"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 12 February 2014

Ubat VS Supplement

Ramai antara kita yang keliru antara ubat dan makanan tambahan (supplement). Saya dulu pun macam tu. Ingatkan ubat = supplement. Sebab tu saya sangat susah nak makan apa-apa pil. Takut dengan kesan sampingan dari ubat tu. Kalau sakit kepala ke demam ke saya lebih prefer minum air masak banyak-banyak dan minum air 100 plus.

Tapi rupa-rupanya jauh beza ubat dan supplement ni. Mungkin rupa bentuk je sama. Datang dengan bentuk pil. Jom baca dan kenali ubat dan supplemet.

UBAT
SUPPLEMENT (MAKANAN TAMBAHAN)

Ganjil dengan tubuh badan. Ubat tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita. Tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.


Semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim.


Supplement bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan.
Contohnya Aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan ahirnya kematian.


Supplemet tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.


Supplement bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Supplement sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.  


Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

Supplement baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.


Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti).


Supplement adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.


Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

Supplement tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.


Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.


Supplement bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.                                   

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan.Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.


Supplement bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.


Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya kearah tindakan sampingan.

Supplement tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi. Kelanjutan berlebihan akan khasiat adalah rendah. Keselamatannya sangatlah terjamin.


Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan supplement, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman (pemesraan / pencemaran) yang lemah.

Ubat boleh menghasilkan penyakit. Terdapat pertumbuhan yang membimbangkan di Kanada terhadap penyakit yang disebut 'iatrogenic' (Physician cased ertinya disebabkan oleh doctor perubatan).

Supplement sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan:-
• Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain.
• Melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.


Kesimpulannya, ubat boleh di ambil ketika sakit sahaja.
Supplement boleh di ambil bila-bila masa.
Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat.
Supplement tidak menggunakan dadah tapi mengandungi banyak vitamin yang sihat yang di gunakan untuk melawan segala penyakit.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Pilihan saya semestinya yang selamat dan semulajadi. Saya pilih SHAKLEE. Anda berminat? Boleh PM saya. Free consultation. ^_^


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

No comments:

Post a Comment