"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 30 October 2014

Tomyam Thai pekat

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bismillahirrahmanirrahim..posting ini adalah percubaan pertama saya update blog menggunakan hp. Dah lama install apps ni, hari ni laptop buat hal, terrasmi lah apps blogaway ini. Nanti kita view hasilnya macam mana ya. ^_~

Pagi ini saya nak kongsikan satu resepi. Tomyam ini walaupun asalnya dari Thailand, pergi ke mana-mana restoran Melayu di Malaysia, pasti ada tomyam. Betapa sinonimnya kita dengan tomyam, takda tomyam rasa tak lengkap pula kan.

Resepi tomyam ini dari ummi saya. Biasanya saya buat dalam kuantiti besar sebab kami family besar, tapi kali ini saya buat untuk 3 orang makan sahaja. Hasilnya saya dapat kuah yang lagi pekat. Memang puas hati bila suami puji dan menambah-nambah walhal suami bukan penggemar tomyam.

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan :

(Bahan blend)
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar holland

(Bahan tumbuk)
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi - boleh tambah jika suka pedas

(Bahan lain)
500g ayam @ daging
2 batang serai
2 inci lengkuas
4 helai daun limau purut
Pes tomyam adabi
1 sudu besar pes cili Thai
1 senduk susu pekat manis
2 biji limau nipis - ambil jus
Tomato, bunga kobis, bawang besar, carrot dll

Cara-cara:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan blend.
2. Tunggu sehingga bahan blend menggelegak dan masukkan ayam.
3. Selepas menggelegak dan ayam sudah masak, masukkan serai dan lengkuas.
4. Tambah air, masukkan daun limau purut, pes tomyam adabi, pes cili Thai dan susu pekat manis.
5. Perasakan garam dan gula.
6. Masukkan bahan sayuran.
7. Tutup api. Tambah jus perahan limau nipis.
8. Siap dan sedia untuk di nikmati.

Selamat mencuba.
Thanks for reading.
^_^


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment