"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 13 January 2014

SAYA & SHAKLEE

Alhamdulillah selepas 4 bulan menjadi pengguna setia Shaklee, Allah buka hati saya untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Bermula dengan pek percubaan menyusu untuk sebulan, saya teruskan lagi dengan beli set penuh untuk breastfeeding selepas berpuas hati dengan keberkesanannya.

Saya mula kenal produk Shaklee semasa dalam tingkatan 2. Akibat perubahan hormon, muka saya bermasalah sehingga banyak jerawat batu yang singgah di muka. Kalo di ingat balik masa tu memang sedih, hampir 2 tahun saya tak tengok cermin, sebab takut dan sedih nak tengok muka sendiri. 

Set Kecantikan Shaklee.

Then, ummi belikan set kecantikan Shaklee untuk saya. Ada 3 @ 4 jenis vitamin yang perlu saya telan setiap hari. Seingat saya ada sejenis lagi vitamin yang saya ambik, alfalfa complex. Tapi sebab saya susah nak makan pil, seminggu je saya konsisten makan. Bukan sengaja tak nak makan, tapi masa di tingkatan 2, saya memang tak reti nak telan pil. Masuk pil dalam roti, pisang, semua cara gagal. At last, terpaksa hancurkan pil dan minum. 

Selepas percubaan kali pertama tu, bila dengar nama Shaklee terus saya reject, huu.. terus teringat pengalaman telan pil-pil vitamin dia yang besar, pengalaman pahit telan pil. Kesian ummi saya, berapa ratus agaknya terbuang begitu je bila saya tak habiskan vitamin yang ummi belikan.

Sehinggalah saya melahirkan anakanda yang di sayangi, sebab tiada ilmu tentang breastfeeding, lama-lama susu saya semakin kurang dan akhirnya kering. Puas saya usaha buat power pumping, minum susu sehingga 4 kali sehari, minum air 4 liter sehari, berurut, minum soya, segala makanan untuk banyakkan susu saya makan tapi hasilnya mengecewakan.

Set Menyusu Shaklee.

Akhirnya Allah swt izinkan saya susukan Fateh dengan bantuan Shaklee. Lebih kurang seminggu selepas consume set menyusu Shaklee, saya rasa lebih bertenaga, walaupun berjaga malam sebab Fateh tak nak tido, saya tak rasa letih. Selepas 10 hari, Fateh dah kurang menangis lepas menyusu. Fateh tido lena lepas menyusu! Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. 

Fateh yang sihat dengan susu ummi ^_^

Saya teruskan consume Shaklee, susu badan untuk Fateh, ada masa turun naik, kadang banyak kadang kurang tapi Alhamdulillah masih cukup untuk Fateh dan untuk saya buat stok. Alhamdulillah, Allah beri peluang saya untuk susukan bayi dengan susu sendiri. Banyak kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Yang tak berjaya untuk anak sekarang, jangan mengalah, untuk anak seterusnya kita masih ada peluang. Better Late Than Never. (^_^)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA, HUBUNGI SAYA :

Noor Farhana Mazlan.
SHAKLEE ID : 1097195
Tel / Whatsapp : 012-9830242
Emel : farhanamazlan87@gmail.com

No comments:

Post a Comment