Pada 5/12 sehingga 21/12 di adakan pesta buku Big Bad Wolf di MIECC, Mines Resort City. Kami berkesempatan ke sana pada hari kedua pesta buku tersebut. Awalnya plan mahu ke IOI City Mall yang baru di buka sebulan yang lepas, tapi last minit tukar plan sebab kawan suami kata, ramaii sangat orang di IOI sampaikan nak berjalan pun tak boleh.
Mines tu dekat je dengan rumah kami. Kalau tak jammed, 20 minit dah sampai, kalau jammed agak makan masa juga. Awal-awal pagi kami bersiap ke sana. Alhamdulillah, sampai di sana parking masih banyak kosong mungkin sebab baru hari kedua pesta buku bermula.
Ini kali pertama saya ke pesta buku Big Bad Wolf. Biasa kalau ke shopping complex kami lebih selesa menggunakan stroller. Oleh sebab kemungkinan suasana yang crowded di sini, kami tak bawa stroller hari ni. Kami berbaby wearing sahaja.
Tarraa..
Saya sebenarnya jarang dukung Muhammad Fateh lama-lama, mungkin kesan epidural semasa saya lahirkan Fateh dulu, pinggang akan rasa lenguh bila dukung Fateh lama-lama. Itu antara sebab saya beli Boba 4g ni, fikir saya masa tu, Boba 4g ini akan memudahkan saya untuk bergerak solo dengan Fateh dan untuk dukung Fateh in case Fateh nak berdukung dengan umminya.
Ni first time saya back carry Fateh di luar. Bila back carry macam ni, tak terasa berat pun menggendong Fateh yang seberat 10 ++ kg ni, rasa macam bawa beg zaman sekolah rendah pula. Fateh pun enjoy dan suka sangat bila saya back carry, boleh tengok sekeliling, pandangan dia tak terhalang.
Pergerakan saya juga lebih mudah. Tak perlu susah-susah cari lift. Anak juga lebih selamat sebab sentiasa melekap dengan kita. Dengan macam-macam kes anak hilang zaman sekarang, kita sebagai ibubapa kena sentiasa alert dengan anak-anak lebih-lebih lagi bila kita ke tempat crowded macam pesta buku ini.
Pergerakan saya juga lebih mudah. Tak perlu susah-susah cari lift. Anak juga lebih selamat sebab sentiasa melekap dengan kita. Dengan macam-macam kes anak hilang zaman sekarang, kita sebagai ibubapa kena sentiasa alert dengan anak-anak lebih-lebih lagi bila kita ke tempat crowded macam pesta buku ini.
Ibu-ibu yang berniat mahu menggunakan baby carrier, pilihlah baby carrier yang ergonomik. Carrier yang ergonomik tidak akan menyakitkan si penggendong dan anak yang di gendong. Nak tahu apa itu carrier yang ergonomik, boleh Google, banyak sangat info tentang baby carrier yang tersedia untuk bacaan ibu-ibu dan bapa-bapa. ;-)
Pi sana memang rambang mata di buatnya. Harga buku memang super duper murah. Nasib baik jumpa dua buah buku resepi sahaja, kalau tak, memang semua saya rembat.
Semua ini tak sampai RM 80 pun. Berbaloi kan?
Mana yang belum sempat ke pesta buku Big Bad Wolf ini, masih ada masa, saya jamin memang sangat berbaloi. Pesta buku ini di buka 24 jam dan tarikh 21/12 tu tarikh selepas di extend 5 hari. Punyala hangat sambutan sehinggakan terpaksa extend. Dan yang plan nak beli buku banyak-banyak, sila bawak troli atau beg roda, lagi senang nak mengusung buku nanti.
Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.
No comments:
Post a Comment