"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 17 February 2014

Vitamin Shaklee yang BOLEH dan TIDAK BOLEH di ambil ketika mengandung

Banyak makanan tambahan (supplements) yang di cadang pada ibu mengandung agar dapat membekalkan nutrisi secukupnya pada bayi dalam kandungan. Tapi berhati-hati, ada sesetengah supplement @ vitamin yang perlu di elakkan oleh ibu mengandung.

Supplements yang perlu di ELAKKAN oleh ibu mengandung ialah:

1) Alfalfa
2) Caratomax (Vitamin A)
3) Vitamin E
4) Vivix
5) DTX Complex
6) Garlic Complex
7) Herblax
8) Lecithin
9) Nutriferon
10) GLA Complex
11) Cinch
12) Collagen Powder

Alfalfa dan Garlic Complex pula mengandungi rumusan tradisional dan herba dan bersifat panas. Namun begitu, bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, di bolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

Vitamin yang tinggi anti-oksida seperti Vitamin E, Vivix, GLA Complex, Nutriferon dan Carotomax tidak di galakkan di ambil di awal kandungan kerana biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu menurun bagi memberi laluan kepada janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin tinggi anti-oksida akan meningkatkan sistem imun ibu seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tersebut sebagai 'bendasing ' yang perlu di singkirkan.

Cinch tidak di galakkan di ambil kerana ia mempunyai kalori yang sangat rendah dan mungkin akan menjejaskan nutrisi yang di perlukan oleh bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil supplements yang di senaraikan di atas, ibu-ibu boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan pengambilan supplements tersebut.

Tapi jangan risau, ada supplements untuk ibu mengandung juga,  antaranya ialah :



Energizing Soy Protein (ESP) 

Membekalkan sumber protein. Protein bagus untuk tumbesaran. ESP boleh menguatkan rahim. Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan).

B-Complex

Lengkap dengan asid folik dan biotin. Asid Folik membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf bagi bayi khususnya 'spina bifida'.

Vita-Lea with iron formula

Multivitamin lengkap. Di lengkapi dengan zat besi dan asid folik. Baik untuk ibu hamil yang mengalami anemia, pening atau mudah pitam. Ibu hamil yang mengalami hb rendah juga di galakkan mengambil vitalea.

Ostematrix

Wanita hamil memerlukan 1000mg ke 1300mg kalsium sehari. Kalsium lengkap dengan Magnesium dan vitamin D. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard 

Disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

Vitamin C 

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, Vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

2 comments: