"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 26 May 2014

Power Pumping :: Teknik banyakkan susu ibu

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Akhir-akhir ni saya perhatikan, susu perahan saya dah tak semeriah dulu. Kalau biasa pam boleh dapat 8oz hingga 12oz, sekarang pam pagi cuma dapat 6oz. Lebih merisaukan saya bila sesi perahan tengahari cuma dapat 2oz. Fateh minum sehari 14oz EBM, tak cukup kalau ini hasil saya setiap hari. Walaupun stok EBM bertimbun dalam freezer, lama-lama berterusan begini, EBM akan susut juga.

Sebenarnya, hasil kurang ni salah saya juga. Saya sangat banyak skip sesi perahan dua tiga minggu belakangan ni. Kadang-kadang terlalu melayan perasaan malas. Bila tengok stok EBM banyak lagi, lagi la suka duduk dalam keadaan selesa. Bila EBM dah tinggal sikit, kelam kabut nak kumpul stok balik.

Jadi hari ni saya nak berkongsi tentang Power Pumping. Saya yakin ramai ibu yang dah tahu tentang teknik ini. Ini adalah teknik yang saya guna bila hasil perahan semakin berkurang.



Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang meniru gaya menyusu bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu.

Siapa perlu buat Power Pumping?

1) Ibu yang kekurangan susu.
2) Ibu yang menyusukan anak angkat.
3) Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Cara buat Power Pumping

Single Pump :
Pam sebelah kanan 10 minit.
Kemudian pam sebelah kiri 10 minit.
Tukar ke sebelah kanan 10 minit.
Dan ulang untuk seterusnya sehingga cukup tempoh 1 jam.

Double Pump :
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit.
Berhenti mengepam selama 10 minit.
Sambung semula pam selama 10 minit.
Dan ulang langkah seterusnya sehingga cukup tempoh 1 jam.

Saranan waktu Power Pumping

Waktu terbaik adalah selepas jam 12 tengah malam hingga sebelum waktu subuh. Ini kerana hormon penghasilan susu adalah tinggi pada waktu ini. Berdasarkan pengalaman saya, bila saya buat Power Pumping selepas jam 12 tengah malam, peningkatan hasil lebih cepat berbanding buat Power Pumping waktu siang.

Berapa lama nak dapat hasil?

Buat Power Pumping perlu banyak bersabar dan konsisten. Nak stimulate susu perlukan masa. Bukan sekali buat Power Pumping boleh dapat penuh satu botol serta-merta. Normal kalau kali pertama buat, susu yang dapat tak sampai satu botol. Malah saya pernah dapat 1oz sahaja semasa mula-mula buat Power Pumping dulu.

Seeloknya Power Pumping di lakukan pada waktu yang sama setiap hari, kerana otak akan mendapat signal menghasilkan susu pada waktu tersebut. Dan ibu-ibu tak boleh stress, kena tenang, ambil makanan yang cukup khasiat, jangan skip makan. Kalau skip makan, dari mana badan kita nak dapat sumber hasilkan susu kan? InsyaAllah kena yakin kita mampu hasilkan susu yang cukup buat anak kita. Yang penting banyakkan berdoa.

Di bawah ni saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang mengaplikasikan teknik Power Pumping dalam masa yang sama mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk hasil yang optimum.

Testimoni 1 :

"Alhamdulillah berkat makan set penyusuan Shaklee dan power pumping hasilnya sangat puas...gambar di bawah adalah perahan kali ke 2 dah boleh dapat hampir 7oz dan perahan setiap hari boleh mencapai 28oz dengan mudah..berbanding sebelumnya hanya mendapat 10-12oz sehari syukur pada Allah atas rezeki yang diberi.."


Testimoni 2 :

"Baru beberapa hari mencuba set penyusuan Shaklee..susu yang dah kering mula dah keluar setitik dua, dalam proses kuatkan lagi wat power pumping mudah-mudahan susu kembali banyak macam sebelum ni..InsyaAllah, bagus jugak Shaklee ni selalu makan banyak vitamin tentu akan cepat lapar je dan masalah sembelit tapi dengan vitamin Shaklee semua lancar..perut pun terasa kenyang..harap-harap dapat la kuruskan badan nanti.."



 Testimoni 3 :

"Alhamdulillah..lepas 4 hari buat power pumping dan 2 minggu ambil set b, hari ni 1st session pumping kat office dapat almost 7oz.."



Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya SMS atau whatapps di (012-9830242 - Ana)

Thanks for reading !

^_^

Wednesday, 21 May 2014

Mitos dan Fakta :: Makanan terlarang semasa berpantang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tiba-tiba hari ni saya rasa nak share tentang amalan pemakanan semasa berpantang. Orang Melayu terutamanya orang-orang tua sangat strict dengan pantang. Kebetulan seorang saudara rapat saya baru bersalin. Sedih saya tengok makanan pantang dia. Nasi kosong berlaukkan ikan bakar semata-mata. Tiada buah atau sayur pun.

Alasan tak bagi takut 'urat'. Nasi pun letak sikit je dalam pinggan, dah la tak boleh tambah, letak sikit, lauk ikan semata-mata, dari mana agaknya si ibu nak dapat tenaga dan khasiat untuk menyusu baby? Tak ada fiber, tak hairan kalau ramai ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit ketika berpantang.

Bagi mereka yang berpantang, sebaiknya tahu beberapa perkara fakta dan mitos semasa berpantang.

Mitos 1 : Tak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana sejuk untuk badan
Fakta : Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan penyembuhan luka. Sayuran hijau mempunyai klorofil yang membantu meransang pembentukan sel darah merah pada pesakit anemia.



Mitos 2 : Minum air dengan banyak boleh menyebabkan perut buncit
Fakta : Orang dewasa di galakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan sembelit, menstabilkan suhu badan dan membantu pengeluaran susu ibu dengan baik. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Bayangkan keadaan anda ika anda cuma minum 1 liter atau kurang dalam sehari.



Mitos 3 : Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan bisa
Fakta : Sebenarnya jika tiada alergi, ia boleh di makan untuk mendapatkan sumber protein. Tidak semua orang mengalami alergi dengan makanan laut.

Mitos 4 : Makan telur menyebabkan luka bernanah
Fakta : Nanah di sebabkan oleh jangkitan kuman. Telur adalah sumber protein yang baik dan bagus untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 21mg Kolin. Kolin penting untuk wanita hamil kerana ianya berperanan untuk pembentukan otak janin dan memberi kesan kepada memori selepas bayi di lahirkan.



Mitos 5 : Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat
Fakta : Sebenarnya makanan tersebut adalah sumber karbohidrat yang boleh menggantikan nasi.

Sebenarnya banyak lagi pantang larang pemakanan orang-orang tua, pendek kata bila berpantang,makanan yang orang tak nak makan tu la ibu-ibu bersalin kena makan. Penting untuk ibu dalam pantang makan makanan cukup khasiat. Kalau ambik makanan tak cukup zat, susu badan pun boleh kering.

Doktor pun melarang ibu-ibu bersalin terlalu berpantang makan. Kurang zat boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu mudah letih. Pengalaman berpantang saya pula, saya makan semua kecuali makanan laut dan makanan yang saya alergik dan air sejuk. Alhamdullillah..luka saya seminggu dah kering.( klik untuk baca pengalaman berpantang saya).

Thanks for reading !

^_^


Tuesday, 20 May 2014

Demam Campak :: Petua dan Tips anak demam campak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Khamis lepas, semasa jemput Fateh dari rumah Cik Ti (Pengasuh Fateh),  Cik Ti kata Fateh nak kena demam campak. Bubur nasi yang saya bekalkan pun Fateh tak nak makan, susu pun tak habis minum. Masa saya pegang Fateh, badan Fateh memang panas luar biasa.

Balik rumah tunjuk kat ummi, ummi kata badan Fateh lemah. Ada sikit bintik-bintik merah di tangan Fateh. Kebiasaannya maghrib Fateh akan menyusu sampai tertidur. Tapi hari ni Fateh tak nak menyusu. Bila menyusu, automatik Fateh lepas, nampak muka Fateh macam menahan pedih.

Malamnya abah Fateh datang jemput balik rumah nenek Fateh belah abah Fateh. Fateh nampak dah mula meragam. Nak berdukung je dia. Pastu menangis. Bagi susu tak nak. Ummi nak dukung pun tak nak. Nak dengan abah je. Bila cek, rupanya dalam mulut Fateh ada ulser. Patutla tak nak minum susu. Anak ummi sakit rupanya.

Malam tu Fateh tak nak tidur, mungkin tak selesa. Bila abah Fateh gosok-gosok belakang badan baru dia tidur. Berhenti gosok, menangis balik. Jawabnya ummi dan abah gilir-gilir gosok belakang Fateh. Dan semalaman Fateh tak lena tidur.

Pagi Jumaat semakin banyak bintik-bintik merah yang timbul di belakang badan Fateh. Fateh pun nampak makin tak selesa. Badan pun semakin panas dan lemah, risau ummi. Petua orang-orang tua, baby yang kena demam campak, tak perlu bagi ubat sebab kalau bagi ubat, campaknya makin lambat nak keluar dan makin lambat nak sembuh.

Ahad dan Isnin walaupun Fateh dah nampak makin sihat, saya cuti juga, tak sanggup rasanya tinggalkan Fateh masa dia kurang sihat. Isnin kami berkesempatan bawak Fateh jumpa doktor. Tak rancang sebenarnya tapi sebab Isnin tu Fateh check up 9 bulan, bila nurse check, nurse mintak refer ke doktor.

Alhamdulillah, doktor kata Fateh kena demam campak yang ringan je. Sebab badan Fateh dah kuat. Bayi susu ibu memang kuat imunisasinya. Jadi doktor bagi Fateh ubat makan je. Untuk kurangkan gatal-gatal. Biasanya doktor akan bagi losyen untuk sapu, namanya Calamine Lotion tapi bila doktor tahu yang saya dah sapu Herbal Blend kat badan Fateh dan doktor nampak krim tu sesuai untuk Fateh, doktor mintak saya continue sapu Herbal Blend je kat Fateh.

Alhamdulillah hari ni Selasa, Fateh dah makin sihat. Saya kongsi sedikit info berkenaan demam campak ;

Penyakit campak atau lebih di kenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang di sebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk.

Gejala penyakit :

  • Demam dengan suhu yang tinggi serta selesema.
  • Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
  • Ruam tumbuh pada badan
  • Rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh

Langkah pencegahan :
  • Iminisasi campak
  • Hadkan pergaulan

Cara mengubati :
  • Mandikan pesakit dengan air kelapa muda
  • Berbaring di atas daun semambu
Sumber : Wikipedia


Ada orang kata, demam campak ni boleh berlarutan selama seminggu. Alhamdulillah Fateh sekejap je. Walaupun bintik-bintik merah masih ada lagi, tapi Fateh tak menggaru-garu dan tak meragam, aktif je main. 

Antara tips dan petua yang saya amalkan adalah ;


Mandikan Fateh dengan Basic H. Selepas pertama kali mandikan Fateh guna Basic H, Fateh dah tak menangis dan tak meragam lagi.


Saya guna krim ini untuk sapu pada seluruh badan Fateh. Kali pertama guna, Fateh dah kurang menggaru dan kurang menangis, tapi selepas beberapa jam Faeh kembali menangis. Bila saya gabungkan penggunaan Herbal Blend dan Basic H, campak Fateh nampak semakin cepat recover.


Berminat ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya sms atau whatapps di (012-9830242- Ana)

Thanks for reading !

^_^

Thursday, 15 May 2014

Selamat Hari Ibu : Ummi Pauziah bt Che Hashim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Ibu..


Ahad lepas, posting di facebook penuh dengan ucapan hari ibu. Hari ini baru berkesempatan nak update blog berkenaan hari ibu. Terlewat? Bagi saya tak ada istilah terlewat sebab hari-hari kita kena berterima kasih pada ibu. Jasa ibu tidak ternilai pada anak-anak.

Saya bersyukur di kurniakan seorang ibu yang hebat. Pada saya, beliau ibu paling hebat di dunia. Membesarkan anak seramai 11 orang dan sekarang masih bekerja sebagai guru. Ummi guru yang di sayangi pelajar-pelajarnya. Tidak hairan bila rumah terbuka Aidilfitri kami di adakan, 60% dari tetamu yang berkunjung ke rumah kami adalah pelajar ummi. Suami saya pun bekas pelajar ummi juga dulu.. ^_^

Saya lebih menghargai seorang ibu bila saya dah bergelar ibu. Sakit perit ketika mengandung dan melahirkan, hanya ibu yang mengerti. Punya anak seorang sudah kelam kabut nak uruskan rumah tangga. Apatah lagi dengan 11 orang anak seperti ummi.

Hubungan kami adik-beradik dengan ummi bagaikan sahabat. Kami share segala-galanya dengan ummi. Impian saya yang paling besar sekarang adalah untuk membahagiakan ummi dan abah saya. Di umur 50++ tahun ummi dan abah masih lagi bekerja. Saya tahu ummi dan abah sudah bekerja keras sejak kami masih kecil untuk membesarkan kami adik-beradik. Mereka sudah letih. Giliran saya pula untuk berbakti kepada mereka.

Ummi dan abah salah satu push factor saya dalam Shaklee. Saya tahu saya tak akan kaya dengan makan gaji. Saya tahu saya hanya akan kaya dengan berniaga. Dan ini jalan yang saya pilih untuk ummi dan abah saya dalam masa yang sama saya boleh memberi nilai kepada kehidupan orang lain.



Ummi, semoga Allah panjangkan usia ummi supaya Ana boleh berbakti kepada ummi..

Terima kasih ummi. Jasa ummi tak ternilai. Sayang ummi selamanya..

Tuesday, 13 May 2014

Beza Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Sebelum saya menjadi pengguna Shaklee, saya tak tahu yang vitamin ni sebenarnya ada vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Ingatkan sama ja semua vitamin ni, sebab tu dulu, saya tak suka beli-beli vitamin macam Shaklee ni. Dah la kena beli di cawangan Shaklee je, nak murah kena daftar ahli pulak. Baik beli vitamin biasa kat farmasi je. Kan senang. Mana-mana farmasi ada. Sama ja fungsi vitamin tu. Brand ja yang lain.

Tapi tu dulu, sekarang saya setia dengan vitamin Shaklee. Saya pernah makan iron tablet semasa mengandung. Kesannya saya mengalami sembelit yang teruk. Makan tembikai, salad dan betik pun masih lagi sembelit teruk. Kalau di kira dengan badan saya, tiga jenis buah dan sayuran tu memang agen detoks saya yang berkesan. Pastu serik, tak apa la tak makan vitamin pun, seksa tau kena sembelit, silap-silap boleh jadi buasir.

Semasa menyusu saya ambik vitamin Shaklee. Antaranya Vitalea Iron Formula. Vitalea ni pun iron tablet juga tau. Yang bestnya, saya tak kena sembelit malah kurang letih dan cergas sepanjang hari. Lepas dah guna berbulan-bulan baru perasan, rupa-rupanya vitamin yang saya ambil ni pun iron tablet, tapi tak kena sembelit pun. Sejak hari tu, saya jatuh cinta dengan Shaklee dan mula belajar mengenali produk Shaklee.

Sebenarnya ada beza vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ni, nak tahu apa? Jom kita ikuti perbezaan mereka :

1. Sumber 

  • Vitamin Semulajadi di hasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang di perlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya vitamin C semualajadi diperolehi dari pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.
  • Vitamin Sintetik di hasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-melekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh di hasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dengan badan
  • Vitamin Semulajadi di hasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberi kesan yang lebih baik.
  • Vitamin Sintetik walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan. Contohnya ada vitamin B Complex sintetik menggunakan tar untuk menurap jalan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan vitamin. Scary kan.

3. Harga
  • Vitamin Semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
  • Vitamin Sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya di beri percuma sahaja.

4. Kesan kepada tubuh badan
  • Vitamin Semulajadi tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu walaupun bahan itu bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak di serap dengan sempurna akan di simpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang.
  • Vitamin Sintetik, oleh sebab pembuatanya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk solo. Misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Jadi kita pelru ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain.

5. Kesan jangka masa panjang
  • Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang di nyatakan di atas (vitamin semulajadi).
  • Vitamin Sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang. Salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang di lakukan dalam proses penghasilannya.
Kredit sumber : Vitamin Semulajadi

Berminat ingin mencuba vitamin Shaklee?
Hubungi saya sms atau whatapps di (012-9830242-Ana).

Thanks for reading !
^_^

Wednesday, 7 May 2014

Krisis Penyembuhan @ Healing Crisis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tak anda rasa masalah kesihatan anda semakin teruk selepas mengamalkan produk Shaklee? Contohnya ada customer saya mengadu sakit kepala yang melampau bila mengamalkan produk Shaklee. Yang sakit kaki, bertambah sakit kaki pula bila mengamalkan produk Shaklee.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat di sebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat di bekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah di lalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini di sebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Di waktu jangkamasa krisis penyembuhan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.

























Jika anda mengalami masalah di atas, jangan risau kerana ia adalah simptom penyembuhan. Teruskan pengambilan vitamin mengikut jadual dan pastikan minum air kosong yang mencukupi.

Thanks for reading !

^_^

Sunday, 4 May 2014

Pengalaman Menyusu Muhammad Fateh

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Semakin hari aktiviti menyusu semakin menyeronokkan. Apatah lagi bila lihat anak kita semakin membesar dengan air susu kita sendiri. Syukur Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk saya menyusukan anak dengan susu sendiri. Sesungguhnya susu ibu ni banyak kelebihannya sebab itulah di terangkan dalam Al-Quran tentang penyusuan susu ibu ini.


NIAT UNTUK MENYUSU BABY

Semenjak belum mengandung lagi saya dah tanam azam mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Malah ummi saya selalu pesan,

"Nanti bagi susu ibu, banyak khasiatnya yang tiada pada susu formula." 

Fateh lahir melalui emergency czer. Sewaktu di hospital, awal-awal bersalin Fateh sudah di beri susu formula. 


KURANG ILMU PENYUSUAN

Saya selalu baca tentang kolostrum. Tapi tahu secara teori sahaja. Patutla orang bercakap berdasarkan pengalaman. Walaupun saya tahu cecair yang mula-mula di hasilkan adalah kolostrum, tetapi saya agak panik bila nampak cecair kekuningan yang keluar, bukannya warna putih susu. Lagipun cecair kuning tu keluar setitik-setitik, bukan memancut macam susu dari botol susu.

Masalah saya timbul bila saya di benarkan keluar dari hospital pada umur Fateh 3 hari. Fateh menangis. Bagi susu pun menangis. Lepas menyusu pun menangis lagi. Masa tu saya tak tahu Fateh tak pandai nak melekap dengan betul. Saya tanya ummi, ummi kata

"Baby semua pandai melekap, Allah dah jadikan susu ibu untuk baby."

Saya pegang kata-kata ummi. Ummi dah ada 11 orang anak, mesti ummi lagi tahu sebab based on pengalaman. Rupa-rupanya situasi saya dengan ummi tak sama. Anak-anak ummi lahir je terus direct feeding sedangkan Fateh 3 hari di berikan susu formula sepenuhnya. Fateh dah keliru puting. Dia tak pandai nak melekap sebab sebelum ni dah di biasakan minum botol.


Tak tahan dan kasihan tengok Fateh yang menangis kelaparan, akhirnya  saya benarkan Fateh di beri susu formula lagi. Betul Fateh lapar, sekejap je habis 1 oz susu Fateh minum.

Malam tu saya tak dapat tidur. Bengkak susu. Sakit sebab czer tak habis lagi, di tambah pula dengan bengkak susu. Saya kejutkan Fateh minum susu, Fateh tetap tak nak. Akhirnya bagi botol lagi walaupun baju dah basah lencun dengan susu.


SUSU SEMAKIN KERING

Situasi ini berterusan sehingga saya dapat rasakan yang susu saya semakin kering. Fateh tak puas menyusu walaupun semalaman Fateh minum botol. Fateh tak nak susu ummi, Fateh nak minum botol je. Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Sedih anak sendiri reject susu kita. Rasa macam tak di perlukan pun. Malam-malam bila baby menangis nak susu, saya tak bangun pun dukung baby, tapi saya pun menangis sama kat tepi katil.

Suami tahu saya sedih, malam-malam suami akan urut belakang saya bagi susu keluar dengan lancar. Masa baby direct feeding pun suami akan urut belakang saya. Tapi penghasilan susu tetap tak bertambah.

Satu malam, saya perasan Fateh mengalami kembung perut. Kasihan tengok dia, menangis sampai merah-merah muka, selalu minta susu, habis minum muntah, minta susu lagi, muntah lagi. Sebab kesian dekat Fateh, suami telefon tukang urut dan meminta tukang urut datang malam itu juga. Masa tu hari ke 19.


AMBIL MILKBOOSTER

Tiga kali berurut, susu saya masih tak banyak seperti yang saya nak. Macam-macam saya makan untuk banyakkan susu. Saya google dan semua saya try untuk banyakkan susu. Power pumping, milkbooster, pil penggalak susu, tapi macam tak ada improvement. Memang bila saya google banyak keluar Shaklee tapi saya nak banyakkan susu secara semulajadi, saya tak nak makan supplement, telan pil semua tu.

Sampailah tukang urut cakap pada suami saya, saya memang jenis orang tak ada susu, makan apa pun memang susu tak ada. Saya memang kecewa. Saya tak percaya apa yang tukang urut tu kata. Bagi saya semua ibu yang lahirkan anak boleh produce susu, Allah SWT dah jadikan macam tu. Lembu pun ada susu, tak kan manusia tak ada susu.


MULA MENCUBA SHAKLEE

Saya rasa sangat tercabar masa tu, malamnya saya minta suami mesej kawan satu lab dengan dia yang jual Shaklee. Saya beli trial pack set B dari kawan suami. Saya memang ada rasa putus asa dah tapi saya just go on makan Shaklee. At least kalau susu tak banyak, saya boleh ubat rasa bersalah pada Fateh sebab saya dah berusaha sehabis daya untuk bagi susu ibu pada Fateh.


FATEH SUKA MINUM SUSU IBU

Seminggu kemudian suami tanya.

"Macam mana rasa lepas makan Shaklee? ".

Saya mengaku saya masih ada EGO tak nak percayakan supplement, tapi bila suami tanya, saya baru perasan yang saya memang kurang letih dan Fateh dah boleh tidur lena selepas menyusu. Malah saya dah tak perlu top up susu formula lagi. Kalau dulu Fateh menyusu dari jam 9 pagi hingga 2 petang non stop, sekarang Fateh cuma menyusu 1 jam sahaja. 

Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya ketika itu. Allah SWT dengar doa saya. Allah SWT balas usaha saya. Dulu saya menangis sebab tak sanggup tengok anak kena minum susu formula, sekarang saya menangis sebab puas hati anak tidur kekenyangan dengan susu ibu, Memang ada rasa tak percaya juga. Tiap-tiap hari saya cerita pada suami, 

"Fateh tak minum botol, minum susu ibu ja". 


NAK BANTU LEBIH RAMAI IBU 

Saya suka untuk bercerita pada orang bahawa anak saya menyusu susu ibu. Malah saya lagi suka berkongsi dengan ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan anak mereka. Saya berhadapan dengan situasi yang sama. Malah hari ke 50 baru Fateh menyusu susu ibu sepenuhnya. 

Saya tetap tak berputus asa dalam usaha untuk menyusu susu ibu sepenuhnya kepada anak saya walaupun orang sekeliling saya dah tak percaya dengan usaha saya. Kisah seorang doktor yang relactation anaknya yang berumur 3 bulan banyak memberi semangat pada saya. Fateh baru 50 hari, kenapa saya perlu berputus asa? 

Percayalah semua ibu boleh menyusukan anak sendiri. Bagi ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan, ibu-ibu boleh contact saya (012-9830242-Ana). InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu. 


SET PENYUSUAN SHAKLEE

Untuk pengetahuan, supplement menyusu yang saya ambil untuk menjayakan penyusuan baby saya adalah :





























Vitalea Iron Formula (RM 88.75)

  • Multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.
  • Di lengkapi dengan zat besi yang amat di perlukan oleh ibu yang menyusukan anak.


Sustained Released Vitamin C (RM 92.50)

  • Sustained Released Vitamin C ini unik kerana ia di lepaskan secara perlahan-lahan.
  • Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan, jadi kita perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk keperluan harian.


B Complex (RM 53.75)

  • Mengandungi semua jenis vitamin B termasuk Folic Acid.
  • Ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan stress.
  • Stress boleh menyebabkan susu merudum.


Alfalfa Complex (RM 53.75)

  • Milkbooster yang di gunakan sejak turun temurun di Amerika Selatan.
  • Tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.
  • Bertindak sebagai agen detoks untuk menyingkirkan toksin dari badan.


Atau untuk kesan yang optimum, boleh ADD ON :

Energizing Soy Protein ESP (RM 150.00)
  • Kandungan utama dalam susu ibu adalah protein.
  • Memberi tenaga dan melancarkan penghasilan susu ibu.
  • Mengenyangkan dan memudahkan kembali ke berat badan ideal dengan segera.
  • Penting untuk penghasilan dan pembaikan sel-sel badan. 


Sebotol vitamin tahan sehingga 4-6 bulan. Memang berbaloi-baloi. Hubungi saya untuk pesanan atau pertanyaan lanjut berkenaan Shaklee.



Nak jimat lagi 20%-30% ? 
atau nak menjana pendapatan dengan Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang !




Hubungi saya
012-9830242 (Ana)
farhanamazlan87@gmail.com
Facebook : Noor Farhana Mazlan