Semakin hari aktiviti menyusu semakin menyeronokkan. Apatah lagi bila lihat anak kita semakin membesar dengan air susu kita sendiri. Syukur Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk saya menyusukan anak dengan susu sendiri. Sesungguhnya susu ibu ni banyak kelebihannya sebab itulah di terangkan dalam Al-Quran tentang penyusuan susu ibu ini.
NIAT UNTUK MENYUSU BABY
Semenjak belum mengandung lagi saya dah tanam azam mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Malah ummi saya selalu pesan,
"Nanti bagi susu ibu, banyak khasiatnya yang tiada pada susu formula."
Fateh lahir melalui emergency czer. Sewaktu di hospital, awal-awal bersalin Fateh sudah di beri susu formula.
KURANG ILMU PENYUSUAN
Saya selalu baca tentang kolostrum. Tapi tahu secara teori sahaja. Patutla orang bercakap berdasarkan pengalaman. Walaupun saya tahu cecair yang mula-mula di hasilkan adalah kolostrum, tetapi saya agak panik bila nampak cecair kekuningan yang keluar, bukannya warna putih susu. Lagipun cecair kuning tu keluar setitik-setitik, bukan memancut macam susu dari botol susu.
Masalah saya timbul bila saya di benarkan keluar dari hospital pada umur Fateh 3 hari. Fateh menangis. Bagi susu pun menangis. Lepas menyusu pun menangis lagi. Masa tu saya tak tahu Fateh tak pandai nak melekap dengan betul. Saya tanya ummi, ummi kata
"Baby semua pandai melekap, Allah dah jadikan susu ibu untuk baby."
Saya pegang kata-kata ummi. Ummi dah ada 11 orang anak, mesti ummi lagi tahu sebab based on pengalaman. Rupa-rupanya situasi saya dengan ummi tak sama. Anak-anak ummi lahir je terus direct feeding sedangkan Fateh 3 hari di berikan susu formula sepenuhnya. Fateh dah keliru puting. Dia tak pandai nak melekap sebab sebelum ni dah di biasakan minum botol.
Tak tahan dan kasihan tengok Fateh yang menangis kelaparan, akhirnya saya benarkan Fateh di beri susu formula lagi. Betul Fateh lapar, sekejap je habis 1 oz susu Fateh minum.
Malam tu saya tak dapat tidur. Bengkak susu. Sakit sebab czer tak habis lagi, di tambah pula dengan bengkak susu. Saya kejutkan Fateh minum susu, Fateh tetap tak nak. Akhirnya bagi botol lagi walaupun baju dah basah lencun dengan susu.
SUSU SEMAKIN KERING
Situasi ini berterusan sehingga saya dapat rasakan yang susu saya semakin kering. Fateh tak puas menyusu walaupun semalaman Fateh minum botol. Fateh tak nak susu ummi, Fateh nak minum botol je. Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Sedih anak sendiri reject susu kita. Rasa macam tak di perlukan pun. Malam-malam bila baby menangis nak susu, saya tak bangun pun dukung baby, tapi saya pun menangis sama kat tepi katil.
Suami tahu saya sedih, malam-malam suami akan urut belakang saya bagi susu keluar dengan lancar. Masa baby direct feeding pun suami akan urut belakang saya. Tapi penghasilan susu tetap tak bertambah.
Satu malam, saya perasan Fateh mengalami kembung perut. Kasihan tengok dia, menangis sampai merah-merah muka, selalu minta susu, habis minum muntah, minta susu lagi, muntah lagi. Sebab kesian dekat Fateh, suami telefon tukang urut dan meminta tukang urut datang malam itu juga. Masa tu hari ke 19.
AMBIL MILKBOOSTER
Tiga kali berurut, susu saya masih tak banyak seperti yang saya nak. Macam-macam saya makan untuk banyakkan susu. Saya google dan semua saya try untuk banyakkan susu. Power pumping, milkbooster, pil penggalak susu, tapi macam tak ada improvement. Memang bila saya google banyak keluar Shaklee tapi saya nak banyakkan susu secara semulajadi, saya tak nak makan supplement, telan pil semua tu.
Sampailah tukang urut cakap pada suami saya, saya memang jenis orang tak ada susu, makan apa pun memang susu tak ada. Saya memang kecewa. Saya tak percaya apa yang tukang urut tu kata. Bagi saya semua ibu yang lahirkan anak boleh produce susu, Allah SWT dah jadikan macam tu. Lembu pun ada susu, tak kan manusia tak ada susu.
MULA MENCUBA SHAKLEE
Saya rasa sangat tercabar masa tu, malamnya saya minta suami mesej kawan satu lab dengan dia yang jual Shaklee. Saya beli trial pack set B dari kawan suami. Saya memang ada rasa putus asa dah tapi saya just go on makan Shaklee. At least kalau susu tak banyak, saya boleh ubat rasa bersalah pada Fateh sebab saya dah berusaha sehabis daya untuk bagi susu ibu pada Fateh.
FATEH SUKA MINUM SUSU IBU
Seminggu kemudian suami tanya.
"Macam mana rasa lepas makan Shaklee? ".
Saya mengaku saya masih ada EGO tak nak percayakan supplement, tapi bila suami tanya, saya baru perasan yang saya memang kurang letih dan Fateh dah boleh tidur lena selepas menyusu. Malah saya dah tak perlu top up susu formula lagi. Kalau dulu Fateh menyusu dari jam 9 pagi hingga 2 petang non stop, sekarang Fateh cuma menyusu 1 jam sahaja.
Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya ketika itu. Allah SWT dengar doa saya. Allah SWT balas usaha saya. Dulu saya menangis sebab tak sanggup tengok anak kena minum susu formula, sekarang saya menangis sebab puas hati anak tidur kekenyangan dengan susu ibu, Memang ada rasa tak percaya juga. Tiap-tiap hari saya cerita pada suami,
"Fateh tak minum botol, minum susu ibu ja".
NAK BANTU LEBIH RAMAI IBU
Saya suka untuk bercerita pada orang bahawa anak saya menyusu susu ibu. Malah saya lagi suka berkongsi dengan ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan anak mereka. Saya berhadapan dengan situasi yang sama. Malah hari ke 50 baru Fateh menyusu susu ibu sepenuhnya.
Saya tetap tak berputus asa dalam usaha untuk menyusu susu ibu sepenuhnya kepada anak saya walaupun orang sekeliling saya dah tak percaya dengan usaha saya. Kisah seorang doktor yang relactation anaknya yang berumur 3 bulan banyak memberi semangat pada saya. Fateh baru 50 hari, kenapa saya perlu berputus asa?
Percayalah semua ibu boleh menyusukan anak sendiri. Bagi ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan, ibu-ibu boleh contact saya (012-9830242-Ana). InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu.
SET PENYUSUAN SHAKLEE
Untuk pengetahuan, supplement menyusu yang saya ambil untuk menjayakan penyusuan baby saya adalah :
Vitalea Iron Formula (RM 88.75)
- Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
- Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.
- Di lengkapi dengan zat besi yang amat di perlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
Sustained Released Vitamin C (RM 92.50)
- Sustained Released Vitamin C ini unik kerana ia di lepaskan secara perlahan-lahan.
- Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan, jadi kita perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk keperluan harian.
B Complex (RM 53.75)
- Mengandungi semua jenis vitamin B termasuk Folic Acid.
- Ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan stress.
- Stress boleh menyebabkan susu merudum.
Alfalfa Complex (RM 53.75)
- Milkbooster yang di gunakan sejak turun temurun di Amerika Selatan.
- Tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.
- Bertindak sebagai agen detoks untuk menyingkirkan toksin dari badan.
Atau untuk kesan yang optimum, boleh ADD ON :
Energizing Soy Protein ESP (RM 150.00)
- Kandungan utama dalam susu ibu adalah protein.
- Memberi tenaga dan melancarkan penghasilan susu ibu.
- Mengenyangkan dan memudahkan kembali ke berat badan ideal dengan segera.
- Penting untuk penghasilan dan pembaikan sel-sel badan.
Sebotol vitamin tahan sehingga 4-6 bulan. Memang berbaloi-baloi. Hubungi saya untuk pesanan atau pertanyaan lanjut berkenaan Shaklee.
Nak jimat lagi 20%-30% ?
atau nak menjana pendapatan dengan Shaklee?
atau nak menjana pendapatan dengan Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang !
Hubungi saya
012-9830242 (Ana)
No comments:
Post a Comment