"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 3 March 2014

Adakah memberi bayi susu formula atau makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena?

Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatan. Memberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana:


*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut boleh membantu bayi tidur lena.
Sesetengah bayi tidak tidur dengan baik disebabkan tindak balas terhadap susu formula atau makanan pejal ( perut meragam), terutamanya jika bayi berusia  kurang dari 6 bulan. Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diet tidak menyebabkan bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiada perbezaan dalam corak tidur bayi yang memakan makanan pejal sebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak diberi makanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajian tersebut:

Macknin ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusia. Susu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu. Disebabkan itu, bayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusu. Nampak seperti sesuatu yang baik, mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak diberi bila mana susu ibu masih ada – sama ada diberi terus dari payudara atau dipam.


*Pengenalan awal terhadap makanan pejal (sebelum usia 6 bulan) boleh mendatangkan risiko.

*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengan kematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS)  
Bayi yang tidur lama boleh terdedah kepada  SIDS (kajian oleh James McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawa tidur yang lama adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang apa pentingnya memanipulasi corak tidur yang natural dalam bulan-bulan pertama bayi.


*Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doktor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberi bijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doktor untuk kondisi perubatan yang spesifik. Ini kerana;

i)                    Bahaya tersedak
ii)                   Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol (penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatan nutrient), dan bayi tidak mendapat isipadu susu yang mencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yang baik.

iii)                 Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa mereka dapat mengawalnya sendiri. Ini boleh menyebabkan masalah berat badan di kemudian hari.


Sumber : Jurnal Vitamin

No comments:

Post a Comment