"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday 22 November 2014

Cinch Shake Mix Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu buat semua. Apa aktiviti anda semua di hujung minggu? Pasti penuh dengan perancangan untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Hari ini saya masuk dapur awal sedikit, sediakan sarapan untuk suami. Kebiasaannya weekdays tengahari baru saya masuk dapur, sebabnya saya tak ambil makanan berat sewaktu pagi, cukup dengan satu mug ESP Shaklee di campur dengan susu, kenyang sampai tengahari.

Fateh tidur agak lena hari ini, mungkin keletihan menunggu uminya meeting semalam. Semalam saya ke Putrajaya Bahagian Kementerian Pelajaran, menjadi wakil bagi syarikat abah menghadiri Mesyuarat Pelarasan Pembekalan Perabot Tambahan. Umi ingatkan mesyuarat nya cuma sekejap, rupanya sampai dua jam. Habis meeting ja Fateh nampak umi terus mintak susu. Sejak berhenti kerja saya tak pernah berenggang dengan Fateh sampai 2 jam. Tiap masa Fateh depan mata umi.

Balik dari meeting jam sudah menghampiri jam 9 malam. Semalam pun kami ber'kelas alam maya' lagi. Topiknya Cinch Shake Mix. Meriah kelas semalam, maklumlah subjek kurus majoriti orang suka kan? Saya juga lepas berat berjaya turun 4 kg dengan Shaklee, rasa bersemangat nak share dengan orang yang nak turunkan berat badan. Customer saya setakat ini ramai dari kalangan ibu menyusu, mengandung, berpantang, letih dan seumpamanya. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan kesan Shaklee pada diri mereka. Iya lah, bila ada bukti pada diri kita sendiri dan kita sendiri merasai kesannya, itu bukti produk tersebut berkesan, baru lagi yakin nak sugeest pada orang lain kan?
Cinch Shake Mix

Inilah rupa Cinch Shake Mix. Ia datang dengan tiga perisa, Vanilla, Chocolate dan Caffe Latte. Ia berbentuk serbuk, jadi kita boleh bancuh dengan apa-apa minuman kesukaan atau buah-buahan pilihan. Blend bersama ais jadikan ice blended, memang sedap. Dan yang penting boleh buat kita rasa kenyang dengan lebih lama.  

Sedikit info tentang Cinch Shake Mix yang saya petik dari website Shaklee ,

Cinch Shake Mix mengekalkan kepejalan otot dan memastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.

Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa.

Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian.

Setiap hidangan Cinch Shake Mix , 

1.  Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
2. Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
3. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
4. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
5. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
6. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
7. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

Kredit to CelikVitamin

Cinch Shake Mix di perkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa proses menurunkan berat badan. Rumusan proprietary diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch Shake membantu kita menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot dalam badan.



Kenapa kita mesti mengekalkan otot?

Sebabnya otot akan membantu badan membakar lemak. Kalau badan kita penuh otot, berat badan akan lebih mudah di turunkan sebab badan yang penuh otot itu akan membakar lemak. Tapi kalau kita amalkn diet yang rendah kalori, kemungkinan besar berat yang hilang adalah berat otot dan air, sebab itulah ada sesetengah orang yang berjaya turunkan berat badan tetapi menghadapi masalah badan menggeleber.

Jadi peranan leucine ini sangat penting untuk orang yang nak kurus. Leucine ini akan pelihara otot badan kita, bakar lemak yang tidak di perlukan oleh badan dan buang lemak yang tidak di perlukan oleh badan. 
 
Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com 
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment