula menyusu sepanjang hari. Macam mana kalau susu berkurangan, kesian baby tak cukup susu.

Ibu-ibu jangan risau, sebenarnya ibu menyusu boleh berpuasa penuh. Yang penting kena ikut garis panduan yang betul. Berkorban sedikit untuk anak tersayang apa salahnya kan. Menyusukan baby ni juga satu jihad tau. Jihad kita untuk bagi hak baby kita. Jom lihat apa garis panduannya.

1. Disiplin waktu makan.

Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori di ambil daripada makanan ibu dan 200 kalori di ambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

2. Kurma, kurma, kurma



Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

3. Makanan seimbang dan supplement

Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih muih sebelum tidur. Pengambilan supplement untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. KLIK UNTUK VITAMIN PENYUSUAN

4. Minum banyak air.

Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak 2 liter di perlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak.


Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang di sarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

Minuman isotonik tanpa gas mampu mengekalkan bendalir dalam tubuh untuk mengelakkan dehidrasi. KLIK UNTUK PERFORMANCE DRINK

5. Bertenang dan yakin.

Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitoksin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya di permudahkan Allah.

6. Kerap menyusu dan mengepam.

Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu di keluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu di hasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu di kelurkan maka semakin kerap payu dara di kosongkan maka semakin banyak susu akan di hasilkan,

Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu di teruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan di sebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Kredit sumber : Pa&Ma

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment