"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, 1 October 2014

Kulit cantik dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sudah 7 hari saya konsisten dengan Vivix dan apa yang saya nak katakan, Vivix memang superb. Sebelum ini saya tak pernah amalkan Vivix, Vivix cuma saya hadiahkan pada ummi dan abah sahaja.

Saya terbuka hati mahu mencuba Vivix setelah kulit muka saya bertambah teruk. Kulit muka saya memang dah lama rosak, bermula sewaktu saya tingkatan 2 kerana salah produk. Saya cuba sunblock dari satu produk kerana kulit saya sangat sensitif dengan cahaya matahari. Memang tak boleh kena cahaya matahari langsung, kena beberapa minit sahaja kulit dah jadi macam udang bakar, pedih dan menggelupas.

Selepas beberapa hari menggunakan sunblock berkenaan, kulit saya bertukar menjadi terlalu berminyak dan jerawat bernanah mula tumbuh. Setiap inci muka saya di penuhi dengan jerawat batu bernanah yang besar-besar. Betapa teruknya muka saya waktu tu sampaikan saya tak tengok cermin langsung selama dua tahun.

Perjalanan saya dengan jerawat yang teruk sangat lama dan berakhir selepas saya mengambil antibiotik dari sebuah klinik, bermula saya tingkatan 4 sehingga saya di tahun 1 di USM, almost 4 tahun saya bergantung kepada antibiotik. Alhamdulillah, masalah jerawat bernanah akhirnya sembuh dengan antibiotik.

Belajar di USM, saya ambil bidang kejuruteraan awam. Hampir setiap minggu ada kerja luar yang saya terpaksa attend. Berjemur di bawah terik matahari memang buat kulit saya perit dan pedih. Tetapi pengalaman pahit dengan sunblock buat saya takut mahu menggunakannya lagi sekali. Jadi saya biarkan saja kulit saya hangus, lama-lama menggelupas dan elok dengan sendiri.

Gini la keadaan saya masa zaman belajar dulu. Final year pulak buat research FYP di bendang padi. Memang terbakar habis kulit.

Saya sangkakan kulit hangus, menggelupas dan elok sendiri berakhir di situ, rupa-rupanya, masalah lain pula yang timbul. Kulit saya mula berjeragat. Orang kata, kalau kulit berjerawat tiada jeragat dan sebaliknya, tapi saya dua-dua pun ada. Nak pakai sunblock takut, tak pakai masalah lain pula yang timbul. At last saya biarkan saja, saya fikir dah takdir saya kulit tetap kusam, tak bermaya, tak sekata, berjerawat, berjeragat dan sensitif.

Melahirkan Muhammad Fateh permulaan saya dengan Shaklee. Saya konsisten dengan Shaklee sebab matlamat untuk menyusukan Fateh sepenuhnya. Menariknya, Shaklee adalah vitamin, Shaklee adalah supplement. Bukan saja susu badan bertambah banyak, malah kesihatan saya bertambah baik selepas mengamalkan Shaklee. Bila masuk kerja buat pertama kali selepas bersalin, semua kawan tegur kulit saya bertambah cantik. Di sebabkan perubahan kulit saya ketika itu, ramai yang terbuka hati mahu mencuba Shaklee dengan saya. Best kan? produk sendiri yang berbicara tentang kelebihannya.

Bulan Ramadhan saya sangat risaukan dengan production susu badan saya, jadi saya fokus vitamin untuk tingkatkan susu sahaja. Masuk bulan raya, makan macam-macam yang berminyak dan tak jaga makan, vitamin pun tak konsisten, kulit saya kembali berminyak dan di tumbuhi jerawat. Silap saya sebab tak konsisten. Banyak perkara yang terjadi bulan raya, satu family di serang denggi, pindah rumah, Fateh demam rindu kat abah dia lebih seminggu dan macam-macam lagi sampaikan saya kelam kabut nak menguruskan diri saya sendiri.

Saya kembali konsisten dengan vitamin untuk kulit selepas keadaan kembali normal tapi memandangkan kulit saya sudah galak di tumbuhi jerawat dan berminyak, mungkin nak elokkan kembali kulit perlu mengambil masa. Tambahan pula, saya ada resdung yang teruk. Jadi saya ambil keputusan mencuba Vivix.

Vivix Shaklee

Hari ke 5 konsisten dengan Vivix, suami saya tegur, jerawat makin kecut dan jeragat makin pudar. Alhamdulillah, happy sangat bila suami bagi feedback baik macam tu. Vivix ni sangat bagus untuk kulit dan anti-penuaan. Keistimewaan Vivix adalah ia mampu untuk memperbaiki DNA. Penuaan terjadi di sebabkan kerosakan DNA. Sebab tu minum Vivix boleh buat awet muda.

Ingin tahu banyak lagi kelebihan dan keistimewaan Vivix dan testimoni dari saya sendiri selepas konsiten dengan Vivix? InsyaAllah next entri saya akan ceritakan.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

No comments:

Post a Comment