"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 9 June 2014

Orang berkenaan DILARANG mengambil ALFALFA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dua hari lepas saya menerima private mesej dari kawan lama saya. Kawan saya dari zaman matrik. Beliau bertanyakan saya tentang alfalfa complex. Tahniah untuk beliau untuk kelahiran cahaya mata pertama beliau. Mesejnya berbunyi lebih kurang begini,

" Ibu menyusu boleh makan alfalfa ke? Sebab lepas bersalin hari ke 4 tu saya ada makan 2 biji tapi ada effect kat baby. Baby berak berbuih so saya stop. Sekarang nak makan balik. Boleh tak ana terangkan cara nak makan alfalfa dan ESP? "

Untuk ibu dalam pantang, saya cadangkan ambil alfalfa selepas baby berusia dua minggu ke atas sebab alfalfa ni herba. Panas untuk perut baby yang masih muda umurnya. Dan selagi baby ada jaundis, ibu-ibu memang tidak di galakkan ambil alfalfa.

Bila saya selidik dan tanya kawan saya tu, memang baby beliau ada jaundis dan kata beliau, jaundis baby beliau semakin terus selepas beliau makan alfalfa. Masa beliau bertanyakan masalah beliau, saya dah tak terfikir tentang dengan SID mana beliau beli, sebab fokus saya nak terangkan betul-betul cara pengambilan vitamin Shaklee. 

Setelah saya terangkan secara detail berkenaan alfalfa beserta fungsi dan manfaat lain yang akan beliau perolehi dengan izin Allah, beliau mengambil keputusan untuk start consume balik alfalfa dan ESP memandangkan baby beliau sudah berusia 4 bulan. Semoga beliau beroleh manfaat dari vitamin Shaklee ini. 

Pesanan saya kepada SID-SID di luar sana, customer anda adalah amanah anda. Mereka bayar kepada anda untuk produk dan konsultasi yang betul. Anda menjual produk kesihatan yang akan jadi darah daging orang. Silap makan, customer anda yang tanggung akibatnya.

Saya kongsikan sedikit info berkenaan Alfalfa Complex Shaklee.


Golongan yang tidak di galakkan mengambil alfalfa ;
  1. Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis tidak boleh mengambil sebarang supplement.
  2. SLE - tidak boleh mengambil alfalfa dan juga vitalea. Walaupun di dalam Vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak di sarankan apatah lagi jika mereka sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.
  3. G6PD - tidak boleh mengambil alfalfa kerana alfalfa kaya dengan vitamin K.
  4. Ibu menyusukan anak yang mana anaknya mengalami jaundis.
  5. Ibu hamil.

Golongan yang memerlukan alfalfa ;
  1. Ibu yang menyusukan anak - alfalfa meransang penghasilan hormon prolaktin.
  2. Pesakit yang mempunyai darah  kotor contohnya pesakit diabetes. Alfalfa berfungsi untuk membersihkan darah (detoks).
  3. Individu yang mempunyai masalah penghadaman. Alfalfa kaya dengan fiber, membantu melancarkan sistem penghadaman.
  4. Individu yang mempunyai asid urik berlebihan. Alfalfa meneutralkan semula asid tersebut.
  5. Individu yang bermasalah alergi, athma dan resdung.
  6. Semua individu yang mahu mengamalkan supplement, perlu detox terlebih dahulu bagi memudahkan nutrisi di serap dengan lebih baik oleh badan.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan? 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment