"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 25 November 2014

Gegar KL :: Setengah hari bersama 4 Master hebat (Part 2)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa gambar aktiviti hari minggu kami bersama master-master Shaklee (klik sini), tetapi terasa tidak lengkap pula bila saya hanya biarkan gambar yang berkata-kata. :-)

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, Master Coordinator adalah pangkat tertinggi dalam Shaklee. Oleh itu pastinya, seorang yang menjadi Master Coordinator adalah seorang yang sangat hebat.

Saya sudah lama mengenali Shaklee malah pernah menggunakan produk Shaklee seawal tingkatan dua. Oleh kerana saya agak skeptikal dengan syarikat MLM, saya cuma menggunakan produk Shaklee sekerat jalan.

Entah mengapa saya agak kurang selesa dengan cara sesetengah leaders bussiness MLM. Cara mereka bersosial, selalu tunjuk duit, selalu tunjuk kereta, pemakaian, segalanya tak kena pada mata saya, dan semestinya itu bukan jiwa saya.

Tetapi bila saya terjebak dalam Shaklee, saya sangat kagum, bangga dan dalam masa yang sama admired dengan sesetengah leader Shaklee.

Perkara pertama sebelum saya mendaftar sebagai SID adalah saya follow blog-blog SID yang aktif. Subhanallah, saya jumpa Master Coordinator yang sangat menjaga aurat, bertudung labuh malah ada yang berpurdah. Saya follow facebook mereka dan ternyata mereka sangat berbeza dengan peniaga MLM yang saya jumpa sebelum ini.

Cara mereka sharing, ingatkan tentang amalan rohani, betul-betul buat saya lembut hati. Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk menyertai mereka :-)

Saya cerita serba sedikit tentang empat master hebat ini ya :-)


Master Nini Nisrin.

Ini nenek Shaklee saya. Baru berumur 29 tahun. Permulaan beliau dengan Shaklee adalah melalui set mengandung Shaklee. Awal berkahwin terpaksa berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerja. Kerana kasihankan suami yang terpaksa berulang alik setiap minggu dari Perlis ke Kelantan, beliau ambil keputusan untuk resign.

Beliau menjadi suri rumah tangga yang menjalankan pelbagai bussines dari rumah. Kopiah kait, kerepek, baju kanak-kanak, cloth diapers adalah antara produk beliau waktu tu. Asbab dari set mengandung Shaklee yang memberi kesan positif kepada beliau, beliau terus aktif menyebarkan kebaikan Shaklee.

Hari ini Master Nini bukan sahaja berjaya bantu keluarganya malah berjaya memberi inspirasi kepada downlinesnya dalam mengejar impian. Terima kasih kak Nini. Banyak jasa kak Nini pada Ana. :-)


Master Farah Wahida.

Bekas jururawat IJN ini merupakan kakak kepada kawan baik dunia akhirat saya. Arwah ayah Master Farah adalah Ustaz saya waktu zaman sekolah rendah. Bukan saya sahaja malah Ustaz kepada 8 orang adik beradik saya. Impian Master Farah ketika dahulu adalah untuk bekerja di IJN supaya ayah beliau boleh mendapat rawatan terbaik dan doktor terbaik di IJN bila usia meningkat.

Perancangan Allah ternyata mengatasi perancangan manusia. Ayah Master Farah meninggal kerana serangan jantung waktu Master Farah masuk tahun kedua bekerja di IJN. Lebih memilukan hati, mereka sekeluarga langsung tidak tahu bahawa arwah ayah mereka menghidap sakit jantung. Sedih bukan?

Dugaan yang di terima bukan terhenti di situ malah bertimpa-timpa. Waktu slot Master Farah semua peserta menangis. Saya lebih lagi bila arwah ayah yang Master Farah ceritakan adalah ustaz saya. Teringat waktu darjah lima selepas tamat peperiksaan akhir tahun, ustaz selalu masuk kelas bercerita tentang kisah nabi. Semua akan mengelilingi ustaz dan mendengar dengan penuh minat. Waktu itu selalu tak sabar-sabar mahu ke sekolah mendengar kisah nabi dari ustaz.

Hari ni walaupun ustaz dah tiada, ustaz mesti bangga kerana berjaya kerana mendidik seorang anak yang sangat bertanggungjawab dan menyayangi keluarga seperti Master Farah.


Master Ummu Durrah.

Master paling glamor di dunia facebook. Aura beliau sangat tinggi malah tak sah kalau jual Shaklee tapi tak kenal Ummu Durrah.

Sebelum aktif Shaklee beliau adalah pegawai JKM yang juga aktif berniaga online. Income beliau waktu itu adalah sekitar RM 10k. Walaupun income lumayan, tetapi beliau tak capai kepuasan dalam berniaga. Dapat 10k sorang-sorang, buat bussiness packing order sampai 3-4 pagi, tiada masa dengan anak dan akhirnya beliau letih dengan rutin harian.

Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja tetapi perlu patuhi syarat dari suami, syaratnya boleh resign bila income dari bussiness adalah RM 10k. Atas pujukan Master Farihah (upline Master Ummu Durrah), beliau bersetuju hanya sebulan percubaan untuk aktif Shaklee. Bulan pertama beliau berjaya menggenggam income empat angka sekaligus melonjak ke rank Supervisor. Bulan ketiga aktif Shaklee, income beliau mencapai RM 10k, dan beliau resign serta merta.

Berniaga untuk menyelesaikan masalah orang, Master Ummu Durrah berjaya mendaki rank Master Coordinator dalam masa 14 bulan sahaja aktif Shaklee. Kini Master Ummu Durrah telah berjaya melahirkan ramai leader Shaklee yang mengenggam bonus 4 - 5 angka di bawah empayar beliau sekaligus menyebabkan suami beliau terpaksa resign dari makan gaji.


Master Farizan Mazlan

Master dari Terengganu. Datang ke Shah Alam semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan kami. Beliau masih bujang dan merupakan sepupu kepada suami Master Farah.

Sebelum aktif Shaklee beliau hidup dengan oven. Beliau aktif berniaga pelbagai jenis roti dan kek. Oleh sebab sepanjang masa menghadap oven, kulit tangan beliau menghadapi masalah.

Master Farah mencadangkan sejenis supplement Shaklee untuk beliau cuba dan Alhamdulillah supplement itu berkesan untuk beliau. Asbab dari situ, beliau mengambil keputusan untuk aktif menyebarkan kebaikan Shaklee.

Bas adalah rumah kedua bagi Master Farizan bermula dari beliau aktif Shaklee. Setiap kali ada program Shaklee di mana-mana negeri, beliau tak pernah bagi alasan untuk tidak hadir.

Cintanya beliau pada ilmu, adillah kalau pangkat Master dapat beliau genggam walaupun seorang diri tanpa sokongan suami. Tahniah Master, kalau Master yang bujang boleh berjaya, apatah lagi orang yang berkahwin, mesti lagi-lagi boleh berjaya. :-)

Anda pula bagaimana? Dengan kos hidup semakin meningkat, kita tiada pilihan selain memilih perniagaan sebagai satu cabang menjemput rezeki. Untuk berjaya dalam bussiness, kita mesti menghasilkan produk yang hebat. Shaklee produk yang bertapak lebih 50 tahun dan masih kukuh sehingga sekarang. Bertindak sekarang untuk ubah hidup anda kemudian hari.

Nak dapatkan produk Shaklee atau ingin memulakan bussiness Shaklee? Saya sedia guide anda supaya kita sama-sama berjaya.

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Monday, 24 November 2014

Gegar KL :: Setengah hari bersama 4 Master hebat

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat tengahari untuk semua dan selamat kembali bekerja buat semua yang bekerja. Macam mana cuaca di tempat anda sekarang? Cuaca pagi ini di Seri Kembangan cerah, kebiasaannya waktu petang sebelum Asar langit akan bertukar mendung dan hujan akan turun dengan lebat. Cerah ke hujan ke ada pro dan kontra nya. Kalau tanya saya, dua-dua saya suka. :-)

Semalam saya bersama suami dan anak ke Shah Alam. Kami ada coaching khas bersama 4 orang Master hebat di bawah susur galur keluarga Jutawan Shaklee. Ini bukan kali pertama kami menyertai coaching bersama master cuma kali ini bila di gabung empat auranya lagi meletup.

Semua master ini sudah menggenggam bonus 5 angka tetapi mereka tak sombong dan sangat pemurah dengan ilmu. Kali pertama saya jumpa master-master ini waktu master celebration dulu. Walaupun dah bergelar jutawan, mereka sangat peramah, nampak macam orangorang biasa seperti kita. Tapi kalau follow facebook mereka, aura dan inspirasi yang mereka berikan memang terkesan pada diri kita.

Ok, panjang pula celotehnya, kita layan gambar ya.

Peserta bersama empat master hebat.

Master Nini Nisrin, nenek Shaklee saya.

Master Ummu Durrah.

 Kami :-)

Suasana waktu program. Bussiness kami mesra keluarga, kebiasaannya port belakang adalah tempat anak-anak bermain.

Ini sahaja gambar yang sempat saya kongsi, nanti kalau ada lagi, saya share lagi. ^_~

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;

Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Saturday, 22 November 2014

Cinch Shake Mix Shaklee

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu buat semua. Apa aktiviti anda semua di hujung minggu? Pasti penuh dengan perancangan untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Hari ini saya masuk dapur awal sedikit, sediakan sarapan untuk suami. Kebiasaannya weekdays tengahari baru saya masuk dapur, sebabnya saya tak ambil makanan berat sewaktu pagi, cukup dengan satu mug ESP Shaklee di campur dengan susu, kenyang sampai tengahari.

Fateh tidur agak lena hari ini, mungkin keletihan menunggu uminya meeting semalam. Semalam saya ke Putrajaya Bahagian Kementerian Pelajaran, menjadi wakil bagi syarikat abah menghadiri Mesyuarat Pelarasan Pembekalan Perabot Tambahan. Umi ingatkan mesyuarat nya cuma sekejap, rupanya sampai dua jam. Habis meeting ja Fateh nampak umi terus mintak susu. Sejak berhenti kerja saya tak pernah berenggang dengan Fateh sampai 2 jam. Tiap masa Fateh depan mata umi.

Balik dari meeting jam sudah menghampiri jam 9 malam. Semalam pun kami ber'kelas alam maya' lagi. Topiknya Cinch Shake Mix. Meriah kelas semalam, maklumlah subjek kurus majoriti orang suka kan? Saya juga lepas berat berjaya turun 4 kg dengan Shaklee, rasa bersemangat nak share dengan orang yang nak turunkan berat badan. Customer saya setakat ini ramai dari kalangan ibu menyusu, mengandung, berpantang, letih dan seumpamanya. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan kesan Shaklee pada diri mereka. Iya lah, bila ada bukti pada diri kita sendiri dan kita sendiri merasai kesannya, itu bukti produk tersebut berkesan, baru lagi yakin nak sugeest pada orang lain kan?
Cinch Shake Mix

Inilah rupa Cinch Shake Mix. Ia datang dengan tiga perisa, Vanilla, Chocolate dan Caffe Latte. Ia berbentuk serbuk, jadi kita boleh bancuh dengan apa-apa minuman kesukaan atau buah-buahan pilihan. Blend bersama ais jadikan ice blended, memang sedap. Dan yang penting boleh buat kita rasa kenyang dengan lebih lama.  

Sedikit info tentang Cinch Shake Mix yang saya petik dari website Shaklee ,

Cinch Shake Mix mengekalkan kepejalan otot dan memastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.

Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa.

Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian.

Setiap hidangan Cinch Shake Mix , 

1.  Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
2. Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
3. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
4. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
5. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
6. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
7. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

Kredit to CelikVitamin

Cinch Shake Mix di perkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa proses menurunkan berat badan. Rumusan proprietary diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch Shake membantu kita menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot dalam badan.



Kenapa kita mesti mengekalkan otot?

Sebabnya otot akan membantu badan membakar lemak. Kalau badan kita penuh otot, berat badan akan lebih mudah di turunkan sebab badan yang penuh otot itu akan membakar lemak. Tapi kalau kita amalkn diet yang rendah kalori, kemungkinan besar berat yang hilang adalah berat otot dan air, sebab itulah ada sesetengah orang yang berjaya turunkan berat badan tetapi menghadapi masalah badan menggeleber.

Jadi peranan leucine ini sangat penting untuk orang yang nak kurus. Leucine ini akan pelihara otot badan kita, bakar lemak yang tidak di perlukan oleh badan dan buang lemak yang tidak di perlukan oleh badan. 
 
Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com 
Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Friday, 21 November 2014

Herb lax Shaklee :: Supplement untuk orang yang nak kurus

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar semua pembaca blog ini? Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menyapu sawang di blog sementara anakanda lena.

Entri sebelum ini saya update menggunakan application blogaway menerusi telefon bimbit. Penggunaannya tidak complicated dan agak mudah, sangat sesuai untuk orang yang sentiasa sibuk dan mempunyai masa yang terhad, tetapi jika saya di beri pilihan, saya lebih suka menggunakan komputer.

Dua hari lepas kami ber'tuisyen' tentang produk. Dalam group kami beginilah, hampir setiap malam kami akan berkelas tambahan. Seorang cikgu akan di lantik untuk mengetuai kelas dan semua ahli akan sama-sama involve untuk berkongsi ilmu. Best kan? Dan semestinya semua itu di hujung jari saja, tak perlu keluar rumah pun.


Inilah produk yang kami kaji dalam kelas tempoh hari. Ini juga produk yang saya sedang amalkan sekarang dalam usaha menurunkan berat badan. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan lebih saya berjaya mengurangkan 4 kg. Sangat terkejut bila tengok angka di penimbang sebab saya banyak skip diet jugak cuma supplement memang saya tak tinggal.

Sedikit info tentang herb lax yang saya ambil dari website Shaklee.

Herb lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering di gunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.

Herb lax bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin di alami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Kandungan Herb lax Shaklee

MANFAAT & KELEBIHAN HERB LAX :

1. Melegakan sembelit
2. Detoksifikasi
3. Mengempiskan perut
4. Mengeluarkan gas dari perut dan usus
5. Menormalkan fungsi usus
6. Melembutkan najis
7. Pembersihan najis yang tersekat
8. Memejalkan perut
9. Mengurangkan bau badan
10. Memudarkan jeragat
11. Mengurangkan berat badan

SIAPA YANG PATUT AMBIL HERB LAX ;

1. Orang yang nak diet
2. Orang yang sering sembelit
3. Orang yang berjerawat 
4. Peminat tegar ubat tahan sakit
5. Pesakit gout
6. Migrain
7. Buasir
8. Masalah angin
9. Orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan supplement.

Apa yang boleh saya simpulkan, Herb lax ini sangat-sangat di syorkan kepada orang yang ada masalah membuang. Sangat rugi tak ambil Herb lax bila nak diet. Sebelum ini saya ambil supplement lain tanpa Herb lax, tiada penurunan berat badan. Bila tambah Herb lax, Alhamdulillah nampak kesannya.

Herb lax juga sangat perlu di ambil oleh orang yang tak nak diet tapi nak hidup lebih sihat. Antara faktor masalah bau badan, jerawat, dan lain-lain adalah di sebabkan toksin yang berkumpul dalam badan. Jadi sekali sekala kita perlu buat operasi pembersihan supaya tidak mengundang masalah kesihatan yang lain pula di kemudian hari. 

Thanks for reading !
Semoga bermanfaat..
^_^

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan dari rumah sehingga 4 hingga 5 angka sebulan?

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ;
Farhana
Shaklee ID : 1097195
012-9830242 (Call, sms, whatapps)
farhanamazlan87@gmail.com

Nikmati penjimatan harga sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM65 sahaja sekali seumur hidup dan anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.