"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 24 July 2014

Pengalaman berpuasa dan menyusu dengan set menyusu Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujung. Sedih, lama sangat tunggu kedatangan Ramadhan, bila tiba je waktu tu, terasa sekejap je masa berlalu. Lagi-lagi bila kedengaran lagu raya berkumandang di radio seawal 15 Ramadhan. Allahu. Rasa sebak sangat-sangat.

Tahun ini saya pertama kali berpuasa dengan menyusukan anak. Beberapa bulan sebelum ketibaan Ramadhan, saya sangat risau nak menempuh puasa. Kalau badan saya sendiri yang tak larat dan letih, saya tak kisah sangat, tapi yang saya paling takut, takut tak mampu nak produce susu kepada anak tersayang. Saya tak mahu perjalanan penyusuan saya terhenti setakat ini sahaja.

Tahun lepas waktu bulan Ramadhan saya mengandung 9 bulan. Letihnya Allah sahaja yang tahu. Dengan penat, kaki dan tangan yang sembab, pulak tu selalu terkena simpul biawak, menangis je yang saya mampu bila waktu tu saya sorang diri. Kalau suami ada, dia yang akan tolong urut-urut kaki ini.

Alhamdulillah, amazing tahun ni saya terasa sangat bertenaga sangat walaupun berpuasa. Susu Alhamdulillah cukup untuk Fateh. Saya tak layan sangat rasa risau dengan production susu. Apa yang saya buat, saya tanamkan keyakinan yang saya mampu susukan Fateh seperti biasa. Jadual mengepam saya 3 kali waktu di ofis. Walaupun hasil mungkin kurang dari hari biasa, saya tak skip mengepam. Kena percaya pada demand=supply. 

Syukur Allah mudahkan segalanya untuk saya.

Apa yang saya amalkan di bulan Ramadhan. Set menyusu Shaklee dan Performance drink (PD). Memang kurang letih dan lebih bertenaga. PD pun dah  masuk tin ketiga sepanjang bulan ini. PD sangat sesuai untuk elak dehydration. Sebab bila kita menyusukan anak, kita akan kehilangan air dari badan. Jadi saya selang selikan pengambilan PD dan air kosong. 

Walaupun seharian tak menjamah makanan atau minuman, bila skip waktu mengepam, susu akan bengkak. Berbeza sangat situasi sebelum saya ambil Shaklee dulu, skip je satu waktu makan, memang susu tak keluar langsung. 

Alhamdulillah, saya di temukan dengan supplement yang banyak membantu ini. Semoga saya dan ibu-ibu menyusu di luar sana di berikan kesihatan yang baik dan mampu supply susu untuk anak-anak sampai cukup tempoh 2 tahun. Ameen.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment