"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday 7 June 2014

ALFALFA bukan sekadar milkbooster

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ni Fateh lena awal, biasa jam 1 pagi baru nak tidur, malam ni jam 11 malam dah tidur. Keletihan agaknya dari pagi keluar makan kenduri. Negeri Kelantan, musim cuti sekolah memang kereta di jalan raya meningkat sekali ganda. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 45 minit, dah jadi satu jam setengah. Kita yang dewasa pun terasa letih, apatah lagi anak kecil.

Panjang pula bercerita, dah lama saya nak berkongsi tentang Alfalfa Complex. Salah satu produk Shaklee yang hot terutamanya untuk ibu menyusu. Sebab Alfalfa ni di kenali sebagai milk booster untuk ibu menyusu. Tapi jangan salah sangka, manfaat Alfalfa bukan untuk ibu menyusu saja tau. Yang nak turunkan berat badan pun di galakkan ambil Alfalfa. Macam mana tu? Jom kita selidik apa manfaat si makhluk hijau ini.

Alfalfa Complex :

Di perbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga di kenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap segala nutrisi.

Alfalfa telah di gunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah di kenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu.


Manfaat utama :

1) Mencuci hati, darah dan usus.
  • Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, meghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2) Melawan alahan.
  • Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

3) Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4) Menyingkirkan lemak dan kolesterol.
  • Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

5) Melawan tumor.
  • Mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6) Melegakan keletihan.
  • Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

7) Mencegah / merawat atritis
  • Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Banyak lagi manfaat  Alfalfa Complex selain yang saya senaraikan di atas. Sebab tu dia di gelar Raja Segala Tumbuhan. Di bawah ini saya kongsikan testimoni pengguna yang berpuas hati dengan kesan positif selepas mengamalkan Alfalfa Complex.

Testimoni 1 :

" Mula-mula makan tujuannya untuk milkbooster..susu makin banyak dan pekat..tapi syukur Alhamdulillah dapat pula kesan sampingan yang lain contohnya keputihan dah makin berkurang. Dulu kulit selalu gatal melampau, ada ekzema, sekarang dan makin berkurang, Harap-harap boleh hilang teruslah pasni......"


Testimoni 2 :

" Saya ada simptom macam sinus camtu. Selalu sakit kat dahi dan rasa selesema sampai sakit satu badan. Benda ni dah lama tak kena sejak saya ambik alfalfa. Last week saya stop alfalfa sebab rashes tu, dermatologist suh stop semua jenis herba termasuk alfalfa, warghh menderita daku sakit kepala, hidung berair, badan penat. lalu saya ambil semual start malam tadi sebab dah tak tahan (patut kena stop for a week). Alhamdulillah hari ni dah OK sikit. Kalau tak duk rasa nak tido je."



Testimoni 3 :

" Sharing about alfalfa...specialnya alfalfa selain dari membantu penghasilkan susu, keputihan, untuk detoks..satu lagi yang special...ehem..ehem..bila 'bersama'...seperti pengantin baru...saya dah amalkan makan alfalfa dekat 2 bulan lepas saya bersalin anak ke 3..masa bersama en hubby..dia kata macam baru mula-mula kahwin..saya rasa u all boleh faham kan...;) "



Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan? 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Thanks for reading !

^_^

No comments:

Post a Comment