"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 12 March 2015

Panduan penyediaan makanan untuk anak ketika sakit.

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ini adalah entri tertangguh. Lama entri tersimpan dalam draft. Hari ini saya nak publish untuk di kongsi baca oleh semua. Saya pasti, semua ibu bapa pasti akan melalui situasi ini. Anak sakit dan hilang selera makan.

Apabila sakit, kebiasaannya anak kecil akan hilang selera makan. Kita sebagai ibu bapa pula semestinya risau bila anak menggeleng memanjang bila di sua makanan. Risau sekiranya hilang selera makan lebih memudaratkan kesihatan anak.

Salah satu cara untuk menarik minat anak untuk makan adalah dengan menyediakan makanan mengikut selera anak. Seperti kita yang dewasa juga, bila demam atau sakit, automatik selera kita akan hilang. Kalau saya, bila demam, nasi yang biasa makan hari-hari bersama lauk memang tak lalu di tekak, tetapi kalau di sua nasi air panas-panas atau sup panas-panas, baru lalu nak jamah sedikit.

Bila tak sentuh makanan langsung, penyembuhan pula akan lebih perlahan. Penting untuk ibu menyediakan makanan yang berkhasiat kerana tubuh anak memerlukan zat dan nutrisi yang cukup untuk melawat penyakit. Berikut adalah panduan penyediaan untuk si kecil.

Selesema

Metabolisme anak ketika selesema adalah tinggi. Oleh itu, sediakan makanan yang memberi tenaga dan tinggi protein.

Pilih makanan berkuah. Sup makanan paling sesuai untuk di hidangkan.

Batuk

Seperti selesema, sediakan makanan pemberi tenaga dan tinggi protein juga meningkatkan pertahanan tubuh badan anak. Batuk adalah reaksi tubuh terhadap iritasi yang terjadi di tekak.

Pilih makanan lembut dan berkuah untuk memberi keselesaan ketika anak makan. Elakkan makanan bergoreng, manis dan sejuk.

Cirit birit

Masalah cirit birit berlaku apabila sistem pencernaan terganggu. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berserat rendah seperti pisang, epal, lobak, aprikot, kentang dan kekacang sesuai untuk gejala cirit birit kerana makanan ini mengandungi peptin untuk membantu menyerap air.

Elakkan makanan pedas, masam, berserat tinggi, tinggi lemak dan makanan bersusu dan bersantan.

Sembelit.

Sembelit terjadi kerana kurang pengambilan makanan berserat dan menyebabkan pengeluaran najisnya terganggu. Biasanya terjadi pada kanak-kanak yang jarang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilih makanan tinggi serat seperti buah betik, avokado, plum dan oren. Banyakkan memberi anak minum air putih untuk melancarkan percernaannya.

Pengalaman saya sendiri yang menguruskan anak yang kerap sembelit, saya tukar menu utama dari nasi biasa kepada bubur nasi di campur dengan ayam yang di siat-siat halus dan sayuran. Alhamdulillah, selepas makan bubur nasi, anakanda tiada masalah membuang.

Ulser.

Pastikan anak mengambil karbohidrat yang cukup. Seelok-eloknya pilih makanan lembut yang mudah di makan seperti bubur nasi dan jus buah-buahan.

Boleh juga menggantikan nasi dengan kentang, ubi atau tepung jika anak bermasalah untuk makan nasi.

Banyakkan makan makanan yang tinggi vitamin C, atau boleh mengambil supplement vitamin C chewable untuk kanak-kanak dari Shaklee.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment