"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 13 January 2014

MENGELUH

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya pernah berkongsi cerita ini dengan sahabat-sahabat sebatch masa di kampus dulu. Waktu tu kami sangat sibuk. Sebulan berhempas pulas. Dengan assignment, test, quiz, mini project, design. Sampaikan hampir seminggu saya tak tido malam, berkampung di kafe siapkan mini project dan design dengan ahli kumpulan. 


Firman ALLAH SWT dalam surah al-Maarij:19-21
Sungguh manusia di ciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila di timpa kesusahan dia berkeluh-kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir.

Urusan persatuan saya tinggalkan terus. Bila bukak buku nota usrah, terbaca ayat di atas yang pernah kak naqibah kupas tentang tajuk MENGELUH. Masa tu sangat terasa. Ya Allah, cuma ujian SIBUK sahaja saya dah berputus asa tinggalkan tanggungjawab lain? Semoga kisah di bawah bermanfaat untuk semua yang membaca.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu ketika dahulu,seorang sufi Darwish dan muridnya sedang melakukan perjalanan,mendaki bukit pada tengah hari yang panas. Dalam perjalanan tersebut,murid itu mengeluh, 


"Alangkah panasnya hari ini...."

Pada malam harinya,guru dan murid ini bermalam di sebuah gua di salah satu bukit. Keadaan di dalam gua sangat gelap. Si guru mengambil batu dan berkali-kali berusaha menyalakan api namun tidak kunjung nyala. Si guru kemudian berkata,

"Pasti salah seorang di antara kita telah melakukan dosa siang tadi sehingga Tuhan menghukum kita dengan kegelapan. Kita harus bermuhasabah pada diri kita masing-masing. Baiklah aku mulai dengan diriku."

Guru itu terdiam sejenak mengingat-ingat semua perbuatannya siang tadi yang kemungkinan merupakan dosa. Setelah beberapa saat kemudian,si guru berkata kepada muridnya.

"Aku tidak jumpa pada diriku. Cuba sekarang engkau mulai dengan dirimu."

Si murid berfikir mencari-cari kesalahan dirinya kemudian berkata,

"Hanya sebuah ungkapan kecil sahaja guru. Tadi siang saat matahari terasa sangat panas,saya mengeluh."

Si guru menatap si murid dan berkata,

"Kau katakan itu hanya sebuah ungkapan kecil? Di manakah kesabaranmu? bangun dan kerjakan solat dua rakaat dan minta ampun pada ALLAH!"

Setelah si murid selesai daripada solatnya kemudian si guru mencuba menyalakan api lagi. Kali ini dengan mudah api dapat menyala dan menerangi ruangan gua. Si guru kemudian memberi penjelasan,

"Sebenarnya semua yang di lakukan ALLAH terhadap manusia ada hikmah dan kasih sayang Tuhan yang besar kepada manusia. Siang tadi matahari terasa sangat panas kerana saya mohon kepada Tuhan untuk mengasihi dan mengampuni warga kampung di bawah sana. Penduduk kampung itu sudah terlalu banyak berbuat maksiat dan dosa sehingga Tuhan bermaksud untuk 'membinasakan' mereka dengan mengutus belalang agar memakan tanaman-tanaman mereka. Kemudian aku berdoa:

"Ya ALLAH,akankah Kau seksa mereka sementara ada kami yang sentiasa mengingati-MU di antara mereka. Ya ALLAH,akankah Kau seksa mereka sementara mereka adalah umat Muhammad yang lemah. Ya ALLAH,kasihanilah mereka kerana kami. Ya ALLAH,kasihanilah umat Muhammad yang lemah ini."

Tidak lama selepas itu sinar matahari yang panas itu belalang-belalang itu tak mampu lagi melanjutkan perjalanan dan mati kerana panas. Ini bererti ALLAH telah menarik seksanya atas penduduk kampung berkenaan. Sekarang lihatlah di belakang gua ini dan ambillah bangkai-bangkai belalang itu untuk makan malam kita kali ini."

Murid itu terus menuju ke belakang gua yang di tunjukkan gurunya dan masyaALLAH dia benar-benar mendapati ribuan belalang yang telah mati.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau dulu saya relatekan kisah ini dengan kesibukan seharian sebagai student, sekarang persekitaran hidup dah berbeza. Dulu cuma sibuk dengan urusan sendiri, sekarang ada suami, ada anak untuk di uruskan. Memang penat. Tambah-tambah menyusukan anak perlu tenaga yang lebih. Malam boleh berehat walau sekejap itu satu bonus. 


Kadang-kadang masalah yang berlaku bukan pilihan kita, tapi kita yang TERPAKSA hadapinya (contoh kenaikan harga barang yang keterlaluan, huhu). Kita komplen, kita buat demo, orang kat atas buat tak dengar. Apa lagi mampu kita buat?  Cari jalan, hadapi apa saja ujian yang mendatang. Lagi 5 tahun kita kena berani buat perubahan! ^_^



No comments:

Post a Comment