"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 13 May 2014

Beza Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Sebelum saya menjadi pengguna Shaklee, saya tak tahu yang vitamin ni sebenarnya ada vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Ingatkan sama ja semua vitamin ni, sebab tu dulu, saya tak suka beli-beli vitamin macam Shaklee ni. Dah la kena beli di cawangan Shaklee je, nak murah kena daftar ahli pulak. Baik beli vitamin biasa kat farmasi je. Kan senang. Mana-mana farmasi ada. Sama ja fungsi vitamin tu. Brand ja yang lain.

Tapi tu dulu, sekarang saya setia dengan vitamin Shaklee. Saya pernah makan iron tablet semasa mengandung. Kesannya saya mengalami sembelit yang teruk. Makan tembikai, salad dan betik pun masih lagi sembelit teruk. Kalau di kira dengan badan saya, tiga jenis buah dan sayuran tu memang agen detoks saya yang berkesan. Pastu serik, tak apa la tak makan vitamin pun, seksa tau kena sembelit, silap-silap boleh jadi buasir.

Semasa menyusu saya ambik vitamin Shaklee. Antaranya Vitalea Iron Formula. Vitalea ni pun iron tablet juga tau. Yang bestnya, saya tak kena sembelit malah kurang letih dan cergas sepanjang hari. Lepas dah guna berbulan-bulan baru perasan, rupa-rupanya vitamin yang saya ambil ni pun iron tablet, tapi tak kena sembelit pun. Sejak hari tu, saya jatuh cinta dengan Shaklee dan mula belajar mengenali produk Shaklee.

Sebenarnya ada beza vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ni, nak tahu apa? Jom kita ikuti perbezaan mereka :

1. Sumber 

  • Vitamin Semulajadi di hasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang di perlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya vitamin C semualajadi diperolehi dari pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.
  • Vitamin Sintetik di hasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-melekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh di hasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dengan badan
  • Vitamin Semulajadi di hasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberi kesan yang lebih baik.
  • Vitamin Sintetik walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan. Contohnya ada vitamin B Complex sintetik menggunakan tar untuk menurap jalan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan vitamin. Scary kan.

3. Harga
  • Vitamin Semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
  • Vitamin Sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya di beri percuma sahaja.

4. Kesan kepada tubuh badan
  • Vitamin Semulajadi tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu walaupun bahan itu bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak di serap dengan sempurna akan di simpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang.
  • Vitamin Sintetik, oleh sebab pembuatanya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk solo. Misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Jadi kita pelru ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain.

5. Kesan jangka masa panjang
  • Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang di nyatakan di atas (vitamin semulajadi).
  • Vitamin Sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang. Salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang di lakukan dalam proses penghasilannya.
Kredit sumber : Vitamin Semulajadi

Berminat ingin mencuba vitamin Shaklee?
Hubungi saya sms atau whatapps di (012-9830242-Ana).

Thanks for reading !
^_^

No comments:

Post a Comment