Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa gambar aktiviti hari minggu kami bersama master-master Shaklee (
klik sini), tetapi terasa tidak lengkap pula bila saya hanya biarkan gambar yang berkata-kata. :-)
Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, Master Coordinator adalah pangkat tertinggi dalam Shaklee. Oleh itu pastinya, seorang yang menjadi Master Coordinator adalah seorang yang sangat hebat.
Saya sudah lama mengenali Shaklee malah pernah menggunakan produk Shaklee seawal tingkatan dua. Oleh kerana saya agak skeptikal dengan syarikat MLM, saya cuma menggunakan produk Shaklee sekerat jalan.
Entah mengapa saya agak kurang selesa dengan cara sesetengah leaders bussiness MLM. Cara mereka bersosial, selalu tunjuk duit, selalu tunjuk kereta, pemakaian, segalanya tak kena pada mata saya, dan semestinya itu bukan jiwa saya.
Tetapi bila saya terjebak dalam Shaklee, saya sangat kagum, bangga dan dalam masa yang sama admired dengan sesetengah leader Shaklee.
Perkara pertama sebelum saya mendaftar sebagai SID adalah saya follow blog-blog SID yang aktif. Subhanallah, saya jumpa Master Coordinator yang sangat menjaga aurat, bertudung labuh malah ada yang berpurdah. Saya follow facebook mereka dan ternyata mereka sangat berbeza dengan peniaga MLM yang saya jumpa sebelum ini.
Cara mereka sharing, ingatkan tentang amalan rohani, betul-betul buat saya lembut hati. Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk menyertai mereka :-)
Saya cerita serba sedikit tentang empat master hebat ini ya :-)
Master Nini Nisrin.
Ini nenek Shaklee saya. Baru berumur 29 tahun. Permulaan beliau dengan Shaklee adalah melalui set mengandung Shaklee. Awal berkahwin terpaksa berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerja. Kerana kasihankan suami yang terpaksa berulang alik setiap minggu dari Perlis ke Kelantan, beliau ambil keputusan untuk resign.
Beliau menjadi suri rumah tangga yang menjalankan pelbagai bussines dari rumah. Kopiah kait, kerepek, baju kanak-kanak, cloth diapers adalah antara produk beliau waktu tu. Asbab dari set mengandung Shaklee yang memberi kesan positif kepada beliau, beliau terus aktif menyebarkan kebaikan Shaklee.
Hari ini Master Nini bukan sahaja berjaya bantu keluarganya malah berjaya memberi inspirasi kepada downlinesnya dalam mengejar impian. Terima kasih kak Nini. Banyak jasa kak Nini pada Ana. :-)
Master Farah Wahida.
Bekas jururawat IJN ini merupakan kakak kepada kawan baik dunia akhirat saya. Arwah ayah Master Farah adalah Ustaz saya waktu zaman sekolah rendah. Bukan saya sahaja malah Ustaz kepada 8 orang adik beradik saya. Impian Master Farah ketika dahulu adalah untuk bekerja di IJN supaya ayah beliau boleh mendapat rawatan terbaik dan doktor terbaik di IJN bila usia meningkat.
Perancangan Allah ternyata mengatasi perancangan manusia. Ayah Master Farah meninggal kerana serangan jantung waktu Master Farah masuk tahun kedua bekerja di IJN. Lebih memilukan hati, mereka sekeluarga langsung tidak tahu bahawa arwah ayah mereka menghidap sakit jantung. Sedih bukan?
Dugaan yang di terima bukan terhenti di situ malah bertimpa-timpa. Waktu slot Master Farah semua peserta menangis. Saya lebih lagi bila arwah ayah yang Master Farah ceritakan adalah ustaz saya. Teringat waktu darjah lima selepas tamat peperiksaan akhir tahun, ustaz selalu masuk kelas bercerita tentang kisah nabi. Semua akan mengelilingi ustaz dan mendengar dengan penuh minat. Waktu itu selalu tak sabar-sabar mahu ke sekolah mendengar kisah nabi dari ustaz.
Hari ni walaupun ustaz dah tiada, ustaz mesti bangga kerana berjaya kerana mendidik seorang anak yang sangat bertanggungjawab dan menyayangi keluarga seperti Master Farah.
Master Ummu Durrah.
Master paling glamor di dunia facebook. Aura beliau sangat tinggi malah tak sah kalau jual Shaklee tapi tak kenal Ummu Durrah.
Sebelum aktif Shaklee beliau adalah pegawai JKM yang juga aktif berniaga online. Income beliau waktu itu adalah sekitar RM 10k. Walaupun income lumayan, tetapi beliau tak capai kepuasan dalam berniaga. Dapat 10k sorang-sorang, buat bussiness packing order sampai 3-4 pagi, tiada masa dengan anak dan akhirnya beliau letih dengan rutin harian.
Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja tetapi perlu patuhi syarat dari suami, syaratnya boleh resign bila income dari bussiness adalah RM 10k. Atas pujukan Master Farihah (upline Master Ummu Durrah), beliau bersetuju hanya sebulan percubaan untuk aktif Shaklee. Bulan pertama beliau berjaya menggenggam income empat angka sekaligus melonjak ke rank
Supervisor. Bulan ketiga aktif Shaklee, income beliau mencapai RM 10k, dan beliau resign serta merta.
Berniaga untuk menyelesaikan masalah orang, Master Ummu Durrah berjaya mendaki rank
Master Coordinator dalam masa 14 bulan sahaja aktif Shaklee. Kini Master Ummu Durrah telah berjaya melahirkan ramai leader Shaklee yang mengenggam bonus 4 - 5 angka di bawah empayar beliau sekaligus menyebabkan suami beliau terpaksa resign dari makan gaji.
Master Farizan Mazlan
Master dari Terengganu. Datang ke Shah Alam semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan kami. Beliau masih bujang dan merupakan sepupu kepada suami Master Farah.
Sebelum aktif Shaklee beliau hidup dengan oven. Beliau aktif berniaga pelbagai jenis roti dan kek. Oleh sebab sepanjang masa menghadap oven, kulit tangan beliau menghadapi masalah.
Master Farah mencadangkan sejenis supplement Shaklee untuk beliau cuba dan Alhamdulillah supplement itu berkesan untuk beliau. Asbab dari situ, beliau mengambil keputusan untuk aktif menyebarkan kebaikan Shaklee.
Bas adalah rumah kedua bagi Master Farizan bermula dari beliau aktif Shaklee. Setiap kali ada program Shaklee di mana-mana negeri, beliau tak pernah bagi alasan untuk tidak hadir.
Cintanya beliau pada ilmu, adillah kalau pangkat Master dapat beliau genggam walaupun seorang diri tanpa sokongan suami. Tahniah Master, kalau Master yang bujang boleh berjaya, apatah lagi orang yang berkahwin, mesti lagi-lagi boleh berjaya. :-)
Anda pula bagaimana? Dengan kos hidup semakin meningkat, kita tiada pilihan selain memilih perniagaan sebagai satu cabang menjemput rezeki. Untuk berjaya dalam bussiness, kita mesti menghasilkan produk yang hebat. Shaklee produk yang bertapak lebih 50 tahun dan masih kukuh sehingga sekarang. Bertindak sekarang untuk ubah hidup anda kemudian hari.
Nak dapatkan produk Shaklee atau ingin memulakan bussiness Shaklee? Saya sedia guide anda supaya kita sama-sama berjaya.
Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.