"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 11 February 2015

AWAS. Serangan strok di usia muda.

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pagi ini saya terbaca artikel tentang strok atau angin ahmar setelah membelek kembali majalah Rapi keluaran Jun 2012. Teringat saya dengan seorang saudara terdekat saya yang terkena serangan strok tahun lepas.

Beliau terkena serangan strok seluruh tubuh sebelah kiri. Beliau baru berumur awal 30 an. Kasihan dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri yang tidak berkerja. Doktor pula sarankan bawa balik ke kampung untuk berurut dan berubat dengan tukang urut tradisional. Alhamdulillah nampak kesan positif tetapi di sebabkan serangan strok itu agak serius, masa yang panjang di perlukan untuk pulih sepenuhnya.

Kalau dulu, orang yang kena strok ni orang-orang tua sahaja. Jarang sangat-sangat kita dengar orang muda terkena serangan strok. Dengan gaya hidup zaman teknologi ini, kanak-kanak usia 11 tahun pun sudah ada yang terkena penyakit darah tinggi dan kencing manis. Puncanya gaya hidup.

Anak-anak kita dulu makan masakan ibu, sekarang dengan ibubapa keduanya bekerja, makanan segera atau fast food adalah pilihan paling pantas untuk di sajikan kepada anak-anak. Pelbagai gadget yang muncul, menyebabkan anak-anak kurang berminat untuk melakukan aktiviti fizikal untuk riadah setiap hari. Gadget canggih yang tidak memerlukan pergerakan anggota badan lebih menarik perhatian mereka.



Di Malaysia, pada tahun 1997 sahaja, 68.38 per 100000 populasi menghidap serangan strok dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina, di ikuti Melayu dan India. Strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia, lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun.

Jom kita kenali punca strok. Saya petik info ini dari majalah Rapi, semoga memberi manfaat buat semua :

1. Merokok.

Merokok salah satu faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau boleh mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah.

Punca strok daripada rokok boleh di cegah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok.

2. Berat badan berlebihan.

Berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi. Elakkan mengambil mekanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk tenusu. Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan.

Senaman selama 30 hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan berlebihan.

3. Pemakanan.

Rakyat Amerika berkulit hitam yang di serang strok lebih tinggi berbanding rakyat Amerika berkulit putih. Penduduk China di bahagian utara  yang di serang strok lebih tinggi berbanding rakyat China di bahagian tengah dan selatan. Rakyat Malaysia berbangsa Cina yang di serang strok lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan India.

Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut.

4. Pil pencegah kehamilan.

Walaupun strok lebih kerap berlaku kepada lelaki, kebarangkalian wanita meninggal akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. Penggunaan pil pencegah kehamilan membawa risiko khusus kepada wanita.

5. Umur, keturunan dan persekitaran.

Lelaki berusia 45 tahun yang jarang bersenam, merokok, bekerja dalam keadaan stress serta mempunyai ahli keluarga yang di serang strok, terdedah kepada risiko strok.

6. Darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan angin ahmar iaitu saluran darah pecah dan tersumbat. Kolesterol juga perlu di periksa kerana ia antara risiko serangan strok.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Faktor-faktor di atas adalah sebahagian dari banyak faktor yang saya petik dari artikel dalam majalah tersebut.

Jika anda tergolong dalam salah satu daripada individu yang berisiko di serang strok, jangan risau, anda masih boleh mengambil langkah-langkah pencegahan. Boleh juga di amalkan oleh pesakit strok supaya serangan strok tidak akan berulang.

1. Cegah pertambahan berat badan dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

2. Amalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan minum arak.

3. Kurangkan garam dalam masakan. Makanan tinggi garam menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan strok.

4. Jalani pemeriksaan berkala untuk diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

5. Pengambilan supplement. Saya mencadangkan Vivix Shaklee untuk pesakit strok, diabetes, darah tinggi, dan juga orang yang ingin berhenti merokok. 

Baca apa kata orang yang telah berpuas hati dengan kesan positif daripada Vivix Shaklee.


Testimoni 1 :



Testimoni 2 :



Testimoni 3:



Testimoni 4 :



Teruja kan? Sebagai ahli dan pengedar, saya sangat teruja bila melihat perkembangan positif pengguna Vivix Shaklee ini. Apatah lagi bila kesihatan orang yang kita sayang sendiri semakin bertambah baik. 

Jadi, sekiranya anda atau ahli keluarga anda tergolong dalam golongan patut cuba Vivix Shaklee ini, sila bertindak sekarang. Jika mahu dapatkan Vivix Shaklee, boleh hubungi saya, farhana (012-9830242) .

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment