Fateh dah 10 bulan dengan berat 9 kg. Mendukung Fateh dengan berat 9 kg, memang saya tak larat. Memandangkan Fateh lahir secara emergency czer, saya mudah sangat sakit belakang. Dukung Fateh 10minit hingga 15 minit je boleh bertahan, lepas tu give up, mesti last-last terduduk sambil memangku Fateh. Abah Fateh la yang kena mendukung setiap kali keluar.
Rupanya ini sebabnya ibu-ibu tidak di galakkan ambil epidural, kesannya lama kat ibu-ibu. Tapi saya czer, nak tak nak kena ambil juga, takkan nak belah perut hidup-hidup je kan. Huhu ngeri ingat perut kena belah, parutnya sampai ke hari ni masih kelihatan. Fateh pula semenjak lasak ni suka sondol-sondol di bahagian yang kena belah tu, time menyusu pun suka duk tendang-tendang, huhu sakit..
Banyak pulak bercerita pasal kena belah perut. Hari ni keinginan saya membuak-buak nak baby carrier. Hehe. Actually Fateh dah ada stroller. Stroller Fateh tu pilihan ummi nombor satu kot dulu. Walaupun awal-awal suami memang reject stroller tu, saya tak putus asa jugak, tiap-tiap malam duk tilik stroller tu. LUA.. LUA... Haha. Yakin boleh dapat, dan memang Fateh dah dapat stroller tu.
Ada orang berpendapat, " stroller dah ada, buat apa baby carrier lagi, membazir je.. " Sebenarnya bagi saya, baby carrier ni satu keperluan. Bukan nak kata stroller tu tak nak guna dah, tapi stroller ni bukan di semua tempat boleh guna. Kalau pergi mall, stroller ok memang sesuai untuk letak baby dalam tu. Tapi bila urusan yang sekejap-sekejap dan saya keluar dengan Fateh sorang-sorang memang susah nak bawak stroller. Nak keluar beli barang dengan Fateh, bawak stroller lagi, nak tolak troli lagi. Nak dukung je? Lagi susah, nak dukung Fateh lagi, nak pegang barang lagi. Dah la ummi Fateh ni tak boleh dukung Fateh lama-lama. Duk di Kelantan ni takpa la, nak keluar sekejap, Fateh boleh tinggal dekat nek umi Fateh ataupun mak saudara Fateh yang comel-comel ni, dah balik Serdang lepas raya ni memang ummi Fateh dan Fateh kena berdikari dah. Huhu.
Jadi sekarang, ummi Fateh tengah memujuk abah Fateh untuk beli baby carrier untuk Fateh. Bukan apa, kesian dekat suami juga, kadang-kadang bawa Fateh pergi mana-mana tempat yang tak sesuai guna stroller, suami kena dukung. Kadang sehingga berjam-jam. Saya tahu suami lenguh tapi tak nak terus terang dengan saya. Kalau Fateh tidur lagi kesian, mesti lenguh Fateh tido macam tu ja. Kita yang dukung ni nak cari posisi selesa untuk kita, anak yang di dukung tak tahu selesa ke tak.
Minggu lepas, salah seorang sahabat saya di universiti add saya ke dalam group Malaysian Babyweares. Terima kasih kepada beliau, Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat dalam group tu. Untuk pengetahuan pembaca semua, baby carrier terbahagi kepada beberapa jenis. tapi hati-hati, ada baby carrier yang tak selamat dan tak elok untuk tulang baby juga. Yang ni saya kupas di entri lain insyaAllah..Entri ni kita kenali baby carrier yang selamat dulu..Jom kenali jenis-jenis baby carrier. =)
1) Baby Sling menggunakan kain batik lepas
Baby sling menggunakan kain batik lepas.
Gambar ni saya screen shot dari youtube. Boleh klik link ini untuk step-stepnya. Untuk ibu-ibu yang baru nak berjinak-jinak dengan baby carrier boleh cuba menggunakan kain batik lepas ini dulu. Jimat dan senang. Saya dah cuba dan memang lebih selesa kendong menggunakan kain batik daripada dukung biasa.
2) Soft Structure Carriers (SSC).
SSC Boba 4g
Ini adalah Soft Structure Carrier. Based on review ibu-ibu yang guna SSC, SSC ini lebih senang nak guna. Setakat ini, SSC adalah target saya. Harga boleh tahan mahal. Berbelanja lebih untuk keselesaan anak apa salahnya kan.
3) Baby Wrap
Baby Wrap
Baby wrap ini menggunakan kain sepanjang 5 meter. Kain ini akan di lilit pada badan ibu. Orang gaji rumah kami dari Indonesia dulu guna baby wrap ini sewaktu adik kami kecil. Memang senang nak buat kerja. Boleh klik link ini untuk lihat cara menggunakannya.
4) Ring Sling.
Ring Sling
Untuk demo cara menggunakannya boleh klik link ini. Ring sling ini ibu-ibu boleh jahit sendiri tau, beli kain dan ring untuk carrier baby. Lebih menjimatkan dan murah. Yang penting selamat dan selesa untuk baby.
5) Mei Tai
Mei Tai
Mei Tai. Tempat duduk baby seakan-akan SSC tapi Mei Tai kena lilit dan ikat sendiri. Boleh carry depan, belakang dan sisi. Boleh klik link untuk cara penggunaannya.
Mungkin ada yang saya tertinggal? Baby carrier di atas mostly boleh carry depan, belakang dan sisi. Boleh tengok di youtube, banyak video yang menunjukkan cara menggunakan baby carrier ini. Berdasarkan pembacaan saya, contoh-contoh ini adalah carrier yang selamat untuk baby dan of course kena belajar cara yang betul menggunakannya.
Di harap info ini boleh memberi manfaat buat pembaca sekalian.
Thanks for reading !
Semoga bermanfaat...
^_^
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.
No comments:
Post a Comment