"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 20 January 2014

Selesema & Vitamin C SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita tentang Vitamin C Shaklee. Saya guna vitamin C Shaklee baru 4 bulan. Start ambil masa lepas lahirkan Fateh akhir bulan 8. Sebelum ni saya tak pernah ambik supplement. Kononnya pemakanan seharian saya dah cukup nak cover semua nutrient yang di perlukan sehari-hari. 

Saya jarang demam. Dalam setahun mungkin sekali. Tapi saya selalu kena selesema. Kalau selesema paling sekejap saya kena seminggu. Sebab saya ada resdung, rupa saya sangat teruk bila di serang selesema. Mata bengkak dan berair, hidung dan muka merah, nak bercakap pun seksa. Pendek kata memang tak nampak rupa saya dah masa tu.

Semasa berpantang, saya di serang selesema. Masa tu sangat risau, sebab selesema mudah berjangkit. Nak jauhkan diri dari Fateh tak boleh sebab saya nyusukan Fateh. Tapi yang peliknya sehari je selesema saya dah ok. Fateh sempat terjangkit tapi dua hari dah ok. Masa tu gembira yang amat. Sampai sekarang, saya dah jadi pengguna setia vitamin C Shaklee. Sebab utama, vitamin C Shaklee membantu memendekkan tempoh selesema saya. Hee..

Kelebihan Vitamin C Shaklee bukan setakat tu je, banyak lagi kelebihannya. Mari belajar tentang Vitamin C Shaklee. ^_^



APA ITU VITAMIN C?

Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan. Ia mesti sentiasa diganti setiap hari. Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee adalah vitamin semulajadi, bukan sintetik dan berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya.

FUNGSI VITAMIN C :

1) Membantu badan membuat kolagen (membantu mencegah penuaan pramatang), kulit, rawan, tendon, ligament, saluran darah.
2) Menyembuhkan luka,melindungi daripada pembekuan darah, lebam dan pengeluaran hormone antistress.
3) Membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.
4) Menyekat sebahagian daripada kerosakan yang di sebabkan oleh radikal bebas dan bahan yg merosakkan DNA.
5) Melindungi tubuh daripada kesan pencemaran.
6) Meningkatkan imuniti.
7) Membantu mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, mencegah aterosklerosis.
8) Bertindak sebagai antibiotic tak berbahaya.
9) Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang (yang sering dirosakkan oleh radikal bebas).
10) Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan (berguna dalam rawatan anemia).
11) Merawat jangkitan salur kencing.
12) Diperlukan untuk metabolisma asid folik vitamin lain.
13) Satu-satunya antioksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon  semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.


KESAN KEKURANGAN :

1) Mudah terkekan.
2) Sering letih dan lemah.
3) Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik.
4) Tapak kaki keras dan kasar.
5) Luka lambat sembuh.
6) Mudah selesema dan bersin.
7) Wajah nampak tua dari usia sebenar.
8) Mudah dapat ulser.
9) Mudah demam.
10) Gusi berdarah.
11) Sakit sendi.
12) Tanda lebam pada badan.
13) Kurang berat badan (Kurus yang tidak sihat, lemah dan kusam).

INDIVIDU YANG  MEMERLUKAN VITAMIN C :

1) Perokok (perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dari tubuh).
2) Pengamal pil perancang (pil perancang menyerap vitamin C).
3) Orang yang mudah stress (stress mempercepatkan penyusutan vitamin C).
4) Orang yang mempunyai masalah kulit (untuk membina kolagen dan membaiki tisu kulit).
5) KITA semua.

Sebenarnya ramai je yang alami simptom-simptom di atas tapi mungkin mereka tak tahu puncanya dari kekurangan vitamin C. Kita boleh dapat Vitamin C dari makanan seharian juga. Contohnya buah-buahan seperti di bawah. 


Segalanya terpulang pada individu. Ada yang nak dapatkan dari bahan semulajadi. Ada yang fikir senang, ambik Shaklee je. ^_^

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com



Wednesday 15 January 2014

Testimoni Set Kesuburan SHAKLEE


Alhamdulillah..

Dapat berita gembira dari seorang sahabat. Dia consume set kesuburan Shaklee. Dah kahwin hampir 3 tahun tapi belum di kurniakan cahaya mata. Tapi dia tak putus asa. Dia usaha macam-macam. Dan akhirnya Allah SWT bagi rezeki kat dia selepas usaha dengan produk Shaklee.

Apa yang dia ambik?
-Vitamin E untuk suami
-Zinc Complex untuk suami
-Gla untuk isteri
-Alfalfa untuk isteri
-Dan ESP untuk suami isteri.

Dan hari ni dia mintak saya belikan satu lagi set kesuburan untuk birasnya. Pun kahwin hampir 3 tahun. Tapi belum ada rezeki cahaya mata. Semoga ada satu lagi berita gembira darinya selepas ini. ^_^

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Monday 13 January 2014

MENGELUH

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya pernah berkongsi cerita ini dengan sahabat-sahabat sebatch masa di kampus dulu. Waktu tu kami sangat sibuk. Sebulan berhempas pulas. Dengan assignment, test, quiz, mini project, design. Sampaikan hampir seminggu saya tak tido malam, berkampung di kafe siapkan mini project dan design dengan ahli kumpulan. 


Firman ALLAH SWT dalam surah al-Maarij:19-21
Sungguh manusia di ciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila di timpa kesusahan dia berkeluh-kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir.

Urusan persatuan saya tinggalkan terus. Bila bukak buku nota usrah, terbaca ayat di atas yang pernah kak naqibah kupas tentang tajuk MENGELUH. Masa tu sangat terasa. Ya Allah, cuma ujian SIBUK sahaja saya dah berputus asa tinggalkan tanggungjawab lain? Semoga kisah di bawah bermanfaat untuk semua yang membaca.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu ketika dahulu,seorang sufi Darwish dan muridnya sedang melakukan perjalanan,mendaki bukit pada tengah hari yang panas. Dalam perjalanan tersebut,murid itu mengeluh, 


"Alangkah panasnya hari ini...."

Pada malam harinya,guru dan murid ini bermalam di sebuah gua di salah satu bukit. Keadaan di dalam gua sangat gelap. Si guru mengambil batu dan berkali-kali berusaha menyalakan api namun tidak kunjung nyala. Si guru kemudian berkata,

"Pasti salah seorang di antara kita telah melakukan dosa siang tadi sehingga Tuhan menghukum kita dengan kegelapan. Kita harus bermuhasabah pada diri kita masing-masing. Baiklah aku mulai dengan diriku."

Guru itu terdiam sejenak mengingat-ingat semua perbuatannya siang tadi yang kemungkinan merupakan dosa. Setelah beberapa saat kemudian,si guru berkata kepada muridnya.

"Aku tidak jumpa pada diriku. Cuba sekarang engkau mulai dengan dirimu."

Si murid berfikir mencari-cari kesalahan dirinya kemudian berkata,

"Hanya sebuah ungkapan kecil sahaja guru. Tadi siang saat matahari terasa sangat panas,saya mengeluh."

Si guru menatap si murid dan berkata,

"Kau katakan itu hanya sebuah ungkapan kecil? Di manakah kesabaranmu? bangun dan kerjakan solat dua rakaat dan minta ampun pada ALLAH!"

Setelah si murid selesai daripada solatnya kemudian si guru mencuba menyalakan api lagi. Kali ini dengan mudah api dapat menyala dan menerangi ruangan gua. Si guru kemudian memberi penjelasan,

"Sebenarnya semua yang di lakukan ALLAH terhadap manusia ada hikmah dan kasih sayang Tuhan yang besar kepada manusia. Siang tadi matahari terasa sangat panas kerana saya mohon kepada Tuhan untuk mengasihi dan mengampuni warga kampung di bawah sana. Penduduk kampung itu sudah terlalu banyak berbuat maksiat dan dosa sehingga Tuhan bermaksud untuk 'membinasakan' mereka dengan mengutus belalang agar memakan tanaman-tanaman mereka. Kemudian aku berdoa:

"Ya ALLAH,akankah Kau seksa mereka sementara ada kami yang sentiasa mengingati-MU di antara mereka. Ya ALLAH,akankah Kau seksa mereka sementara mereka adalah umat Muhammad yang lemah. Ya ALLAH,kasihanilah mereka kerana kami. Ya ALLAH,kasihanilah umat Muhammad yang lemah ini."

Tidak lama selepas itu sinar matahari yang panas itu belalang-belalang itu tak mampu lagi melanjutkan perjalanan dan mati kerana panas. Ini bererti ALLAH telah menarik seksanya atas penduduk kampung berkenaan. Sekarang lihatlah di belakang gua ini dan ambillah bangkai-bangkai belalang itu untuk makan malam kita kali ini."

Murid itu terus menuju ke belakang gua yang di tunjukkan gurunya dan masyaALLAH dia benar-benar mendapati ribuan belalang yang telah mati.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau dulu saya relatekan kisah ini dengan kesibukan seharian sebagai student, sekarang persekitaran hidup dah berbeza. Dulu cuma sibuk dengan urusan sendiri, sekarang ada suami, ada anak untuk di uruskan. Memang penat. Tambah-tambah menyusukan anak perlu tenaga yang lebih. Malam boleh berehat walau sekejap itu satu bonus. 


Kadang-kadang masalah yang berlaku bukan pilihan kita, tapi kita yang TERPAKSA hadapinya (contoh kenaikan harga barang yang keterlaluan, huhu). Kita komplen, kita buat demo, orang kat atas buat tak dengar. Apa lagi mampu kita buat?  Cari jalan, hadapi apa saja ujian yang mendatang. Lagi 5 tahun kita kena berani buat perubahan! ^_^



SAYA & SHAKLEE

Alhamdulillah selepas 4 bulan menjadi pengguna setia Shaklee, Allah buka hati saya untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Bermula dengan pek percubaan menyusu untuk sebulan, saya teruskan lagi dengan beli set penuh untuk breastfeeding selepas berpuas hati dengan keberkesanannya.

Saya mula kenal produk Shaklee semasa dalam tingkatan 2. Akibat perubahan hormon, muka saya bermasalah sehingga banyak jerawat batu yang singgah di muka. Kalo di ingat balik masa tu memang sedih, hampir 2 tahun saya tak tengok cermin, sebab takut dan sedih nak tengok muka sendiri. 

Set Kecantikan Shaklee.

Then, ummi belikan set kecantikan Shaklee untuk saya. Ada 3 @ 4 jenis vitamin yang perlu saya telan setiap hari. Seingat saya ada sejenis lagi vitamin yang saya ambik, alfalfa complex. Tapi sebab saya susah nak makan pil, seminggu je saya konsisten makan. Bukan sengaja tak nak makan, tapi masa di tingkatan 2, saya memang tak reti nak telan pil. Masuk pil dalam roti, pisang, semua cara gagal. At last, terpaksa hancurkan pil dan minum. 

Selepas percubaan kali pertama tu, bila dengar nama Shaklee terus saya reject, huu.. terus teringat pengalaman telan pil-pil vitamin dia yang besar, pengalaman pahit telan pil. Kesian ummi saya, berapa ratus agaknya terbuang begitu je bila saya tak habiskan vitamin yang ummi belikan.

Sehinggalah saya melahirkan anakanda yang di sayangi, sebab tiada ilmu tentang breastfeeding, lama-lama susu saya semakin kurang dan akhirnya kering. Puas saya usaha buat power pumping, minum susu sehingga 4 kali sehari, minum air 4 liter sehari, berurut, minum soya, segala makanan untuk banyakkan susu saya makan tapi hasilnya mengecewakan.

Set Menyusu Shaklee.

Akhirnya Allah swt izinkan saya susukan Fateh dengan bantuan Shaklee. Lebih kurang seminggu selepas consume set menyusu Shaklee, saya rasa lebih bertenaga, walaupun berjaga malam sebab Fateh tak nak tido, saya tak rasa letih. Selepas 10 hari, Fateh dah kurang menangis lepas menyusu. Fateh tido lena lepas menyusu! Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. 

Fateh yang sihat dengan susu ummi ^_^

Saya teruskan consume Shaklee, susu badan untuk Fateh, ada masa turun naik, kadang banyak kadang kurang tapi Alhamdulillah masih cukup untuk Fateh dan untuk saya buat stok. Alhamdulillah, Allah beri peluang saya untuk susukan bayi dengan susu sendiri. Banyak kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Yang tak berjaya untuk anak sekarang, jangan mengalah, untuk anak seterusnya kita masih ada peluang. Better Late Than Never. (^_^)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

Wednesday 8 January 2014

Wanita Cantik & Mulia


Allah swt berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia seharusnya menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk melahirkan ank-anaknya dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan bahkan ketika anaknya bersikap sangat meyakiti hatinya".

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya".


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya namun kadangkala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisisuaminya tanpa ragu".

"Aku memberinya air mata untuk di titiskan. Ia adalah khusus untuk di gunakan ketika dia memerlukannya".

"Kecantikan seorang wanita bukan pada pakaian yang di kenakannya, susuk yang dia tampilkan atau bagaimana menyisir rambutnya. Kecantikan wanita harus di lihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada".



Monday 6 January 2014

Perasmian blog baru

Bismillahirrahmanirrahim...
Secara rasminya saya berjaya membina blog baru menggantikan blog lama zaman muda-muda dulu.
Sekarang status dah berubah. 
Dah bersuami.
Dan punya seorang buah hati.

Semoga saya sentiasa konsisten berkongsi ilmu di blog ini untuk manfaat semua yang membaca..
Vision saya untuk tahun baru??


Mahu jadi yang terbaik buat suami dan anak..
Isteri solehah menyejukkan mata, penambat hati suami, pendamping tika susah dan senang.
Ibu dan guru kepada si jantung hati, Muhammad Fateh supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..membanggakan umi dan abah.