"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 9 February 2014

Stroller baru Fateh

Fateh dah dapat stroller baru!!

Stroller adalah salah satu benda yang paling lama kami pilih sebelum beli. Sebelum ni saya ada survey beberapa stroller kat Mr Google. Mostly stroller yang saya suka tengok yang jenis stylo. Makin bertambah comel baby yang duk dalam stroller yang super duper comel itu.

Tapi bila saya google dan baca review di blog-blog, ramai parents yang anak baru sorang, tapi stroller dah 3 4 bijik. Kenapa boleh jadi macam tu?? Sebabnya saiz stroller yang besar dan berat. Saya cuba cek balik senarai stroller pilihan hati saya. T_T Semua stroller menepati ciri-ciri besar dan berat.

Jadi saya senaraikan balik, ciri-ciri stroller yang menepati piawaian saya supaya nanti tak perlu beli 2 3 bijik stroller.

1) Affordable. penting
Yang ni paling penting. Harga terlalu mahal boleh jatuh kategori membazir. Daripada beli stroller sebijik 4 5 ribu, lebih baik beli yang within bajet dan barang-barang lain yang lebih penting.

2) Reversible handle.
Ni antara ciri yang susah yang dapat. Mostly stroller yang comel-comel dan within bajet tak boleh facing baby. T_T. Fateh masih kecik. Risau pulak kalo tak boleh facing Fateh masa jalan-jalan. Takut nanti tersenget duduk ke, kita tak nampak kan.

3) Saiz compact bila di lipat.  penting
Kalau boleh dapat umbrella fold lagi bagus. Tapi biasanya stroller boleh facing baby susah nak jumpa jenis umbrella fold.

4) Kukuh, Stabil, Tahan lama.  penting
Kita spend banyak untuk stroller, tak berbaloi pulak untuk sorang anak satu stroller kan. So, cari stroller yang boleh di warisi turun-temurun. heee

5) Large canopy. penting
Untuk lindungi baby dari kena silau cahaya matahari.

6) Fully reclining seat.  penting
Baby newborn banyak habiskan masa dengan tido. Untuk keselesaan baby jugak. Kalau baby tido waktu outdoor, boleh tidurkan dalam stroller je.

7) Washable seat fabric.  penting
Baby bila dah pandai makan sendiri, main sendiri, seat cepat kotor. Jadi kena cari yang boleh buka seat, senang nak basuh.

8) Fully padded.
Untuk keselesaan baby. Tak perlu nak letak tilam dah.

9) Ringan. penting
Ringan tapi stabil. Senang nak keluar dengan baby je, umi nak angkat sendiri tanpa bantuan abah pun boleh.

10) Senang nak lipat.  penting
Yang ni pun untuk senangkan umi. hee.. Pernah lipat stroller jenis jogger. Ya Allah susah yang amat bila nak lipat. Ambik masa lebih setengah jam baru boleh lipat. Jadi aspek ni terSANGATlah penting.

11) Comel dan Stylo.
Ni bonus kalo dapat yang comel dan menepati ciri-ciri di atas.

Then survey lagi....apa yang saya jumpa??
Halford Fliplite.

Abang saya pakai yang ni untuk anak saudara saya. Warnanya striking. Saya suka. Dah tengok live dan letak Fateh dalam stroller ni. Fateh siap nangis takmo keluar lagi. Haha. Tapi stroller ni tak boleh facing baby. Tu je kelemahan dia. 

Combi Well Comfort.

Terpengaruh dengan iklan stroller ni. Ringan seperti rama-rama. Memang sangat ringan. Cuma 4.6kg je. Warna pun cantik. Sangat-sangat suka sampaikan setiap malam sebelum tidur google dulu stroller ni. Haha.


Ni di Midvalley masa Ekspo baby. Dukung Fateh yang seberat 7++kg boleh menyebabkan sakit belakang. Bergilir-gilir dengan suami tapi banyak dia la yang dukung. hee

Saya memang dah aim Combi dari awal. Tapi tak bagitahu hubby pun. Kami ada review beberapa jenis stroller. Tapi hubby macam tak berminat dengan stroller lain. Masuk booth lain, dia pusing ke booth Combi balik. Masuk hall lain, dia ajak ke booth Combi balik. Lastly, dah turun tingkat bawah nak balik, nak p cari stroller di Sogo. Hubby ajak p booth Combi sekali lagi.


Senang bawak Fateh sekali, boleh test letak sesuai ke tak. Fateh siap tido dalam stroller. Bajet dia punya padahal tak beli pun lagi. Haha.

Warna purple Combi Spazio Stroller. Yang oren Combi Well Comfort. Combi Spazio agak besar berbanding Well Comfort. Boleh guna sampai baby 20kg. Space pun lagi besar compare dengan Well Comfort. Sebab tu nama dia Spazio. Well Comfort maximum load 18kg. Saiz pun lagi kecik dan rendah dari Spazio. 

Spazio jenis umbrella fold, Well Comfort tak boleh. Spazio agak berat, 6.2kg tapi dalam kategori ringan lagi compare with other stroller. Jadi bila kami fikir-fikir, stroller baru untuk Fateh. ^_^


Combi Spazio Stroller (brown colour)

Alhamdulillah.. Fateh suka stroller baru Fateh, senang umi dan abah nak jalan-jalan sekarang. Fateh jaga elok-elok stroller Fateh yer, nesxt adik boleh pakai lagi..^_^


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com



No comments:

Post a Comment