"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 24 July 2014

Pengalaman berpuasa dan menyusu dengan set menyusu Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujung. Sedih, lama sangat tunggu kedatangan Ramadhan, bila tiba je waktu tu, terasa sekejap je masa berlalu. Lagi-lagi bila kedengaran lagu raya berkumandang di radio seawal 15 Ramadhan. Allahu. Rasa sebak sangat-sangat.

Tahun ini saya pertama kali berpuasa dengan menyusukan anak. Beberapa bulan sebelum ketibaan Ramadhan, saya sangat risau nak menempuh puasa. Kalau badan saya sendiri yang tak larat dan letih, saya tak kisah sangat, tapi yang saya paling takut, takut tak mampu nak produce susu kepada anak tersayang. Saya tak mahu perjalanan penyusuan saya terhenti setakat ini sahaja.

Tahun lepas waktu bulan Ramadhan saya mengandung 9 bulan. Letihnya Allah sahaja yang tahu. Dengan penat, kaki dan tangan yang sembab, pulak tu selalu terkena simpul biawak, menangis je yang saya mampu bila waktu tu saya sorang diri. Kalau suami ada, dia yang akan tolong urut-urut kaki ini.

Alhamdulillah, amazing tahun ni saya terasa sangat bertenaga sangat walaupun berpuasa. Susu Alhamdulillah cukup untuk Fateh. Saya tak layan sangat rasa risau dengan production susu. Apa yang saya buat, saya tanamkan keyakinan yang saya mampu susukan Fateh seperti biasa. Jadual mengepam saya 3 kali waktu di ofis. Walaupun hasil mungkin kurang dari hari biasa, saya tak skip mengepam. Kena percaya pada demand=supply. 

Syukur Allah mudahkan segalanya untuk saya.

Apa yang saya amalkan di bulan Ramadhan. Set menyusu Shaklee dan Performance drink (PD). Memang kurang letih dan lebih bertenaga. PD pun dah  masuk tin ketiga sepanjang bulan ini. PD sangat sesuai untuk elak dehydration. Sebab bila kita menyusukan anak, kita akan kehilangan air dari badan. Jadi saya selang selikan pengambilan PD dan air kosong. 

Walaupun seharian tak menjamah makanan atau minuman, bila skip waktu mengepam, susu akan bengkak. Berbeza sangat situasi sebelum saya ambil Shaklee dulu, skip je satu waktu makan, memang susu tak keluar langsung. 

Alhamdulillah, saya di temukan dengan supplement yang banyak membantu ini. Semoga saya dan ibu-ibu menyusu di luar sana di berikan kesihatan yang baik dan mampu supply susu untuk anak-anak sampai cukup tempoh 2 tahun. Ameen.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Monday 14 July 2014

Bagaimana kekal cergas bertenaga di bulan Ramadhan?

Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.  Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.

Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Kredit sumber : SajiOnline

Sunday 13 July 2014

Boba 4G review

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah seminggu Boba 4G menjadi milik Fateh, hari ni baru berkesempatan nak review SSC pilihan hati untuk
Muhammad Fateh. Sebelum ni Fateh dah ada baby carrier hadiah dari mak sepupu Fateh. Tapi selepas kawan saya invite masuk group facebook Malaysian Babywearers, baru saya perasan yang carrier lama Fateh adalah crotch carrier. Patutlah bila kendong Fateh dalam carrier tu tak boleh lama-lama, sakit pinggang. Fateh pun tak suka duduk dalam carrier lama tu, tak selesa agaknya.

Kiri : Crotch Carrier, Kanan : Soft Structure Carrier

Dari gambar di atas, yang mana lagi nampak selesa untuk baby? Sebelah kanan nampak relaks je dalam carrier kan? Sebelah kiri pulak nampak seksa. Berat bertumpu ke celah kelangkang baby. Nak kenal crotch carrier ni senang je, tempat duduk baby tu nampak macam seluar dalam dan support kelangkang je. Crotch Carrier tak elok untuk anak kerana boleh menyebabkan Hip Dysplasia. So, ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana elakkan Crotch Carrier, kesian anak kita, mereka tak pandai nak bagitahu mereka tak selesa dan terseksa.

Terlebih-lebih pula bercerita tentang crotch carrier, hehe. Sebenarnya nak review Boba 4G yang kami belikan untuk anak kami. Sebelum ni saya plan nak beli online je. Memandangkan kami tinggal di Kelantan, susah nak cari kedai jual SSC yang boleh walk in. Tapi bila google dan baca pendapat ibu-ibu dalam group fb, risau pula nak beli online, takut tak sesuai untuk anak kami dan kami. So, semasa kami balik Serdang menjenguk rumah, kami sempat sempat singgah di Fabulous Mom Puchong.

Saya plan nak try semua carrier di situ. First saya try Jumpsac Toodler, tapi Fateh meronta-ronta bila masuk dalam Jumpsac. Saya pun tak berapa selesa sebab padding di bahu agak tebal dan besar. Lepas tu saya try Boba 4G. Saya memang aim Boba tapi bila sales girl tu kata Boba material panas, saya try la jugak brand lain. Dalam Boba pun Fateh menangis tapi tak seteruk dalam Jumpsac. Jumpsac bagi saya body panel agak kecil. Fateh pun nampak tersepit dalam tu. 

Fateh dalam Jumpsac

See? nampak tersepit kan? kepala Fateh pun tak bebas pusing-pusing sebab terhalang dan tangan Fateh pun tak bebas gerak-gerak sebab body panel agak tinggi. Mungkin sebab ni untuk saiz kanak-kanak, so body panel nya tinggi. Lepas tu nak try Ergo, terkial-kial saya nak memasangnya. So, saya cancel nak cuba try (sebenarnya dah jatuh hati kat Boba, hehe).

Kami tak beli terus hari tu sebab tak ada sale masa tu. Jadi kami beli benda lain, melayang jugak RM 100++. Then hujung bulan Fabulous Mom buat sale, terus saya order online. Berkenan dengan design SOHO yang berwarna merah tapi tak ada. Jadi kami pilih design TWEET.

Fateh tidur lena dalam Boba 4G

Percubaan pertama letak Fateh dalam Boba milik Fateh sendiri, Fateh tidur lena lebih sejam dalam tu. SSC ni bagi saya memudahkan. Nak pergi mana-mana yang tak boleh pakai stroller, boleh guna SSC. Tak lah sakit pinggang mendukung baby kan? 

Boba with free gift from fabulous mom

Harga Boba 4G yang kami beli ini adalah RM 358.20 free postage (untuk 200 ke atas) dapat percuma biodegradable baby wipes, wash cloth set dan dapat VIP card. Untung nanti bila-bila nak shopping boleh dapat diskaun. ^_^

Sekarang Fateh dah sangat suka duduk dalam Boba Fateh. Yang pastinya ummi Fateh pun dah tak sakit belakang lagi. 

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Tuesday 8 July 2014

Cergas bertenaga dengan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Hari ni salah seorang customer saya bertanyakan Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee. Sebelum ini beliau mengamalkan Set Mengandung Shaklee. Tahniah atas kelahiran putera sulung beliau.

Oleh sebab beliau sudah mengamalkan Set Mengandung, untuk berpantang dan menyusu, beliau cuma perlu menambah beberapa jenis vitamin sahaja. Inilah istimewanya Shaklee, vitamin yang kita makan semasa mengandung, juga boleh di teruskan sehingga waktu berpantang dan menyusu.

Set berpantang Shaklee

Set berpantang asas Shaklee terdiri daripada ;

VITALEA IRON FORMULA

  • Multivitamin dan multimineral yang di saluti dengan spirullina memberi tenaga segera.
  • Sangat membantu ibu yang mengalami masalah tidur semasa berpantang.
  • Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B COMPLEX
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
  • Membantu menambah selera, mengurangkan stress dan menghasilkan tenaga.
  • Penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

VITAMIN C 
  • Mengukuhkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh.
  • Membantu membina kolagen.
  • Membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala di sebabkan rambut gugur.

ZINC COMPLEX
  • Meningkatkan rasa makanan dan deria bau.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


Selain daripada set asas di atas, boleh juga tambah beberapa vitamin lain yang tak kurang pentingnya, antaranya ;

ESP
  • Non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh badan manusia.
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel baru.
  • Membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat memerlukan protein.

OSTEMATRIK
  • Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zic, kuprum dan magnesium.
  • Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu
  • Elemen penting untuk ibu yang menyusukan bayi.

ALFALFA COMPLEX
  • Bertindak sebagai milkbooster.
  • Membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. 
  • Membantu menangani masalah sembelit yang sering di alami wanita selepas melahirkan anak.
  • Pengambilan alfalfa bergantung pada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundis atau kuning.

Sebenarnya, tidak wajib ambil semua vitamin di atas, boleh juga di padankan dengan bajet masing-masing. Tetapi of course la yang lengkap itu lebih sempurna kan? 

Di bawah ini saya sertakan testimoni ibu-ibu yang berpuas hati dan mendapat manfaat baik dari SET BERPANTANG SHAKLEE ini.


Testimoni 1 :



Testimoni 2 :



Testimoni 3 :



Testimoni 4 :



Testimoni 5 :



Testimoni 6 :


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana

Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Monday 7 July 2014

Set menyusu Shaklee memang terbaik

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar ibu-ibu menyusu sekalian? Semoga ibu-ibu sihat sejahtera dan di permudahkan jalan untuk menjayakan penyusuan bayi di bulan Ramadhan ini. Semalam saya buat Power Pumping (PP). Setiap kali nampak hasil susu berkurangan, memang saya akan buat PP. Buat ibu-ibu yang belum tahu apa itu PP, teknik PP ada saya ceritakan di entri ini. Boleh rujuk dan semoga bermanfaat.

Hasil perahan sesi pagi 8oz.

Ini hasil saya untuk sesi pagi. Alhamdulillah syukur, walaupun puasa, susu tetap melimpah ruah. Kadang-kadang bila ingat balik pengalaman menyusu awal kelahiran Fateh dulu, rasa macam tak percaya perjalanan penyusuan saya boleh bertahan sampai sekarang. Kalau lah saya teruskan dengan sikap ego tidak mahu mencuba, pasti sekarang dah bertin-tin susu formula yang Fateh terpaksa minum. T_T

Awal-awal dulu saya cuma ambil Set Breastfeeding - Set B sahaja. Lama-kelamaan saya rasa susu semakin berkurangan selepas Fateh dah pandai makan jadi saya bertukar ke Set Breastfeeding - Set 3M. Selepas makan Set 3M, Alhamdulillah, hasilnya susu semakin banyak dan pekat dan saya perasan Fateh cepat kenyang bila menyusu. Sehingga sekarang saya setia mengamalkan Set 3M. 

Untuk mengelakkan ramai keliru nak ambil Set Penyusuan yang mana satu, hari ini saya nak kongsikan panduan untuk memilih Set Penyusuan. 


Terdapat empat jenis Set Penyusuan.

1. SET B
  • Terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Alfalfa Complex.
  • Untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema.
  • Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai dengan bayi yang mengalami JAUNDIS dan ada sesetengah bayi alah (cirit-birit) dengan alfalfa.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mengalami sembelit dan keputihan.
  • Alfalfa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.

2. SET EU FOUR PACK
  • Terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Ostematrik.
  • Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
  • Sesuai untuk ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
  • Sesuai untuk ibu yang mengalami sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu kerana Ostematrik membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu.
  • Dapat membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur.

3. SET E
  • Terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa Complex dan Ostematrik.
  • Sesuai untuk ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mengalami sembelit dan keputihan.
  • Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu kerana Ostematrik membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu.
  • Memberi kesan lebih cepat kerana Alfalfa dan Ostematrik merupakan milkbooster.

4. SET TRIPLE M
  • Terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa Complex, Ostematrik dan ESP.
  • Amat di galakkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan (iaitu susu tidak bertambah walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam sekali dan minum air sekurang-kurangnya 3 L sehari)
  • Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang di perlukan oleh badan agar tubuh si ibu berfungsi dengan baik.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mula ingin menyimpan stok.
  • Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi.

Dah tahu pilihan mana yang terbaik untuk anda? InsyaAllah jika anda konsisten mengamalkan supplement menyusu ini, bonus lain yang akan anda dapat. Kulit semakin cantik dan badan semakin sihat. 

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Sunday 6 July 2014

Kelebihan set mengandung Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ni dah 8 Ramadhan, cepatnya masa berlalu kan? Ramadhan dah hampir ke pertengahan dah. Macam mana puasa sahabat semua? berjalan lancar? atau selalu letih? atau selalu lapar dan dahaga yang teramat?

Alhamdulillah puasa kali ni saya terasa sangat-sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ni. Rasa sangat bertenaga. Selepas berpuas hati dengan kesan positif mengamalkan Shaklee dari waktu berpantang, sampai sekarang saya masih konsisten dengan vitamin Shaklee. Tak rugi malah banyak faedah yang saya dapat.

Seorang customer saya yang membeli set mengandung daripada saya cerita, satu hari semasa beliau ke klinik untuk check up bulanan, seperti biasa nurse KK akan tanya, " Vitamin ada lagi tak? ".

Beliau dengan takut-takut menjawab (takut nurse marah makan supplement bukan-bukan ) " Sebenarnya saya makan Shaklee.. " .

Lepas tu tahu tak apa nurse tu jawab? " Baguslah makan Shaklee, makan Shaklee ikut jadual, jangan skip-skip. Shaklee bagus. " . Haha.

Masa beliau cerita, saya pun tergelak sama. Beliau bajet nurse akan membebel sebab makan ubat bukan-bukan, rupa-rupanya nurse pun puji melangit Shaklee. Beliau yang sebelum ni makan Shaklee ikut suka hati, terus disiplin makan sekarang. ^_^

Untuk pengetahuan semua, set mengandung Shaklee terdiri daripada beberapa jenis vitamin yang penting untuk ibu hamil.

Set mengandung Shaklee

Banyaknya vitamin Shaklee yang kena makan? Sebenarnya setiap vitamin yang di cadangkan, fungsinya adalah berbeza. Ibu mengandung memerlukan banyak nutrisi tambahan kerana menanggung dua badan secara serentak dan banyak perubahan fizikal yang terjadi pada tubuh ibu.

Pemakanan dengan nutrisi dan zat yang tidak mencukupi semasa mengandung boleh memberi kesan kepada tubuh badan ibu dan kesihatan ibu selepas bersalin. Malah nutrisi tertentu yang tidak lengkap juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

Secara ringkasnya, faedah setiap vitamin berikut adalah ;

Energizing Soy Protein (ESP)
Kekurangan protein di kaitkan dengan kecacatan pada bayi.

Vita Lea Iron Formula
Mengimbangi nutrient, mengurangkan letih dan membantu memelihara hb ibu.

B Complex
Mengandungi asid folik. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan dan terencat akal pada bayi.

Ostematrix
Melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis.

Omega Guard
Mengandungi DHA yang membantu perkembangan otak janin (tidak di cadangkan pada trimester pertama dan akhir kehamilan kerana boleh menyebabkan tumpah darah).

Sustained Released Vita C Plus
Membantu penyerapan iron. Dos yang tinggi di ambil sebelum bersalin boleh mengurangkan sakit bersalin sebanyak 50%.

InsyaAllah terlalu banyak manfaat yang ibu-ibu akan dapat dari set mengandung Shaklee ini. Yang paling penting, keperluan nutrisi ibu dan bayi terjaga. Jom kita tengok apa kata pengguna yang mengamalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE ini. 

Testimoni 1 :



Testimoni 2 :



Testimoni 3 :


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Tuesday 1 July 2014

Tips penyusuan ketika berpuasa

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ibu-ibu yang menyusu pasti timbul rasa risau susu akan berkurangan ketika berpuasa kan? Saya pun sedikit sebanyak ada juga perasaan tu. Nak produce susu perlukan kalori dari makanan, baby pula menyusu sepanjang hari. Macam mana kalau susu berkurangan, kesian baby tak cukup susu.

Ibu-ibu jangan risau, sebenarnya ibu menyusu boleh berpuasa penuh. Yang penting kena ikut garis panduan yang betul. Berkorban sedikit untuk anak tersayang apa salahnya kan. Menyusukan baby ni juga satu jihad tau. Jihad kita untuk bagi hak baby kita. Jom lihat apa garis panduannya.

1. Disiplin waktu makan.

Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori di ambil daripada makanan ibu dan 200 kalori di ambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

2. Kurma, kurma, kurma



Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

3. Makanan seimbang dan supplement

Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih muih sebelum tidur. Pengambilan supplement untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. KLIK UNTUK VITAMIN PENYUSUAN

4. Minum banyak air.

Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak 2 liter di perlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak.


Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang di sarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

Minuman isotonik tanpa gas mampu mengekalkan bendalir dalam tubuh untuk mengelakkan dehidrasi. KLIK UNTUK PERFORMANCE DRINK

5. Bertenang dan yakin.

Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitoksin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya di permudahkan Allah.

6. Kerap menyusu dan mengepam.

Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu di keluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu di hasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu di kelurkan maka semakin kerap payu dara di kosongkan maka semakin banyak susu akan di hasilkan,

Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu di teruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan di sebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Kredit sumber : Pa&Ma

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.