"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 16 June 2014

Mesin basuh Hitachi 11 kg Fully Automatic untuk ummi

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selepas saya post gambar mesin basuh ummi yang baru Sabtu lepas, ada permintaan kawan saya yang nak saya review kenapa kami pilih washing machine Hitachi tu. Memang saya ada perancangan nak review tentang mesin basuh pilihan kami sebab sehari sebelum saya ke kedai, saya ada google tentang mesin basuh tapi tak banyak yang saya jumpa.

Buat yang tak tahu, inilah rupa mesin basuh baru pilihan kami untuk ibu tercinta.

Mesin basuh Hitachi 11 kg Fully Automatic

Sebelum kami decide nak beli, ni adalah faktor yang akan kami ambil kira ;

1) Had muatan.
Yang ni memang ciri-ciri pertama yang kami cari. Mesin basuh lama ummi muatan 10 kg, mestilah kami kena cari sekurang-kurangnya 10 kg juga. Lagi besar, lagi bagus. Family besar, mesin pun kena besar. Jimat masa nak membasuh.

2) Brand.
Biasanya kalau nak beli barang-barang elektrik, kena consider pada brand, sebab brand yang bernama besar maksudnya ramai orang dah yakin dengan company nya. Saya pernah beli blender jenama tak berapa terkenal, guna dua tiga kali, motor terbakar. Blender lama ummi, berpuluh tahun dah guna, masih elok lagi. Yang tu blender, ni mesin basuh mestilah kena pilih lagi teliti kan.

3) Affodable.
Sesuai dengan poket kami. Hehe. Cara saya, senarai pendekkan mesin basuh lain-lain brand dan bandingkan harga. Yang mana mahal berkali-ganda dari yang lain, kami tak ambil. Faktor nama yang terkenal juga mempengaruhi harga (tokey kedai yang cakap).

4) Warranty.
Yang ni pun penting. Warranty adalah jaminan. Maksudnya kalau lagi lama warranty yang dia bagi, lagi tambah keyakinan kita sebab company takkan suka-suka bagi warranty kalau barang dia tak tahan. Tanggung risiko rugi tu kalau barang selalu rosak dan kena repair percuma.

So kami pun survey, bincang-bincang dengan tokey kedai tu, tokey kedai tu cadangkan kami ambil Hitachi 11 kg. Sebab utama adalah had muatan. Hitachi punya tong basuh kain tu besar. Kalau banding dengan jenama lain, tong Hitachi 11 kg adalah lebih besar dari tong Panasonic 15 kg. Kami bandingkan dengan Toshiba 11 kg dan Sharp 11 kg pun sama. Hitachi menang dalam kategori saiz tong.

Tong kain washing machine Hitachi 11 kg 

Kenapa tong tak sama saiz walaupun had muatan sama? Tokey kedai tu cerita, tong yang besar memerlukan motor yang lagi besar. Jadi cost akan bertambah di situ. Kebanyakan company sekarang akan kecilkan saiz tong untuk cut cost mereka. Walaupun had muatan 11 kg, sebenarnya kalau kita isi penuh kain baju dalam tu, berat kadang-kadang tak sampai pun 8 kg. Nak isi baju sampai 11 kg? Mesin tak boleh pusing, alamatnya rosaklah motor. Jadi nak beli washing machine sila tengok saiz tong, bukan had muatan semata-mata.

Lain-lain faktor?

10 tahun warranty

Yang ni satu lagi buat kami tertarik. 10 tahun jaminan untuk motor dan 5 tahun jaminan untuk computer board. Hitachi je yang bagi jaminan sampai 10 tahun tau.

Auto Self Clean 

Fungsi Auto Self Clean adalah membersihkan bahagian dalam (di sebalik tong) washing machine. Kebiasaanya ada orang yang berkulit terlalu sensitif yang tak boleh pakaiannya di basuh pakai mesin. Sebabnya kotoran di sebalik tong kain tu la. Kita cuma nampak tong kain tu bersih tapi di sebaliknya? Huhu geli pulak kalau bayangkan kain baju kita bercampur dengan daki-daki lama di celah mesin tu. Ada fungsi ni, jadi kotoran tak terperangkap kat dalam mesin sebab di keluarkan sekali masa membasuh baju. Cadangan Auto Self Clean ini adalah seminggu sekali.

Computer Board

Saya suka dengan computer board ni sebab computer board washing machine sebelum ni  lurus je. Kita boleh tetapkan sendiri water level yang kita nak atau biarkan mesin je yang decide sendiri. Saya rasa sama dengan mesin lain juga kan. Hitachi ni guna sistem Ecosave. Boleh jimat tenaga dan air. Dan Tub Dry Flash Tub Clean tu fungsinya sama dengan Auto Self Clean tadi. Cumanya yang ni kita tak boleh cuci sekali dengan baju, Auto Self Clean ni kita basuh tong sekali dengan baju. Detergent yang nak guna pun tak boleh sebarangan. Jadi malas nak p cari sana sini kan? Guna Auto Self Clean ja, tak payah fikir panjang. Hehe.

Harapnya washing machine ni boleh tahan lama dan berkhidmat dengan cemerlang untuk ibu kami yang tersayang. Gembira tengok wajah ummi yang ceria dapat mesin basuh baru.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.



20 comments:

  1. hye..
    saya baru beli msin ni juga..tapi taktahu guna pulak . baca buku pnduan pon tak paham huhu .
    boleh explain step by step cara nk guna tak? tQ

    ReplyDelete
  2. BPe ya costnyaa.tgh mncari mesin basuh jgk nie :)

    ReplyDelete
  3. To Nasihah Abdullah,

    Mesin basuh ni saya beli dengan harga RM 1450 di kedai di Kota Bharu. Hitachi ada banyak size lagi, brand lain pun ada harga lagi rendah dari ni. Tak salah saya Lazada jual mesin Hitachi 11kg dengan harga RM 1299.

    ReplyDelete
  4. To Anonymous,

    Mesin ni fully automatik. Kalau tak pandai nak setting sendiri, just masukkan kain, tekan ON dan START. Mesin akan beroperasi sendiri sesuai dengan had muatan kain.

    ReplyDelete
  5. Saya nk Tanya Ex pada panel rinse tu untuk fungsi ape ye?

    ReplyDelete
  6. Hai . Nak tnya kalau mesin ni ada keluarkan tandaa "c9" apa maksudnya?

    ReplyDelete
  7. Nak tanya mcmana nak matikan child lock utk mesin basuh ni..

    ReplyDelete
  8. Nak tanya mcmana nak matikan child lock utk mesin basuh ni..

    ReplyDelete
  9. Dear customers

    We are the supplier of spare parts of refrigerator, washing machine, vacuum cleaner, rice cooker brand Hitachi.

    If you are in need of these parts, contact us at email : pmax6979@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clutch hitachi sf110cj ade ke

      Delete
    2. Magnatic sensor 6630A ada tak? Sebab screen display C3...

      Delete
  10. Kalau saya plak.. sy mesti cari yg ada inverter dan 5 star serta warranty lama.. walaupun harga sedikit mahal.. sbb xnak pening2 bil bulan2.. bil shock . Aiyo..asal mahal benar bil bulan ni.. serabut.. ha2

    ReplyDelete
  11. Saya jarang mendengar tentang mesin basuh Hitachi. Tetapi untuk saya sendiri saya prefer Panasonic atau Sharp.

    ReplyDelete
  12. Spart part utk mesin basuh hitachi 14kg spoket gear box utk mesin nie boleh dapat di mna kedai ya

    ReplyDelete
  13. Mesin basuh hitachi sye die on lepas beberapa minit dia mati sendiri lepas tu hdup balik ape masalahnya ye

    ReplyDelete
  14. model sama aku pakai. tak lasak giler la model mesin basuh hitachi ni. puas hati la pakai. kami sekeluarga 5 orang basuh pakaian kerap, ok la dah lebih dari berbaloi. masih berbakti.

    ReplyDelete
  15. Hi sir....mesin basuh saya Hitachi 11.0kg sf-110Lj ia keluar tanda f9 lagi dah basuh kain lagi sambung balik basuh kain lagi...ia apa masalah sir

    ReplyDelete
  16. Mesin basuh saya model hitachi model sf-110Lj.Rosak dia keluar gambar C9 .,dia rosak tu .buleh bagi pecerahan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai error code mesin basuh automatic.

      *PANASONIC
      U11- DRAIN ERROR
      U12- DOOR/LOCK ERROR
      U13- UNBALANCE ERROR
      U14- INLET VALVE/WATER PRESSURE ERROR
      U18- PUMP/DRAIN FILTER ERROR
      H01-WATER PRESSURE ERROR

      *PANASONIC INVERTER
      U01- WATER PRESSURE ERROR
      H04- POWER RELAY/CONTROL PCB ERROR
      H05- CONTROL PCB ERROR
      H07- MOTOR TACHO/PCB ERROR
      H09- POWER/DISPLAY PCB COMUNICATION ERROR
      H17- TEMPERATURE SENSOR ERROR
      H18- MOTOR THERMISTOR SENSOR ERROR
      H21- INLET VALVE ERROR
      H23- POWER BOX ERROR
      H25/H55- MOTOR INDUCTION ERROR
      H27- DOOR LOCK ERROR
      H29- COOLING FAN ERROR
      H41- 3D SENSOR ERROR
      H43- LEAK DETECTED ERROR
      H46- LEAK DETECTOR SENSOR/MAIN PCB ERROR
      H51- OVERLOADED MOTOR ERROR
      H52- HIGH INPUT VOLTAGE ERROR
      H53-LOW VOLTAGE INPUT ERROR

      *TOSHIBA
      E1- DRAIN ERROR
      E3/E2- DOOR LOCK ERROR
      E5- INLET VALVE ERROR
      E6- DRAIN ERROR
      E7-4 -RESET PCB (wash,spin,super spin,on/off)
      E9/E7- WATER PRESSURE ERROR

      *TOSHIBA INVERTER
      E21/E23- DOOR LOCK ERROR
      Ec5- SENSOR CLUTCH GEAR ERROR
      Ec6- CLUTCH ERROR
      EL- INLET VALVE/PCB ERROR
      EA-PCB ERROR
      E95 - WATER LEVEL

      *HITACHI
      C0- OVERLOUD ERROR
      C1- INLET VALVE ERROR
      C2-DRAIN ERROR
      C3/C4- DOOR ERROR
      C8- DOOR LOCK ERROR
      C9-DOOR LOCK NOT RELEASED ERROR
      F1- WATER PRESSURE ERROR
      F9-CLUTCH GEAR ERROR
      FD- MOTOR DRAIN ERROR

      *LG
      DE- DOOR ERROR
      PE- WATER PRESSURE ERROR
      1E- INLET VALVE ERROR
      UE- UNBALANCE ERROR
      DL/CL- CHILD LOCK ERROR
      OE- DRAIN ERROR
      RE- RELAY PCB ERROR
      E3- WASH ERROR ( OVERLOUD )
      SE- SENSOR MOTOR INDUCTION ERROR

      *LG INVERTER
      DE- DOOR ERROR
      PE- WATER PRESSURE ERROR
      UE- UNBALANCE ERROR
      OE- DRAIN ERROR
      DL- DOOR LOCK ERROR
      FE- INLET VALVE ERROR
      LE- SENSOR MOTOR ERROR
      CLUTCH ERROR
      E6- CLUTCH MOTOR ERROR
      DL/CL- DOOR/CHILD LOCK ERROR
      AE - MOTOR ERROR

      *SAMSUNG
      DE- DOOR ERROR
      DE1- DOOR LOCK ERROR
      DE2- DOOR LOCK NOT REALEASE ERROR
      1E- WATER PRESSURE ERROR
      3E- MOTOR INDUCTION ERROR
      4E- INLET VALVE ERROR
      5E- DRAIN ERROR
      8E- OVER CURRENT ERROR
      UE- UNBALANCE ERROR
      CL- CHILD LOCK ERROR
      OE/OF- OVERFLOW ERROR
      LE/LE1-WATER LEAKEGE ERROR

      *SHARP
      LE/E2- DOOR ERROR
      E1- INLET VALVE ERROR
      E3- DRAIN ERROR
      E4- UNBALANCE ERROR
      E9- WATER PRESSURE ERROR
      C2- POWER FAILURE

      Delete