"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 25 February 2014

Mengurut ketika hamil

Ibu hamil menanggung beban yang lebih semasa mengandung. Tak hairanlah kalau ibu hamil sangat mudah penat dan semput. Malam pula krem kaki. Kurang berjalan bengkak pula kaki. Urutan pada bahagian tubuh badan yang letih sedikit sebanyak boleh melegakan. 



Persoalannya bolehkah mengurut ketika hamil? Ada yang tak menggalakkan atas pelbagai alasan. Mengurut ketika hamil ada kebaikan dan keburukannya. 

Di antara KEBAIKAN yang boleh diperoleh daripada mengurut adalah:

1) Mengurangkan bengkak di kaki dan tangan kerana urutan yang betul dikatakan boleh melancarkan pengaliran darah.

2) Meredakan sakit otot dan tulang. Lebih-lebih lagi di tulang belakang dan tapak kaki.

3) Mengurangkan rasa stres ketika hamil.

4) Membantu wanita hamil supaya mudah tidur. Namun, tiada data mengenai teknik mengurut yang boleh mengurangkan sakit di kawasan ari-ari. 

Di antara KEBURUKAN yang berlaku akibat mengurut ketika hamil pula adalah: 

1) Menyebabkan kesakitan “kontraksi”.

2) Menyebabkan “trauma” kepada uri sehingga berlakunya abruptio placenta.

Teori di mana kaki atau anggota bayi tersepit tidak ada bukti yang nyata. Ini adalah kerana bayi dalam kandungan bebas bergerak/berenang dalam air ketuban yang mengelilingi dan melindunginya.

Wanita berisiko contohnya mereka yang pernah mengalami kelahiran pra matang, tidak dinasihatkan untuk melakukan urutan ini. Jadi, sesiapa yg berisiko dinasihatkan mendapat pendapat doktor sebelum pergi berurut.

No comments:

Post a Comment