"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 15 December 2014

Masker Vitamin C dan Alfalfa

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Monday!

Selamat pagi dan selamat kembali bekerja. Ada yang tak suka hari Isnin? Scroll newsfeed di facebook ramai yang mengeluh bila tiba hari Isnin. Rutin saya pula seperti biasa, selepas suami keluar ke pejabat, siapkan rumah, kemas mana yang patut, update facebook, update blog, basuh baju, jemur baju dan tunggu Muhammad Fateh bangun, uruskan dia dan buat kerja lagi.

Dulu masa zaman kerja dan belajar, saya juga kurang suka dengan hari Isnin. Bila aktif Shaklee dan follow Master-master, mereka selalu ingatkan jangan sesekali bawa aura negatif ke dalam diri. Negatif means mengeluh, bagitahu kita tak suka itu tak suka ini, selalu marah-marah, selalu fokus masalah dan seumpamanya.

Nak tahu sebab apa?

Sebab bila kita selalu negatif, aura negatif akan terpalit sama pada kita. Memang saya perasan, dulu bila merungut tentang sesuatu, akan ada yang masuk menambah rencah. Yang nasihat kat kita pula kita rasa macam dia nak kondem kita. Pernah tak kalian rasa macam tu?

Pesan mentor saya, buat sesuatu dengan gembira kerana aura gembira (positif) akan terpancar pada kita dan kita akan menarik orang-orang positif sahaja ke arah kita. Cerita kan yang indah-indah saja, yang tak elok simpan saja. InsyaAllah ramai yang akan suka berkawan dengan kita. :-)

Panjang pula mukaddimah. Back to the topic, pagi ini saya sempat bermasker sementara anakanda masih tidur. Jadi pengguna Shaklee memang untung sebab supplement yang kita makan juga boleh di buat masker. Bila gabung dua-dua ni memang kesannya lagi terbaik.

Sebenarnya banyak lagi vitamin yang kita boleh buat masker, tapi dalam banyak-banyak vitamin, saya paling suka Vitamin C dan Alfalfa. Jerawat mudah kecut bila selalu buat masker ni tapi jangan buat tiap hari sebab Vitamin C boleh buat kulit jadi kering.

Jom tengok step by step nak buat masker ni.

Masker Vitamin C & Alfalfa - Step by step 

1. Ambil 1/3 biji Vitamin C dan 2 biji Alfalfa Complex.

2. Pecah-pecahkan bagi kecik. (saya potong pakai pisau)

3. Hancurkan dengan belakang sudu sampai jadi serbuk.

4. Letak air sikit

5. Biarkan beberapa minit sampai vitamin C dan alfalfa kembang.

6. Dah kembang, lumur pada muka dan tunggu hingga kering.

7. Dah kering, boleh bilas dengan air bersih. Masa bilas tu gosok-gosok lembut buat ala-ala skrub.

8. Dah siap. ^_^

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment