Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah tak anda rasa masalah kesihatan anda semakin teruk selepas mengamalkan produk Shaklee? Contohnya ada customer saya mengadu sakit kepala yang melampau bila mengamalkan produk Shaklee. Yang sakit kaki, bertambah sakit kaki pula bila mengamalkan produk Shaklee.
Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat di sebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat di bekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah di lalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Keadaan ini di sebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Di waktu jangkamasa krisis penyembuhan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Jika anda mengalami masalah di atas, jangan risau kerana ia adalah simptom penyembuhan. Teruskan pengambilan vitamin mengikut jadual dan pastikan minum air kosong yang mencukupi.
Thanks for reading !
^_^
No comments:
Post a Comment