"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 13 March 2015

Masalah lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan selesai dengan Ostematrix Shaklee!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini saya teruja mahu menceritakan pengalaman saya dengan Ostematrix Shaklee. Ostematrix ni sekarang dah jadi seperti kawan baik saya, malam-malam wajib ambil. Stok untuk sendiri paling-paling sikit mesti ada dua botol, tak termasuk stok untuk customer tersayang.

Saya bersalin secara pembedahan jadi masalah sakit tulang belakang kesan dari epidural memang tak dapat di elakkan. Sesekali bila kerja kuat memang terasa *zupp* kat tulang belakang. Waktu tu saya ingatkan ini adalah perkara normal. Lagipun hampir semua yang ada pengalaman ambil epidural memang akan rasa sakit ini.

Sehinggalah tiba bulan saya berpindah rumah ke Serdang. Dua tahun rumah di biarkan kosong, semestinya terlalu banyak habuk yang perlu di sapu, tahi cicak, tahi tikus yang perlu di basuh, perabot-perabot yang perlu di alih.

Waktu itu genap setahun usia pembedahan saya. Suami memang tak benarkan saya buat kerja-kerja berat. Sekadar sapu lantai, mop lantai, itu sahaja. Tapi bila tengok suami berhempas-pulas mengangkat perabot seorang diri, tak sampai hati pula saya nak duduk tengok sahaja. Saya offer diri untuk membantu.

Awal-awal suami tak bagi. Nak angkat meja dan almari buku dari tingkat bawah ke tingkat atas, bagi saya itu sudah biasa saya buat. Dek kerana nak yakinkan suami yang saya mampu buat, siap cerita balik zaman anak dara dulu, alih katil berkayu cengal dan almari baju seorang diri sahaja. Masa tu buat-buat tak ingat je badan ni tak sama macam dulu lagi. Bila tengok perabot rumah sudah kemas tersusun, hati jadi puas. Hehe.

Seminggu selepas aktiviti berkemas rumah, saya mula sakit-sakit badan. Bangun dari tidur, menangis-nangis nak pijak lantai. Nak solat pun tak mampu, saya hanya mampu solat duduk. Seluruh tubuh saya sakit. Allahu. Masa tu saya tak tahu sebab apa badan saya sakit-sakit.

Seksanya terasa bila bersendirian dengan anak yang berumur setahun dari 6.30 pagi sehingga jam 5 petang. Anak tengah melasak, saya pula hanya mampu tidur di sofa dan tengok saja anak bermain-main. Kadang-kadang sakit-sakit badan di sertai dengan demam. Kesian Fateh, hari-hari main seorang diri.

Dua minggu begitu, akhirnya saya menceritakan sakit-sakit badan yang saya alami di group Shaklee saya, seorang sideline Shaklee saya mencadangkan saya up dose Ostematrix. Katanya sakit-sakit badan yang saya alami mungkin sebab saya ada buat kerja berat. Masa tu baru saya teringat, saya ada angkat perabot-perabot. Suami melarang tapi saya degil nak tolong. Huhu.

Hari pertama saya up dose Ostematrix. Setengah kali ganda dari yang biasa saya makan. Esoknya bangun Subuh, saya sudah mampu berdiri dan rukuk. Lenguh-lenguh masih terasa tapi bila mampu berdiri untuk solat, itu adalah nikmat yang tidak terhingga saya rasakan.

Hari kedua sakit-sakit badan semakin berkurangan. Saya sudah boleh masak sedap-sedap untuk suami. Hari ke hari akhirnya sakit-sakit badan saya hilang sepenuhnya. Pagi-pagi boleh selesaikan kerja rumah sendiri, suatu kegembiraan buat saya. Alhamdulillah. Saya berjaya sembuh dengan Ostematrix.

Ostematrix ini bukan sekadar kalsium, malah khasiatnya lebih dari itu. Bagi ibu-ibu yang pernah bersalin, cadangan saya, anda patut cuba Ostematrix ini. Wanita sangat mudah kehilangan kalsium berbanding lelaki kerana wanita mengandung, melahir dan menyusukan anak.

Wanita memerlukan lebih 1200 mg kalsium setiap hari berbanding lelaki cuma 800 mg sahaja. Tambahan pula, waktu mengandung dan menyusu, anak akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu setiap hari. Tidak hairanlah wanita lebih berisiko untuk terkena Osteoporosis. Dan tidak hairan juga bila wanita lanjut usia, gigi mereka sudah habis luruh dek kerana kurang kalsium.

Kalsium juga ada pelbagai jenis. Nasihat saya, pilih kalsium terbaik dan boleh menyerap sepenuhnya ke dalam tulang tanpa meninggalkan sisa. Sebab kalsium yang tidak di serap, berisiko akan menjadi batu karang. Semestinya kita tidak mahu mengundang penyakit yang lain datang kan?

Untuk info tambahan berkenaan Ostematrix, boleh rujuk post saya yang terdahulu di sini.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat. 
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment