"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 26 February 2014

5 Makanan Bantu Banyakkan Susu Ibu

Makanan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Untuk menghasilkan susu yang terbaik untuk bayi kita, kita perlu makan makanan berkhasiat. Ini penting supaya kesihatan ibu tetap terpelihara biarpun menyusukan anak sepenuhnya.

5 Makanan bantu banyakkan susu ibu :

1) Daun Alfalfa
Kalau di pasaraya ada di jual Alfalfa sprout. Kalau ada jenis tablet tu pun boleh juga. Contohnya Alfalfa Shaklee.

2) Halba / Fenugreek
Halba biasanya di gunakan dalam masakan.

3) Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk.

4) Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

5) Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

Walaubagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/pam susu tetap tidak boleh di tinggalkan. Kalau asas penyusuan tidak di buat, makanlah banyak mana pun supplement, susu tetap tidak akan banyak.

SHAKLEE menawarkan supplement penyusuan yang lengkap untuk ibu menyusu. Hubungi saya rakan Shaklee anda untuk membantu anda. ^_^


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com


Tuesday 25 February 2014

Mengurut ketika hamil

Ibu hamil menanggung beban yang lebih semasa mengandung. Tak hairanlah kalau ibu hamil sangat mudah penat dan semput. Malam pula krem kaki. Kurang berjalan bengkak pula kaki. Urutan pada bahagian tubuh badan yang letih sedikit sebanyak boleh melegakan. 



Persoalannya bolehkah mengurut ketika hamil? Ada yang tak menggalakkan atas pelbagai alasan. Mengurut ketika hamil ada kebaikan dan keburukannya. 

Di antara KEBAIKAN yang boleh diperoleh daripada mengurut adalah:

1) Mengurangkan bengkak di kaki dan tangan kerana urutan yang betul dikatakan boleh melancarkan pengaliran darah.

2) Meredakan sakit otot dan tulang. Lebih-lebih lagi di tulang belakang dan tapak kaki.

3) Mengurangkan rasa stres ketika hamil.

4) Membantu wanita hamil supaya mudah tidur. Namun, tiada data mengenai teknik mengurut yang boleh mengurangkan sakit di kawasan ari-ari. 

Di antara KEBURUKAN yang berlaku akibat mengurut ketika hamil pula adalah: 

1) Menyebabkan kesakitan “kontraksi”.

2) Menyebabkan “trauma” kepada uri sehingga berlakunya abruptio placenta.

Teori di mana kaki atau anggota bayi tersepit tidak ada bukti yang nyata. Ini adalah kerana bayi dalam kandungan bebas bergerak/berenang dalam air ketuban yang mengelilingi dan melindunginya.

Wanita berisiko contohnya mereka yang pernah mengalami kelahiran pra matang, tidak dinasihatkan untuk melakukan urutan ini. Jadi, sesiapa yg berisiko dinasihatkan mendapat pendapat doktor sebelum pergi berurut.

Thursday 20 February 2014

7 Cara Pencegahan Ruam Lampin Pada Bayi

"Alamak, anak saya kena ruam lampin !"

Pastinya dalam kehidupan seharian, ruam lampin dan anak kecil tidak dapat di pisahkan. Bayi di lahirkan dengan kulit nipis dan sensitif, dan sentuhan kulit dengan najis menjadikannya lebih sensitif. Lampin pula menyebabkan geseran, apabila kulit luka, jangkitan kuman dan kulat mudah terjadi.


Berikut adalah 7 tips yang boleh di praktikkan untuk mengelakkan ruam lampin.

1) Tukar lampin sebaik sahaja bayi membuang air besar 

Kulit bayi sensitif terhadap najis. Kadangkala ia menjadi kemerah-merahan seketika, tetapi akan hilang dalam 1015 minit. Tetapi sekiranya najis di biarkan lama bersentuhan dengan kulit, ruam lampin akan terjadi.

2) Cuci dengan air sahaja 

Elakkan penggunaan 'wet wipes' kerana kandungan bahan kimia dalam wipes boleh menimbulkan iritasi pada kulit bayi. Jika perlu menggunakan sabun, pastikan ia mengandungi pelembab agar tidak mengeringkan kulit bayi.

3) Bersihkan dengan teliti 

Bilas 2-3 kali untuk memastikan seluruh kawasan punggung dan kemaluan tiada sisa-sisa najis.

4) Biarkan terdedah kepada udara untuk 10-20 minit sebelum memakaikan lampin semula. 

Alaskan tilam bayi dengan pelapik kalis air/tuala agar sekiranya bayi kencing, ia mudah di bersihkan. Janagn gosok dengan tuala untuk mengeringkan bayi, tepuk-tepuk dengan lembut sudah memadai.

5) Gunakan lampin kain berbanding lampin pakai buang 

Kajian perubatan menunjukkan lampin pakai buang memerangkap lembapan di punggung bayi dan menjadikan kulit lebih mudah tercedera. Pada waktu malam, di cadangkan menggunakan 3 lapis lampin kain dan kerap menukar lampin.

6) Gunakan air yang lebih ketika mencuci lampin kain dan bilas lampin berulang-kali  

Kemungkinan terjadi ruam adalah di sebabkan sisa detergen tertinggal pada lampin. Sekiranya boleh, sidai di bawah sinaran matahari untuk membunuh kuman.

7) Krim ruam 

Anda juga boleh menggunakan krim ruam lampin. Contoh yang baik ialah yang emngadungi zinc oxide yang membantu membina lapisan penghalang pada kulit bayi. Elakkan steroid yang kuat seperti bethamethasone kerana ia boleh menipiskan kulit dan meninggalkan parut hitam pada kulit bayi.


5 Perkara Yang Perlu ELAK ketika hamil


Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang di kandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu. Jom ketahui apa pantang larangnya.

1) Lipstik
Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

2) Krim pemutih
Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

3) Ubat jerawat
Wajah anda di penuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.

4) Pewarna rambut
Anda gemar bertukar warna rambut Seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

5) Kasut bertumit
Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan  serta terjatuh.


Tuesday 18 February 2014

9 Petua mudah lancarkan pengaliran susu ibu


Menyusukan anak tidak semudah yang disangka. Tambahan pula kepada ibu muda yang baru pertama kali belajar menyusukan anak. Ada sesetengah ibu beranggapan breastfeeding comes naturally. Rupa-rupanya menyusukan bayi punya cabarannya yang tersendiri. Nampak mudah bukan? Kalau mudah, tak akan ada la susu formula yang banyak di pasaran kan?

Tak mudah tapi tak susah mana pun. Asalkan kita tahu cari jalan. Asalkan kita tak putus asa. Asalkan kita kuat semangat!! Bayi kita berhak atas susu kita. Siapa yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak sendiri kan? Jom saya kongsi petua berguna buat ibu-ibu yang menyusukan bayi.

9 Petua Mudah Lancarkan Pengaliran Susu Ibu :

1) Tarik nafas dan bertenang.

2) Mengepam atau menyusukan bayi di tempat yang selesa, sunyi dan familiar.

3) Urut breast perlahan-lahan secara bulatan selama 1 minit sebelum mengepam atau menyusukan bayi.

4) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi (biarkan bayi memakai lampin sahaja).

5) Letakkan tuala lembab yang di rendam dengan air suam pada breast atau mandi air suam sebelum mengepam atau menyusukan bayi.

6) Urutan belakang badan untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.

7) Tengok gambar atau video bayi anda sewaktu mengepam.

8) Minum air dengan banyak dan teruskan pengambilan vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu (contohnya SHAKLEE) .

9) Makan makanan berkhasiat. Ingat, anda membakar 600 kalori sehari semasa breastfeeding.

Semoga tip-tip ini membantu ibu-ibu di luar sana mencapai 'let down' yang sempurna. ^_^


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Monday 17 February 2014

Vitamin Shaklee yang BOLEH dan TIDAK BOLEH di ambil ketika mengandung

Banyak makanan tambahan (supplements) yang di cadang pada ibu mengandung agar dapat membekalkan nutrisi secukupnya pada bayi dalam kandungan. Tapi berhati-hati, ada sesetengah supplement @ vitamin yang perlu di elakkan oleh ibu mengandung.

Supplements yang perlu di ELAKKAN oleh ibu mengandung ialah:

1) Alfalfa
2) Caratomax (Vitamin A)
3) Vitamin E
4) Vivix
5) DTX Complex
6) Garlic Complex
7) Herblax
8) Lecithin
9) Nutriferon
10) GLA Complex
11) Cinch
12) Collagen Powder

Alfalfa dan Garlic Complex pula mengandungi rumusan tradisional dan herba dan bersifat panas. Namun begitu, bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, di bolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

Vitamin yang tinggi anti-oksida seperti Vitamin E, Vivix, GLA Complex, Nutriferon dan Carotomax tidak di galakkan di ambil di awal kandungan kerana biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu menurun bagi memberi laluan kepada janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin tinggi anti-oksida akan meningkatkan sistem imun ibu seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tersebut sebagai 'bendasing ' yang perlu di singkirkan.

Cinch tidak di galakkan di ambil kerana ia mempunyai kalori yang sangat rendah dan mungkin akan menjejaskan nutrisi yang di perlukan oleh bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil supplements yang di senaraikan di atas, ibu-ibu boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan pengambilan supplements tersebut.

Tapi jangan risau, ada supplements untuk ibu mengandung juga,  antaranya ialah :



Energizing Soy Protein (ESP) 

Membekalkan sumber protein. Protein bagus untuk tumbesaran. ESP boleh menguatkan rahim. Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan).

B-Complex

Lengkap dengan asid folik dan biotin. Asid Folik membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf bagi bayi khususnya 'spina bifida'.

Vita-Lea with iron formula

Multivitamin lengkap. Di lengkapi dengan zat besi dan asid folik. Baik untuk ibu hamil yang mengalami anemia, pening atau mudah pitam. Ibu hamil yang mengalami hb rendah juga di galakkan mengambil vitalea.

Ostematrix

Wanita hamil memerlukan 1000mg ke 1300mg kalsium sehari. Kalsium lengkap dengan Magnesium dan vitamin D. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard 

Disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

Vitamin C 

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, Vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

7 Sebab kenapa badan kita perlukan supplement

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh di perolehi daripada makanan.
Contohnya vitamin C dan E yang di perolehi daripada makanan sahaja tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur dan mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah di musnahkan oleh haba semasa di masak.


4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

6) Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak, di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, makan pengambilan makanan seimbang tidak di titikberatkan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Thursday 13 February 2014

Fakta Nutrisi dalam VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral pertama di cipta di dunia. Pada mulanya ia di kenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan di singkatkan sebutan kepada "Vita-Min" dan perkataan vitamin yang di sebut kini asalnya dari Shaklee.


Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun lalu) kepada bentuk tablet. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang di sarankan oleh RDA.

Tablet Vita-Lea di saluti dengan serbuk nutrisi-spirullina. Ia di hasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi ekplosif yang kompleks, di sebuat sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin terpantas di dunia larut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah di pilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest pada tahun 2000.

MANFAAT UTAMA VITA-LEA SHAKLEE:

1) Penambahan tenaga segera.
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2) Pelengkap nutrisi.
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

3) Keupayaan sistem reproduktif.
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4) Metabolisme.
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

5) Elemen penting pada sel tubuh.
Menyediakan asa nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

6) Melindungi organ.
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


FAKTA NUTRISI DALAM VITA-LEA:

1) Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

2) Vita D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

3) Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

4) Vita C
Anti-oksida, melawan kanser, meransnag fomasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

5) Asid Folik.
Kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kuarngkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.

6) Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

7) Vita B2
Tukarkan makan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

8) Vita B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

9) Vita B6
Metabolisme protein, baiki otot, seggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah, bibir kering, glositis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.

10) Vita B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan rabun.

11) Biotin
Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.

12) Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat penyembuhan luka.

13) Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

14) Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

15) Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen / otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

16) Zat besi
Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

17) Magnesium
Kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

18) Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.

19) Zink
Perkasa sistem imun, percepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Semua vitamin dan mineral di atas terkandung dalam satu tablet vita-lea shaklee. Sebab tu di namakan multivitamin dan multimineral. Dan bulan ini SAHAJA, Shaklee bagi hadiah bagi sesiapa saja yang ingin dapatkan VITA-LEA. Apa hadiahnya?

