"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 21 May 2014

Mitos dan Fakta :: Makanan terlarang semasa berpantang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tiba-tiba hari ni saya rasa nak share tentang amalan pemakanan semasa berpantang. Orang Melayu terutamanya orang-orang tua sangat strict dengan pantang. Kebetulan seorang saudara rapat saya baru bersalin. Sedih saya tengok makanan pantang dia. Nasi kosong berlaukkan ikan bakar semata-mata. Tiada buah atau sayur pun.

Alasan tak bagi takut 'urat'. Nasi pun letak sikit je dalam pinggan, dah la tak boleh tambah, letak sikit, lauk ikan semata-mata, dari mana agaknya si ibu nak dapat tenaga dan khasiat untuk menyusu baby? Tak ada fiber, tak hairan kalau ramai ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit ketika berpantang.

Bagi mereka yang berpantang, sebaiknya tahu beberapa perkara fakta dan mitos semasa berpantang.

Mitos 1 : Tak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana sejuk untuk badan
Fakta : Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan penyembuhan luka. Sayuran hijau mempunyai klorofil yang membantu meransang pembentukan sel darah merah pada pesakit anemia.



Mitos 2 : Minum air dengan banyak boleh menyebabkan perut buncit
Fakta : Orang dewasa di galakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan sembelit, menstabilkan suhu badan dan membantu pengeluaran susu ibu dengan baik. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Bayangkan keadaan anda ika anda cuma minum 1 liter atau kurang dalam sehari.



Mitos 3 : Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan bisa
Fakta : Sebenarnya jika tiada alergi, ia boleh di makan untuk mendapatkan sumber protein. Tidak semua orang mengalami alergi dengan makanan laut.

Mitos 4 : Makan telur menyebabkan luka bernanah
Fakta : Nanah di sebabkan oleh jangkitan kuman. Telur adalah sumber protein yang baik dan bagus untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 21mg Kolin. Kolin penting untuk wanita hamil kerana ianya berperanan untuk pembentukan otak janin dan memberi kesan kepada memori selepas bayi di lahirkan.



Mitos 5 : Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat
Fakta : Sebenarnya makanan tersebut adalah sumber karbohidrat yang boleh menggantikan nasi.

Sebenarnya banyak lagi pantang larang pemakanan orang-orang tua, pendek kata bila berpantang,makanan yang orang tak nak makan tu la ibu-ibu bersalin kena makan. Penting untuk ibu dalam pantang makan makanan cukup khasiat. Kalau ambik makanan tak cukup zat, susu badan pun boleh kering.

Doktor pun melarang ibu-ibu bersalin terlalu berpantang makan. Kurang zat boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu mudah letih. Pengalaman berpantang saya pula, saya makan semua kecuali makanan laut dan makanan yang saya alergik dan air sejuk. Alhamdullillah..luka saya seminggu dah kering.( klik untuk baca pengalaman berpantang saya).

Thanks for reading !

^_^


No comments:

Post a Comment