"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 25 September 2014

Kembali

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni Allah bagi saya kesempatan untuk mencoret sesuatu dalam blog ini. Dua bulan saya tidak berkesempatan menjenguk blog kesayangan ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang dua bulan ini.

Bermula dengan kes denggi yang melanda Kota Bharu, 6 orang ahli keluarga yang di serang demam denggi serentak pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu termasuk ummi saya. Doktor sahkan denggi pada hari raya kedua. Jadi memang kelam-kabut kami di rumah sebab raya ketiga adalah rumah terbuka di rumah keluarga saya. Muhammad Fateh juga demam lebih seminggu, Alhamdulillah demam biasa sahaja, bukan denggi.

Dua minggu selepas hari raya, saya, suami dan Fateh berpindah ke Serdang, Selangor. Dua tahun setengah rumah kami di tingggalkan kosong, memang banyak sangat masa yang perlu di ambil untuk berkemas. Memang macam kapal pecah. Nasib dapat suami yang rajin, boleh gilir-gilir jaga Fateh.

Dua minggu selepas kami tinggal di sini, ibu mertua pula di serang demam denggi. Jadi kami balik lagi ke Kelantan. Balik dari Kelantan, suami pula outstation seminggu ke Penang.

Sekarang selepas dua bulan, Alhamdulillah rumah kami pun dah nampak seperti rumah. Memandangkan tenaga kerja cuma dua orang, Fateh pula semakin aktif explore sana-sini, kami berkemas sedikit-sedikit. Suami pun tak ada masalah untuk berkemas sebab memang suami saya ringan tulang.

Secara rasminya, kami sekarang menjadi warga Selangor. Jadi sesiapa dari kawasan Taman Equine, Seri Kembangan, Puchong dan kawasan berdekatan, boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee beserta free consultation. Khas untuk customer saya sahaja.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?


Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment