Akhir-akhir ni saya perhatikan, susu perahan saya dah tak semeriah dulu. Kalau biasa pam boleh dapat 8oz hingga 12oz, sekarang pam pagi cuma dapat 6oz. Lebih merisaukan saya bila sesi perahan tengahari cuma dapat 2oz. Fateh minum sehari 14oz EBM, tak cukup kalau ini hasil saya setiap hari. Walaupun stok EBM bertimbun dalam freezer, lama-lama berterusan begini, EBM akan susut juga.
Sebenarnya, hasil kurang ni salah saya juga. Saya sangat banyak skip sesi perahan dua tiga minggu belakangan ni. Kadang-kadang terlalu melayan perasaan malas. Bila tengok stok EBM banyak lagi, lagi la suka duduk dalam keadaan selesa. Bila EBM dah tinggal sikit, kelam kabut nak kumpul stok balik.
Jadi hari ni saya nak berkongsi tentang Power Pumping. Saya yakin ramai ibu yang dah tahu tentang teknik ini. Ini adalah teknik yang saya guna bila hasil perahan semakin berkurang.
Apa itu Power Pumping?
Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang meniru gaya menyusu bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu.
Siapa perlu buat Power Pumping?
1) Ibu yang kekurangan susu.
2) Ibu yang menyusukan anak angkat.
3) Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
Cara buat Power Pumping
Single Pump :
Pam sebelah kanan 10 minit.
Kemudian pam sebelah kiri 10 minit.
Tukar ke sebelah kanan 10 minit.
Dan ulang untuk seterusnya sehingga cukup tempoh 1 jam.
Double Pump :
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit.
Berhenti mengepam selama 10 minit.
Sambung semula pam selama 10 minit.
Dan ulang langkah seterusnya sehingga cukup tempoh 1 jam.
Saranan waktu Power Pumping
Waktu terbaik adalah selepas jam 12 tengah malam hingga sebelum waktu subuh. Ini kerana hormon penghasilan susu adalah tinggi pada waktu ini. Berdasarkan pengalaman saya, bila saya buat Power Pumping selepas jam 12 tengah malam, peningkatan hasil lebih cepat berbanding buat Power Pumping waktu siang.
Berapa lama nak dapat hasil?
Buat Power Pumping perlu banyak bersabar dan konsisten. Nak stimulate susu perlukan masa. Bukan sekali buat Power Pumping boleh dapat penuh satu botol serta-merta. Normal kalau kali pertama buat, susu yang dapat tak sampai satu botol. Malah saya pernah dapat 1oz sahaja semasa mula-mula buat Power Pumping dulu.
Seeloknya Power Pumping di lakukan pada waktu yang sama setiap hari, kerana otak akan mendapat signal menghasilkan susu pada waktu tersebut. Dan ibu-ibu tak boleh stress, kena tenang, ambil makanan yang cukup khasiat, jangan skip makan. Kalau skip makan, dari mana badan kita nak dapat sumber hasilkan susu kan? InsyaAllah kena yakin kita mampu hasilkan susu yang cukup buat anak kita. Yang penting banyakkan berdoa.
Di bawah ni saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang mengaplikasikan teknik Power Pumping dalam masa yang sama mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk hasil yang optimum.
Testimoni 1 :
"Alhamdulillah berkat makan set penyusuan Shaklee dan power pumping hasilnya sangat puas...gambar di bawah adalah perahan kali ke 2 dah boleh dapat hampir 7oz dan perahan setiap hari boleh mencapai 28oz dengan mudah..berbanding sebelumnya hanya mendapat 10-12oz sehari syukur pada Allah atas rezeki yang diberi.."
Testimoni 2 :
"Baru beberapa hari mencuba set penyusuan Shaklee..susu yang dah kering mula dah keluar setitik dua, dalam proses kuatkan lagi wat power pumping mudah-mudahan susu kembali banyak macam sebelum ni..InsyaAllah, bagus jugak Shaklee ni selalu makan banyak vitamin tentu akan cepat lapar je dan masalah sembelit tapi dengan vitamin Shaklee semua lancar..perut pun terasa kenyang..harap-harap dapat la kuruskan badan nanti.."
"Alhamdulillah..lepas 4 hari buat power pumping dan 2 minggu ambil set b, hari ni 1st session pumping kat office dapat almost 7oz.."
Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya SMS atau whatapps di (012-9830242 - Ana)
Thanks for reading !
^_^
No comments:
Post a Comment