PROMOSI FEBRUARI 2014 !!
VITA-LEA BELI 6 PERCUMA 1 !!
(sah sehingga 28 Februari 2014)


Jom dapatkan daripada saya, penjimatan berganda untuk setiap botol. ^_^

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Wednesday 12 February 2014

Ubat VS Supplement

Ramai antara kita yang keliru antara ubat dan makanan tambahan (supplement). Saya dulu pun macam tu. Ingatkan ubat = supplement. Sebab tu saya sangat susah nak makan apa-apa pil. Takut dengan kesan sampingan dari ubat tu. Kalau sakit kepala ke demam ke saya lebih prefer minum air masak banyak-banyak dan minum air 100 plus.

Tapi rupa-rupanya jauh beza ubat dan supplement ni. Mungkin rupa bentuk je sama. Datang dengan bentuk pil. Jom baca dan kenali ubat dan supplemet.

UBAT
SUPPLEMENT (MAKANAN TAMBAHAN)

Ganjil dengan tubuh badan. Ubat tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita. Tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.


Semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim.


Supplement bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan.
Contohnya Aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan ahirnya kematian.


Supplemet tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.


Supplement bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Supplement sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.  


Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

Supplement baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.


Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti).


Supplement adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.


Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

Supplement tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.


Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.


Supplement bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.                                   

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan.Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.


Supplement bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.


Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya kearah tindakan sampingan.

Supplement tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi. Kelanjutan berlebihan akan khasiat adalah rendah. Keselamatannya sangatlah terjamin.


Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan supplement, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman (pemesraan / pencemaran) yang lemah.

Ubat boleh menghasilkan penyakit. Terdapat pertumbuhan yang membimbangkan di Kanada terhadap penyakit yang disebut 'iatrogenic' (Physician cased ertinya disebabkan oleh doctor perubatan).

Supplement sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan:-
• Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain.
• Melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.


Kesimpulannya, ubat boleh di ambil ketika sakit sahaja.
Supplement boleh di ambil bila-bila masa.
Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat.
Supplement tidak menggunakan dadah tapi mengandungi banyak vitamin yang sihat yang di gunakan untuk melawan segala penyakit.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Pilihan saya semestinya yang selamat dan semulajadi. Saya pilih SHAKLEE. Anda berminat? Boleh PM saya. Free consultation. ^_^


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Monday 10 February 2014

Selamat Jalan...

Semalam hantar adik lelaki ke airport. Balik sempena cuti winter 2 minggu. Dia ambik bidang perubatan di Mesir. Belajar elok-elok. Jaga diri molek-molek duk tempat orang.

Jamu KFC dulu sebelum berangkat


Fateh tak boleh makan KFC, seat belt stroller pun jadilah ~~


Muka tak puas hati tak boleh makan KFC, hihi


Babai ~~ Semoga berjumpa lagi..


VITA-LEA - Multivitamin & Multimineral yang hebat

Tahukah anda,

VITA-LEA Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang pertama di cipta di dunia. Ia di hasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1915. Malah perkataan VITAMIN berasal dari gabungan perkataan SHAKLEE VITALIZED MINERALS. Sejak dari itu, perkataan vitamin di guna pakai oleh semua jenama supplement.


KEISTIMEWAAN VITA-LEA :

1) Supplement seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee dan harga mampu milik.
2) Di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan orang dewasa.

Jika di ambil setiap hari, VITA-LEA boleh :

1) Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
2) Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata.
3) Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
4) Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas. 

Vita-Lea sesuai untuk semua orang dewasa, lelaki dan perempuan. Kiranya ni vitamin paling basic dalam Shaklee. Sebab tu Vita-Lea ada dalam kebanyakan set cadangan Shaklee. Perbezaan pada saya setelah 5 bulan mengamalkan Vita-Lea, saya rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih. Berbanding sebelum ada anak dan sebelum kahwin dulu, tido tak cukup 8jam sehari memang akan lesu dan moody.

Shaklee mahal? Tak mahal berbanding dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan pada kita. Sebotol Vita-Lea (RM 88.75) tahan sehingga 4 bulan. Bermaksud, kita cuma perlu spend 74 sen sahaja sehari. Tak mahal kan ~~~

Tapi untuk bulan Februari ini, kami ada harga istimewa untuk VITA-LEA!!

PROMOSI FEBRUARI 2014 !!
VITA-LEA BELI 6 PERCUMA 1 !!
(sah sehingga 28 Februari 2014)


Jom dapatkan daripada saya, penjimatan berganda untuk setiap botol. ^_^

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com