"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 20 May 2014

Demam Campak :: Petua dan Tips anak demam campak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Khamis lepas, semasa jemput Fateh dari rumah Cik Ti (Pengasuh Fateh),  Cik Ti kata Fateh nak kena demam campak. Bubur nasi yang saya bekalkan pun Fateh tak nak makan, susu pun tak habis minum. Masa saya pegang Fateh, badan Fateh memang panas luar biasa.

Balik rumah tunjuk kat ummi, ummi kata badan Fateh lemah. Ada sikit bintik-bintik merah di tangan Fateh. Kebiasaannya maghrib Fateh akan menyusu sampai tertidur. Tapi hari ni Fateh tak nak menyusu. Bila menyusu, automatik Fateh lepas, nampak muka Fateh macam menahan pedih.

Malamnya abah Fateh datang jemput balik rumah nenek Fateh belah abah Fateh. Fateh nampak dah mula meragam. Nak berdukung je dia. Pastu menangis. Bagi susu tak nak. Ummi nak dukung pun tak nak. Nak dengan abah je. Bila cek, rupanya dalam mulut Fateh ada ulser. Patutla tak nak minum susu. Anak ummi sakit rupanya.

Malam tu Fateh tak nak tidur, mungkin tak selesa. Bila abah Fateh gosok-gosok belakang badan baru dia tidur. Berhenti gosok, menangis balik. Jawabnya ummi dan abah gilir-gilir gosok belakang Fateh. Dan semalaman Fateh tak lena tidur.

Pagi Jumaat semakin banyak bintik-bintik merah yang timbul di belakang badan Fateh. Fateh pun nampak makin tak selesa. Badan pun semakin panas dan lemah, risau ummi. Petua orang-orang tua, baby yang kena demam campak, tak perlu bagi ubat sebab kalau bagi ubat, campaknya makin lambat nak keluar dan makin lambat nak sembuh.

Ahad dan Isnin walaupun Fateh dah nampak makin sihat, saya cuti juga, tak sanggup rasanya tinggalkan Fateh masa dia kurang sihat. Isnin kami berkesempatan bawak Fateh jumpa doktor. Tak rancang sebenarnya tapi sebab Isnin tu Fateh check up 9 bulan, bila nurse check, nurse mintak refer ke doktor.

Alhamdulillah, doktor kata Fateh kena demam campak yang ringan je. Sebab badan Fateh dah kuat. Bayi susu ibu memang kuat imunisasinya. Jadi doktor bagi Fateh ubat makan je. Untuk kurangkan gatal-gatal. Biasanya doktor akan bagi losyen untuk sapu, namanya Calamine Lotion tapi bila doktor tahu yang saya dah sapu Herbal Blend kat badan Fateh dan doktor nampak krim tu sesuai untuk Fateh, doktor mintak saya continue sapu Herbal Blend je kat Fateh.

Alhamdulillah hari ni Selasa, Fateh dah makin sihat. Saya kongsi sedikit info berkenaan demam campak ;

Penyakit campak atau lebih di kenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang di sebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk.

Gejala penyakit :

  • Demam dengan suhu yang tinggi serta selesema.
  • Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
  • Ruam tumbuh pada badan
  • Rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh

Langkah pencegahan :
  • Iminisasi campak
  • Hadkan pergaulan

Cara mengubati :
  • Mandikan pesakit dengan air kelapa muda
  • Berbaring di atas daun semambu
Sumber : Wikipedia


Ada orang kata, demam campak ni boleh berlarutan selama seminggu. Alhamdulillah Fateh sekejap je. Walaupun bintik-bintik merah masih ada lagi, tapi Fateh tak menggaru-garu dan tak meragam, aktif je main. 

Antara tips dan petua yang saya amalkan adalah ;


Mandikan Fateh dengan Basic H. Selepas pertama kali mandikan Fateh guna Basic H, Fateh dah tak menangis dan tak meragam lagi.


Saya guna krim ini untuk sapu pada seluruh badan Fateh. Kali pertama guna, Fateh dah kurang menggaru dan kurang menangis, tapi selepas beberapa jam Faeh kembali menangis. Bila saya gabungkan penggunaan Herbal Blend dan Basic H, campak Fateh nampak semakin cepat recover.


Berminat ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya sms atau whatapps di (012-9830242- Ana)

Thanks for reading !

^_^

No comments:

Post a Comment