Mesin basuh ummi yang total load 10 kg buat hal lagi. Dah banyak kali dah mesin basuh tu di hantar untuk repair. Padanlah dengan usianya yang lebih 10 tahun dah. Saya lupa usia sebenar mesin tu tapi seingat saya, dari saya sekolah rendah lagi mesin basuh tu dah berbakti kepada keluarga saya.
Rumah kami ada dua mesin basuh. Jenama Toshiba 10 kg dan Toshiba 7 kg. Bila mesin basuh 10 kg buat hal, memang baju bertimbun-timbun yang tunggu turn nak basuh. Maklumlah keluarga besar, anak-anak ummi dan abah dah 11 orang, ummi, abah dengan cucu-cucu dan menantu lagi, manala cukup dengan satu mesin basuh yang bersaiz kecil.
Sebelum ni mesin basuh tu mengeluarkan bunyi yang amat kuat bila dalam mode spin. Bunyi tu kuat sangat sampai rumah jiran sebelah pun boleh dengar. Bila time nak spin je ummi akan pesan kat anak-anak duk jauh-jauh dari washing machine, takut meletup. Haha. Selain tu body mesin basuh tu dah ranap. Lasak sangat mungkin. Berbelas-belas tangan yang guna.
Kemudian abah hantar repair. Memandangkan masalah sebenar berpunca dari body mesin yang ranap, si tukang repair ambil keputusan untuk balut body mesin basuh kami dengan zink. Buruk sikit rupanya tapi Alhamdulillah, masalah body ranap dan bunyi bising dah selesai.
Mesin basuh Toshiba 10 kg. yang bahagian warna kelabu tu adalah zink yang support body mesin daripada ranap.
Hari Khamis mesin basuh ummi buat hal sekali lagi, air sentiasa dan berterusan keluar. Setelah berbincang adik-beradik, kami ambil keputusan nak hadiahkan ummi dan abah sebuah mesin basuh. Hari ni kami ke kedai survey mesin basuh yang berkenan di hati dan affordable. Mesin basuh apa?
Jeng
jeng
jenggggg....
Washing Machine Hitachi 11 kg..
Semoga washing machine ini bermanfaat dan memberi khidmat yang terbaik buat ummi tersayang..
Nantikan update dari saya kenapa washing machine ini yang menjadi pilihan kami.
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.
No comments:
Post a Comment