"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 25 April 2014

Supplement Dalam Kehidupan


Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan. Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

“Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.
‘‘
Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.

Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.

Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.
‘‘
Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005. Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.

Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.

Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.


Senaman juga penting

Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.

“Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.

Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang
tiada tambahan bahan kimia selain halal.

Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh. Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi.

Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.

Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada.

Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.

“Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.

Sumber :
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk anda yang memerlukan supplement. Hubungi saya (012-9830242-Ana) untuk pertanyaan lanjut.

SHAKLEE, ALWAYS GREEN, ALWAYS SAFE, ALWAYS WORK

Nak jimat 20%-30% ? 
atau nak menjana pendapatan dengan Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang !


Hubungi saya
012-9830242 (Ana)
farhanamazlan87@gmail.com
Facebook : Noor Farhana Mazlan

Wednesday, 23 April 2014

Berpantang dengan Shaklee

22 OGOS 2013 - KELAHIRAN MUHAMMAD FATEH



Alhamdulillah hari ini Fateh genap 8 bulan. Sekejap je masa berlalu. Teringat balik pengalaman berpantang Fateh 8 bulan lepas. Walaupun anak saya baru seorang, berpantang cara moden dan jamu tradisional, dua-dua saya dah rasa. Saya guna dua produk berpantang. Bukan di rancang tetapi tak di sengajakan.


BERPANTANG DENGAN JAMU TRADISIONAL

Awal berpantang, saya ambil jamu dari jenama terkenal. Harga satu set lengkap RM 300. Oleh sebab saya emergency czer, pengambilan jamu hanya di benarkan pada hari ke 10. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat Fateh sihat dan bebas dari jaundis. Satu perkara yang saya sangat puas hati dengan jamu ni adalah boleh elak kita kena sembelit. Sembelit waktu berpantang semua ibu-ibu ngeri kan. Saya yang czer pun takut, apatah lagi yang beranak normal.


BADAN LETIH DAN STRESS

Awal bersalin, Fateh selalu menangis. Menangis macam kena pukul. Seminggu yang pertama saya tak banyak bergerak kecuali tidur dan duduk di katil sahaja. Mana tidaknya, nak bangun pun kena orang yang angkat, berjalan perlu berpaut. Mujur suami cuti sepenuh masa awal seminggu tu.

Selepas suami kembali bekerja, urusan saya menjadi tunggang langgang. Fateh selalu menangis dengan kuat. Fateh pantang di tinggalkan walau seminit! Sehinggakan saya langsung tiada masa untuk makan. Saya cuma mula makan pada pukul 6 petang selepas ummi saya yang bekerja sebagai guru pulang ke rumah. Sedih kan? Bayangkan menyusu baby tetapi langsung tidak makan seharian. Akhirnya susu kering. Tak keluar walau setitik pun.

Saya cuma habiskan masa dengan tidur seharian. Dari pagi sampai ke malam. Malam sampai pagi kembali. Inilah rutin saya sepanjang sebulan. Saya terasa sangat-sangat letih menguruskan baby yang kuat menangis dan kuat menyusu. 


MASALAH PENYUSUAN

Sejak banyak minum susu formula, saya perasan Fateh mengalami masalah sembelit dan kembung perut. Kesian sangat tengok dia. Sampai merah-merah muka meneran. Tok bidan menasihatkan saya supaya tukar susu formula kepada jenama lain. Saya tahu nak tukar susu, ada cabarannya juga. 


MULA MENCUBA SHAKLEE

Hari ke 30 saya buat keputusan, daripada bertukar susu formula, lebih baik saya cuba Shaklee kerana katanya Shaklee boleh banyakkan susu ibu. Shaklee produk berpantang kedua yang saya cuba. Bagi saya Shaklee vitamin moden. Saya pernah bertanya kakak ipar yang berpantang dengan vitamin. Saya tengok dia sangat sihat dan aktif. Tak macam orang berpantang pun. Tapi masa tu saya tak yakin dengan vitamin moden.

Seminggu consume Shaklee, apa yang saya dapat? Urusan seharian saya menjadi tersusun. Saya tak sedar bila waktunya saya makin kurang tidur. Baby juga lena selepas menyusu. Saya boleh buat kerja rumah dan kain baju semua saya boleh uruskan. Alhamdulillah saya dah kurang letih. Malah saya rasa sangat-sangat puas hati bila saya boleh susukan anak saya dengan susu ibu sepenuhnya.


PEMAKANAN SEIMBANG WAKTU BERPANTANG

Pendapat saya sendiri, sewaktu berpantang, makanan yang kita ambil terhad. Ummi saya seorang guru Biologi, jadi ummi sangat mementingkan pengambilan makanan seimbang. Buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein wajib ada dalam setiap menu saya. Malah susu wajib ambil at least 3 kali sehari.

Tapi kalau yang berpantang dengan ibu-ibu kita yang strict dengan pantang? Buah tak boleh makan, sayur tak boleh makan, air pun kena catu, macam mana penghasilan susu akan berlaku? tenaga untuk ibu tiada. Luka pun lambat sembuh sebab pengambilan nutrisi yang tak lengkap.


SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK IBU BERPANTANG

Supplement Shaklee adalah makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi kita yang lompong. Bukan replacement meals. Ambil Shaklee, kita kena makan juga. Jadi supplement yang di sarankan sewaktu berpantang adalah :











Jom kenali fungsi setiap vitamin Shaklee ni 

Vitalea Iron Formula (RM 88.75)

  • Membekalkan 23 jenis vitamin.
  • Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan.
  • Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan.
  • Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.

B Complex (RM 53.75)
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan.

Sustained Released Vitamin C (RM 92.50)
  • Menolong mengurangkan simptom alahan.
  • Anti oksidan semulajadi.
  • Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

Zinc Complex (33.75)
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Menolong penyembuhan dan masalah jeragat.
  • Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ.
Atau add on vitamin untuk penyusuan:

Energizing Soy Protein ESP (RM 150.00)
  • Kandungan utama dalam susu ibu adalah protein.
  • Memberi tenaga dan melancarkan penghasilan susu ibu.
  • Mengenyangkan dan memudahkan kembali ke berat badan ideal dengan segera.
  • Penting untuk penghasilan dan pembaikan sel-sel badan. 

Alfalfa Complex (RM 53.75)
  • Agen menggalakkan pengeluaran susu ibu.
  • Bertindak sebagai detoks bagi mengeluarkan toksin dari badan.

Sebotol vitamin tahan sehingga 4-6 bulan. Memang berbaloi-baloi. Hubungi saya untuk pesanan atau pertanyaan lanjut berkenaan Shaklee.


Nak jimat lagi 20%-30% ? 
atau nak menjana pendapatan dengan Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang !


Hubungi saya
012-9830242 (Ana)
farhanamazlan87@gmail.com
Facebook : Noor Farhana Mazlan

Tuesday, 22 April 2014

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka. 

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya. Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya. Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut. Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda. Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 


RAWAT RESDUNG  ANDA DENGAN VITAMIN SHAKLEE



Alfalfa Complex :

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung.
  • Ramuannya yang kaya dengan klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata dan resdung.
  • Pesakit SLE tidak di galakkan mengambil alfalfa sebagai supplement.
B Complex :
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu membina protein dalam tubuh.
Vitamin C :
  • Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembuhan  tisu tubuh.
  • Memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Harga retail untuk 
Alfalfa Complex (RM 53.75), 
B Complex (RM 53.75) dan 
Vitamin C (RM 92.50). 
Penggunaan sehingga 4-6 bulan.


Nak jimat lagi 20%-30% ? 
Atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang !


Hubungi saya
012-9830242 (Ana)
farhanamazlan87@gmail.com


Sunday, 20 April 2014

Seminar Bangkit Berniaga 2014 Dr Azizan Osman

Alhamdulillah..pada Jumaat lepas, 18 April 2014 saya berpeluang untuk hadir ke seminar percuma Dr Azizan Osman. Actually percuma bersyarat ye, syaratnya mesti daftar berlima, baru dapat masuk free. Dr Azizan ajar, tak dapat cari 5 orang yang nak pergi pun tak apa, daftar je nama kawan-kawan kita, yang penting cukup 5 orang. 

Kemudian selepas selesai mendaftar online, kita akan dapat mesej dari Richworks. Mesej tu penting. Jangan p delete pulak. Sebab masa hari kejadian, urusetia akan minta kita tunjukkan mesej bukti kita dah mendaftar.

Saya pergi berdua. Dengan sepupu. Masa mula-mula kami sampai. Kami terkejut!! Ramainya orang. Boleh masuk ke ni. Kami cari parking. Banyak sangat kereta. Sampai bertindih-tindih parking. Alhamdulillah dapat jugak parking. Then kami menuju ke dewan. Nampak dah berkurang sedikit rakyat jelata berbanding tadi. Dalam fikiran saya , maybe mereka dah ambil tempat dalam dewan.

Kemudian kami mendaftar. Mula-mula kami di minta menunjukkan mesej yang telah kami terima dan urusetia akan bagi borang untuk kami isi. Selepas isi borang, kita akan dapat cenderahati. Sebuah buku bertajuk 'Planet Bisnes Azizan Osman' dan workbook. Terima kasih Dr Azizan. Murah rezeki Dr banyak memberi kepada kami hari ni.

Cenderahati dari Dr Azizan Osman. Thankss!!

Kami masuk ke dewan. Betul telahan saya, ribuan peserta yang saya tengok di luar tadi dah masuk dalam dewan. Penuh!! Bahagian perempuan dah full. Memandangkan hari ni hari Jumaat, mungkin peserta lelaki terlambat kerana urusan solat jumaat. Alhamdulillah, crew bagi peluang kami mengisi tempat duduk bahagian lelaki yang masih kosong. Sekejap je dah full balik. Yang terlewat terpaksa bersila di ruangan kosong di tengah. Dan akhirnya pintu dewan di tutup. Ramai lagi yang tak boleh masuk. Tapi nak buat macam mana. Dewan tak muat...

Acara di mulakan dengan tayangan video perkongsian dari alumni peserta Dr Azizan Osman. Ramai yang dah berjaya, bukan seorang je. Dari pendapatan RM 5000 sebulan ke pendapatan RM 36,000 sebulan. Dari RM 700,000 setahun ke pendapatan RM 26 juta setahun. Jujur saya tak fokus sangat dengan video yang di tayangkan. Saya dan sepupu tertunggu-tunggu bila Dr Azizan nak keluar. Sebab video yang di tayangkan tu adalah dari rancangan Nasi Lemak Kopi O. Kat internet pun boleh tengok. Haha.

Tiba-tiba dewan jadi gamat. Seorang crew keluar. Semua orang pakat berdiri. Saya yang pertama kali datang program ni ikut je lah apa yang crew tu suruh buat.  Baraa baraa beree beree. Rupanya nilah yang alumni Dr Azizan duk sebut-sebut. Exercise sebelum proses menerima ilmu. Bagus. Boleh hilangkan mengantuk.

Masa yang saya tunggu tiba. Dr Azizan muncul di pentas utama. Apa yang boleh saya katakan. Terbaik. Walaupun program selama 3 jam sahaja, banyak input yang saya dapat. Terasa sangat tak cukup untuk program ini sahaja. Lebih-lebih lagi perkongsian secara live dari bekas peserta Dr Azizan buatkan saya sangat-sangat teruja. 

InsyaAllah jika berkesempatan, saya ingin merasai pengalaman berada dalam seminar penuh Dr Azizan. Sebelum ni saya banyak kali terdengar suara-suara negatif berkenaan Dr Azizan. Kata mereka Dr Azizan penipu. Tipu duit. Tipu PHD. Tipu seminar. Katanya tak ada perubahan pun lepas pergi seminar. 

Pendapat saya, kalau tak suka orangnya, ambil saja ilmu nya. Kita tak rugi. Malah untung. Banyak orang yang pergi menceduk ilmu dari Dr Azizan, implementkan ilmu yang dia dapat dan berjaya. Kenapa tidak kita? Balik kepada diri sendiri. Tanya diri sendiri. Stop tuding jari pada orang lain.

Akhir kata, kalau nak tahu apa ilmu yang Dr Azizan kongsikan, rajin-rajinkanlah diri menghadiri seminar free ni. Saya nak cerita dalam ni banyak sangat nak tulis. Walaupun 3 jam, banyak tau ilmu yang kami dapat. Sekian dari saya..

Thanks for reading!!

^_^

Thursday, 10 April 2014

KOLOSTRUM : Cecair bernilai emas.

Pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayi, cecair yang di hasilkan oleh ibu adalah kolostrum. Kolostrum merupakan cecair istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini.

Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

SIFAT-SIFAT KOLOSTRUM :

1. Kaya dengan antibodi.
2. Terdapat banyak sel hidup di dalamnya sehingga di gelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak.
3. Bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi.
4. Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).
5. Kaya dengan Vitamin A.



APA PULA KEPENTINGAN KOLOSTRUM INI? BENARKAH PANDANGAN ORANG DULU-DULU YANG MENGATAKAN INI ADALAH SUSU BASI?

Kajian telah di lakukan dan kesemua kajian bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. 

Oleh kerana ia bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning).

Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

Di antara kandungan terpenting kolstrum adalah sejenis protein yang di namakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi dalam tubuh manusia. Ia di gunakan dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imun) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam suus matang. Sebaliknya, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Tidak di nafikan, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah yang sebenarnya yang di perlukan oleh bayi. Sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut bayi yang kecil.

TIPS-TIPS PENTING BAGI MEMASTIKAN BAYI MENDAPAT KOLOSTRUM YANG MENCUKUPI :

1. Meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik saja bayi di lahirkan.
2. Usahakan agar bayi melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan aktif. Segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas jika ibu tidak mahir.

TIPS-TIPS LAIN BAGI MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU :

1. Sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa saja yang dia mahu.
2. Biarkan bayi bersama ibu (rooming in) dan elakkan bayi dari di biarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital.
3. Susukan bayi dengan suus ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberi bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Hapuskanlah mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah sebaik ciptaan untuk manusia.

Sumber : Susu ibu