"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 6 February 2015

Assalamualaikum wbt & Selamat petang,

Alhamdulillah, selepas hampir dua bulan, akhirnya boleh menjenguk blog. Lamanya tak update blog, terasa rindu sangat. Sebenarnya, dua bulan lepas, laptop saya tiba-tiba tak boleh nak masuk ke desktop. Boleh on, tapi bila klik di profile untuk masuk ke desktop, failed. Agak susah bila takda laptop, nak shopping barang Shaklee, kena tunggu suami balik, pinjam laptop dia. Nak pakai lama-lama tak boleh, sebab suami tengah struggle siapkan thesis dia. InsyaAllah doakan husband saya cepat-cepat boleh habiskan master ya. ^_^

Laptop ni baru semalam dapat ke tangan saya balik. Suami minta tolong kawan dia yang kerja di SKMM tolong tengokkan. Kawan suami ni memang terror bab-bab komputer. Baru ni masa laptop bermasalah ni juga, suami cuma klik-klik laptop based on arahan kawan dia sahaja. Kawan dia bagi arahan dan sebut kod-kod sambil tengok TV kat rumah dia je. Hebat kan? Saya memang kagum dengan semua orang yang pakar dalam bidang yang saya tak tahu. Hehe

Sekarang saya curi masa sikit untuk update blog. Fateh sedang tidur. Tadi clearkan fail-fail lama di laptop pun sambil berperang dengan Fateh. Laptop ni sudak agak slow, mungkin sebab dah lama, hampir 8 tahun dan sebab storage pun penuh. Walaupun lama, laptop ni la harta saya yang paling saya sayang. Abah yang belikan semestinya saya sayang.

Entri terakhir saya berkenaan dengan babywearing di Big Bad Wolf. Buat pengetahuan semua pembaca, sekarang sedang berlangsung sekali lagi pesta buku Big Bad Wolf di The Mines. Bermula 2 Februari sehingga 9 Februari. Siapa yang berdekatan, jemput ke sana, berbaloi-baloi shopping buku di sana. Masa ni la kita ambil peluang nak dapatkan buku-buku yang mahal kan? Saya pun InsyaAllah akan ke sana sekali lagi, hajat di hati ingin mencari buku jahitan. Harga biasa buku jahitan boleh mencecah RM 30-RM 50 sebuah, shopping di BBW, insyaAllah kita boleh dapatkan buku yang sama dengan harga hampir sepuluh kali ganda lebih murah.

Tunggu apa lagi? JOM !

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment